Tuesday, August 3, 2010

Cinta Sufi by Ramlee Awang Mursyid


Alhamdulillah

Minggu lepas baru abis baca Cinta Sufi by Ramlee Awang Mursyid

Ni dari penulis novel tersebut. 
Catalina merupakan seorang balu bangsawan Portugis yang kematian suami, belayar ke Tanah Melayu atas saranan Maryam – satu jelmaan berjubah dan berhijab putih yang ditemui apabila Catalina pengsan sahaja. Maryam berjanji akan membongkar satu rahsia besar tetapi pertemuannya mestilah di Hulu Melaka dan Catalina kena mencari seorang lelaki bertanduk dua untuk mengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka. Ketika sampai ke Melaka, Portugis sedang menggempur Melaka dan Melaka dapat ditawan. Masa inilah Catalina menemui Saifudin yang pengsan di pantai Punggor. Lalu Laksamana Sunan itu dijadikan hamba sahaya kepada Catalina. Perjalanan ke Hulu menghadapi bermacam rintangan termasuk huru-hara yang dicetuskan Pangeran Garitno (jelmaan Taghut) dan Puteri Kober Gandring yang hampir putus nyawa dikerjakan Saifudin dalam Hijab Sang Pencinta. Anak keponakan Taming Sari hulubalang terbilang Majapahit itu dibangkitkan semula dalam jelmaan pontianak.
Saifudin pula kehilangan kudrat kerana mengalami proses transformasi dari abad ke 21 yang telah memecahkan sel-sel dalaman. Luna pula muncul menagih kasih kepada Saifudin iaitu bangsa manusia pertama yang berjaya menambat hatinya. Begitu juga dengan Catalina yang lama-kelamaan menyenangi Saifudin kerana akhlak lelaki itu. Kesimpulannya – banyak nyawa terkorban dalam mengharungi perjalanan ke Hulu Melaka. Persoalannya – siapa Maryam bersama rahsia besarnya? Mengapa Saifudin digelar ‘lelaki bertanduk dua’? Apakah Taghut mampu dibunuh? Bagaimana dengan campur tangan Luna dalam peperangan antara sesama bangsa manusia? Apakah Saifudin berupaya bangkit menjadi Laksamana Sunan semula? Mengapa Taghut terlalu mendendami Saifudin? Siapakah yang mampu menjinakkan Puteri Gunung Ledang yang terkenal sakti itu? Dan...banyak lagilah.
Untuk anda semua...selamat bertemu dengan Laksamana Sunan sekali lagi dan ia tidak akan berakhir begitu sahaja. Seperti kata Saifudin – tiadalah ia diputuskan di dalam hati.

                                                 -Ramlee Awang Murshid

Sangat best novel ni. Novel sejarah pertama yg aku suka. Sebab tak minat cerita2 yg ada kait dgn sejarah. ~Syida, ni yg buat aku nak cari 3 novel sebelum Cinta Sufi ni. yang trilogi tu~. First lepas beli buku ni,terus aku teringat kat ko. Yang paling best adalah watak Saifudin=Laksamana Sunan. Ketaatan dia beristiqamah dalam amalan dia dan kesufian dia. Novel terbaik dlm karya Ramlee Awang Mursyid yg aku baca setakat ni

Bila turn aku nak jumpa Laksamana Sunan aku pulak ni ? Hehe

WALLAHUA'LAM

2 comments:

::muslihah zaki:: said...

rindu pd novel ramlee awang mursyid..pos satu sini..=)gurau je...em, kat rumah ni ade dua buah novel..satu yang shah bagi hr tu..alhmdulillah dah hbis bc..yang satu lg blum bc..

debu86 said...

hehe.kat sini pun ada lagik2 novel2 JS yg lum baca.huh? ko ni xpandai tul nk ngurus masa,syah. lani tengah tunggu 2 lagi novel dr JS. terima kasih rumet