Tuesday, June 14, 2011

Berkongsi keseronokan...

Alhamdulillah, bertahun-tahun cari novel ni..last baca masa sekolah menengah dulu.. Alhamdulillah akhirnya jumpe karya yang sama tapi di PTS la. Dulu-dulu masa baca, rasanya novel tu dibeli dari Mesir.. Tapi sy yakin penulis asalnya adalah penulis yang sama.. Masa baca zmn sekolah menengah dulu teknik penceritaan dlm novel tu sy kira amat berkesan,sebab smpai sekarang sy masih ingat detik-detik seorang watak dalam novel tu (sy lupa namanya) ketika dia dalam penjara..dan bagaimana kesusahan yang dialami semasa dlm tahanan. Kisah tu di penjara Rusia kalau xsilap sy. Juga it can show us betapa zalimnya orang Islam disiksa semasa di dalam penjara... Sy kira itu antara novel terawal yg sy baca.. Mana la minat baca novel ni, macam jiwang2 je..Tapi tu dulu la.. Skrg suka baca novel..Haha

Boleh klik kat sini..'Weil China' at bookkafe @ PTS

Dan sebuah lagi novel dari penulis yang sama. Boleh klik sini.. 'Maria' at bookkafe @ PTS


Kedua-dua novel ni sy dah order di bookcafe.com.my (Kedai Buku Online PTS)..Boleh dipercayai tau beli kat bookkafe ni sebab dah 3 kali order..insya Allah 100% dijamin sampai dengan selamat..

Dan sepanjang cuti MC ni novel2 yg dh khatam;


Buku-buku lain(buku-buku ilmiah) ada jugak sy baca..tapi xkeseluruhanla habisnye.. tebuk-tebuk la..

Dan otomatik boleh jadi tersuka pada subjek "Sejarah" after baca novel "Cinta Sufi".. jadi nk cari-cari pulak yang tiga buah novel kat bawah ni.

Nak baca yang ketiga-tiga novel ni..banyak watak-watak dlm cinta sufi ni xtau
asal-usul dia...

Rasanya Sutera Bidadari adalah novel yang terakhir setakat ini untuk kisah Laksamana Sunan (Saifudin) dalam empat-empat novel yg sebelum ni.. Tapi ada misteri yg belum terjawab di akhir cerita.. Harap2 Ramlee Awang Mursyid sambung la lagi cerita tu..Tentang Sang Dewi..

maaf ya, xbagi sinopsis cerita pun..baca la sendiri..baru lebih seronok :)

WALLAHUA'LAM


2 comments:

yummy mummy said...

tq..mmg duk tercari2 nak beli buku tajuk apa..hehe

debu86 said...

sis; ni buku awak kena beli tau Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam.. klik http://www.bookcafe.com.my/en/keibubapaan-and-keluarga/indahnya-didikan-awal-anak-cara-islam.html

sy dah beli dah bulan 6 lepas tapi selak2 aje la..sebab belum kawin lagi..:)