Tuesday, November 9, 2010

Murid = Anak adalah harta yang sangat perlu dijaga..

Pasukan rumah Hijau semasa sukan sekolah

Alhamdulillah dah nak setahun dah aku kat sini. Rase cam baru je lapor diri Disember taun lepas.Pejam celik.. dah nak sampai Disember tahun ni dah. Seronok kat sini. Skol aku ni kategori SKM (sekolah kurang murid). Murid tak sampai 200 pun. Cikgu pun 18 je. Semua bagi aku ok, cuma ade sikit benda yg aku tak pueh hati sikit. Tak nak go too details ttg tu. Actually really sayang sekolah ni. Sepupu aku sendiri yg isteri dia mengajar kat sekolah dekat2 sini pun cakap, sekolah aku ni ok, cikgu2 pun ok. Mungkin dia tau dari isteri dia. Sekolah aku ni sering orang sebut. Sekolah luar bandar tapi pencapaian UPSR alhamdulillah cemerlang. Bangga aku dengan cikgu2 yang komited pada tugas memasing. Alhamdulillah haritu sekolah aku terpilih dalam senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Band 1. Tapi mungkin tak de rezeki so kami tak terpilih untuk proses saringan yang seterusnya. Sekolah kampung mana la orang nak iktiraf kan. Sayang dengan sekolah ni bukan sebab kagum ngan prestasi tapi lebih kepada aku sayang ngan anak-anak murid aku nih.

Alhamdulillah coz Allah memilih aku untuk di dalam profesion ni. Profesion yang orang cakap cikgu ni banyak cuti dia. Sebab bila aku mendidik pupils aku, otomatik aku akan terdidik juga. And once hati aku terusik or touch dengan ape yg pupil aku buat to me, aku banyak dapat istifadah (ambil pengajaran). Example, bila ada murid yg cakapnya sopan santun ngan aku, aku jadi akan pikir, cane didikan yang mak bapak dia bagi ? Kongsi tips sikit boleh =). Dan bila tengok pupil aku yang baju comot, tak bergosok aku direct akan pikir nape mak dia tak tolong gosok? Or maybe mak dia jenis yg 'klau kau xgosok baju tu, xde nye mak nak tolong gosokkan'.. Mungkin juga mak dia tak tolong gosok tu ade sebab or punca lain, biarlah mak dia,yg penting diri kita kena amik pengajaran. Apa-apa yang ada pada anak,baik or buruk memang lazimnya, org akan rujuk pada mak bapa, bukan? Tapi ada hal dan ada masa, kesilapan yg anak itu lakukan kita tak boleh tuding sepuluh jari kat mak ayah lagi; kerana pd masa tu jika si anak still lakukan kesilapan, itu adalah salah depa sendiri, bukan lagi salah ibu bapa. sbb ibu bapa sudah penat mengajar

Banyak yg debu86 kena muhasabah untuk persediaan mengajar tahun depan pulak. Macam-macam. Ada yg perlu ditingkatkan lagik. Utk diri sndiri dan utk anak murid. Disiplin is the key. Cane la aku nk ajar pupil ttg disiplin klu aku sndiri blom lagi disiplin2? Ko ni manja sangat la =(. KSSR aku kena terapkan dlm subjek Tahun 1 bagi pelaksanaan tahun depan. EMK..


IBU BAPA BIASA-BIASA BOLEH MELAHIRKAN ANAK-ANAK YANG LUAR BIASA

Bagi yang sedang merancang untuk berkahwin, pentingnya persediaan. Semestinya tidak semua perkara dapat dilakukan dengan sempurna. Yang penting ada usaha dan ada persediaan. Persediaan ilmu dan lain-lain. Kita boleh soroti kehidupan rumahtangga ulama-ulama dan mengambil pengajaran dari mereka. Haritu dalam satu majlis bersama Dr Zulkifli Al Bakri, Ustaz ade berkongsi tentang mendidik anak ni (ini sy kongsikan lain kali ya)

MENDIDIK ANAK BERMULA SEAWAL PEMILIHAN PASANGAN DAN SETERUSNYA BERSAMBUNG SELEPAS AKAD NIKAH

Ada doa yg si suami perlu bacakan pada ubun isteri dia. Doa yang minta dijauhkan dari keburukan yang ada pada pasangan. Doa minta keberkatan(kebaikan) dari Allah.

Allahumma inni as'aluka khoir....... hingga akhir. (cari dalam buku eh. kalau cari sendiri, kan lebih cepat dapat ingat berbanding kalau orang lain yang bagi =)

Bagi yg tak tau doa tu, please cari before korang kawin. Doa ni nampak simple je, tapi yang simple tu yang mendatangkan berkat pada satu2 perkahwinan. Doa ni patut amal pada awal-awal perkahwinan. Benda remeh dan nampak kecil, tapi bawa kesan besar.


Dalam laman web Darusyifa', ada ibu bapa2 yg mengadu anak mereka ni ada masalah. Dan ada antara mereka, bila disebut tentang doa sebelum jimak. Ada antara mereka tak tau pun doa tu. Tak tau tu maksudnye tak amal la doa tu. Doa mintak jauh dari syaitan. Bahaya betul kes ni.

Ni bukan nak cakap benda lucah. Ni benda fitrah. Ini juga soal adab. ADAB. Adab suami isteri. Benda simple tapi bawa kesan yang SANGAT besar. Doa main peranan yang sangat besar.

Pembentukan karakter janin dalam rahim si ibu bukan bermula selepas proses persenyawaan kedua benih suami isteri. Bahkan sebelum itu lagi ; semenjak mula2 kedua-dua suami dan isteri itu berkahwin lagi. Dalam hubungan pertama mereka. (this statement ni opinion sy dan dari buku agama yg sy baca)

Ada dalam satu email tu,tapi x sure la sahih or tak. ibu2 Israel sewaktu pregnant, mereka biasakan menjawab soalan2 matematik. Untuk melatih baby mereka berfikir. Dan di sebuah negara tu, ada kajian, bayi yang lahir yang tak lena tidur, rata-rata, ibu mereka masa pregnant jenis tido lambat malam. Memang ada kesan dan kaitan dengan bayi.

IBU BAPA YANG BUDIMAN ; BERILAH MASA UNTUK ANAK MU ! KASIHANI MEREKA

Masalah murid yang tak dapat membaca tu akan lebih teruk jika ibu bapa pulak jenis yang menyerahkan segala2nya kepada guru. Tugas guru sememangnya mengajar. Tapi dalam masa yang terhad , pasti tak dapat nak fokus kepada semua murid. Sebab tu,perlunye kesedaran kepada jiwa ibu bapa untuk still concern kat pelajaran anak-anak bila anak  sudah balik dari sekolah. Ok. masa untuk Pendidikan Islam bagi Bidang Al Quran tu sehari sejam. Banding dengan 33 orang. Bahagi.agak2 berapa minit untuk sorang budak?dua minit? cukup ke? guru pulak kena habiskan sukatan pelajaran.so, memang tak terkejarnye. 

Bagus ada tasmik J-QAF, sebab ustaz ustazah ada masa tambahan untuk cek bacaan al Quran budak2. Tapi ada budak tu memang tak pernah datang langsung kelas tasmik. Sehari pun tak pernah. Kalau pandai ngaji takpe, ngaji pun xreti. Ustaz ustazah nak tolong anak dia, yg si ayah pulak taknak. Mmm? Siapa yg perlu dipersalahkan bila si anak tak reti2 mengaji Al Quran? Please answer. Bila aku cek bacaan (bahasa melayu), tak nak. Biasa yang tak nak baca bila aku suh tu, means dia tak tau nak baca. Senang je formulanya.

Bertuah bagi ibu yang suri rumah sepenuh masa, banyak masa dengan anak-anak. Bagi yg bekerja pun xmengapa.still ada masa.yang penting bukan kuantiti masa tapi kualiti masa. kadang2 masa tu banyak, tapi hubungan dalam keluarga tu tak terasa pun. Na'uzubillah.
Cari masa. Masa. Luangkan masa.

debu86 said ; mak jenis akan dengar dan bagi perhatian kat apa-apa yg kami adik beradik nak cerita kat dia.. bagus mak ni.. dan kadang2 sikap mak yang tak nak menolong kalau aku cakap aku tengah kesusahan  buat aku lebih berdikari dan lebih bergantung kpd diri sendiri utk menyelesaikan sesuatu..

sayangkan anak ; bukan tinggal-tinggalkan. cuma jangan terlalu dimanja-manjakan..

Alhamdulillah duduk di profesion ni, buat jiwa sy dekat dngan budak2..

pesan Atuk yg aku jumpa kat kedai ; teruskan mendidik.. simple word but maksud deepest. terus mendidik. jangan mudah jemu

2011... nantikan aku yg lebih cemerlang. in sya Allah

WALLAHUA'LAM

2 comments:

Nur Mohamad Adli Bin Rosli said...

Assalamu'alaikum kak,
apa khabar?...insyaAllah,moga kak terus dikurniakan kekuatan dan semangat dalam mendidik anak bangsa...moga segalanya dipermudahkan dan menjadi lbh baiik utk akn dtg..barakallahu fiik

debu86 said...

adli ; Alhamdulillah sihat cume xdek suara je pagi ni.. cikgu ni modal dia suara.klau xda suara xleh nak ngajar =).. trima kasih atas doa mu