Monday, August 2, 2010

Dokumen untuk Temuduga SPP

Dokumen yg wajib dibawa semasa temuduga (kalau xcomplete, either gi balik amik kat rumah or SPP akan panggil korang untuk temuduga lain kali.rugi coz lambat la sah lantikan nanti)

- semua sijil asal semasa temuduga (surat asal panggilan temuduga SPP pun kena bawak jugak)
- 1 keping gambar berukuran pasport

Dokumen-dokumen kat bawah ni korang kena bawak yang asal dan korang fotostat satu salinan. yg korang dah fotostat tu dapatkan pengesahan dari guru besar

1) kad pengenalan
2) surat beranak
3) SPM
4) STPM/STP/HSC/sijil politeknik/diploma (bagi yang ada).
5) ijazah (yg cakap kite dapat ijazah sarjana muda keguruan pendidikan islam dengan kepujian dari OUM tu) dan transkrip akademik ijazah (yang ada pointer2 setiap semester tu)
6) surat tawaran jawatan guru sandaran terlatih siswazah (setiap muka surat) yg kite dapat dari BSM (Bahagian Sumber Manusia)
7) pengiktirafan kelayakan ijazah dari JPA. Klik kat sini
search Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM). Then, print pengiktirafan  lepas tu dapatkan pengesahan dari Guru Besar
8) Salinan Kew.8 yang tercatat tarikh melapor diri (mintak kat kerani sekolah korang,biasa die simpan dalam fail peribadi korang kat pejabat sekolah)

Lepas tu, korang  Download
1) Borang senarai tugas dan ko-kurikulum meliputi

A-P&P : subjek yg korang ajar dan tahun yang korang ajar)                      

B-kurikulum (pasukan beruniform,sukan/permainan dan persatuan/kelab. Korang kena letak jawatan yg korang pegang) 

C-tugas2 lain yg korang ada kat sekolah (pegang panitia ke, kaunseling ke,disiplin,ke ape2 ke)

2) Laporan Khas Urusan Temuduga SPP (Guru Besar kena isi untuk prestasi kita dan tatatertib kite) tapi, hati2 sebab ada GB yg tak perasan item penilaian die tu coz start dari A,B, C, D.  Masa nak masuk bilik temuduga, aku baru perasan item dia boleh buat orang konfius la. GB aku pun xperasan. Mula2nya dia tanda kat 'D'. aAhamdulillah mujur dia initial kat situ. Bahaya.. Boleh jejas temuduga tu. Laporan khas tu sulit sebab GB kena letak dlm sampul surat(siap gam lagik) and then GB akan serah kat kite utk kite bawak ms temuduga. Tapi masa tunggu turn temuduga,kita boleh tengok penilaian tatatertib kite tu. Sebab orang yang cek kite punye sijil2 dan salinan yang kite fotostat tu akan bukak surat tu dan bagi kat kita untuk kita bawak masuk ke dalam bilik temuduga bila turn temuduga kite sampai nanti.

Klik kat bawah ni

3) Download surat pelepasan/kebenaran Guru besar untuk kite hadir temuduga. Kat lama web SPP ada contoh borang die. Untuk buat surat tu, guna letterthead sekolah korang dan tiru sebijik-bijik ape yg ada dlm borang tu.and then mintak GB tandatangan. ingat bawak sekali surat kebenaran tu masa temuduga

Klik kat bawah ni

Better pakai blazer dan nametag. Ada panel temuduga ms sepupu aku temu duga tahun lepas kat PPD Kuantan bagitau,pakai blazer pun boleh dapat markah dah.

Korang please cek banyak kali dokumen tu,jangan ada yg xcomplete. masa aku temuduga hari tu, ada 4 orang cikgu tak boleh temuduga. Ada yg belum dapat transkrip akademik.ada yg tertinggal la.

Apa2 nak tau, tanya la debu86 eh =). ]Boleh jugak tanya sape2 lagi yg dah g temuduga.

Ni soalan temuduga saya :

1- Ceritakan latarbelakang diri kamu ,family kamu dan sekolah kamu..

2- Berikan falsafah pendidikan Islam (FPI). Panel tu hafal rupanya FPI tu, ingatkan dia xhafal. hafal word by word. kalah aku.hehe. aku hafal jugak, tapi ada buat ayat sendiri coz nak faham dan nak mudah ingat falsafah tu

3- Berdasarkan falsafah pendidikan islam itu tadi.. Sudah berkeluarga ke? Bila awak berkeluarga nanti, Bagaimana awak nak membangunkan keluarga Islam awak nanti?

4- soalan terakhir; berikan 4 sub NKRA dalam pendidikan
Jawapan : prasekolah, sekolah berprestasi tinggi(SBT), literasi & numerasi, Pengetua/Guru Besar

temuduga aku haritu dalam 30 minit dan ke atas jugak. dekat2 40 minit jugak

P/S :  to kawan2 yg bakal pergi temuduga;prepare FPK, FPI tu confirm ditanya. ada cikgu sebelum aku kena tnya perlembagaan la (yang semua universiti wajib menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar ,kalau tak silap),yg selepas aku ada kena tanya k-ekonomi la, ada yg kena hurai FPK tu la. pengurusan fizikal sebelum p&p, dan bagaimana kamu membuat penilaian terhadap anak murid kamu (formatif dan sumatif). 

Benda ni kira nasib sebenarnye. ada yg senang soalan dia. Dan ada yg soalan dia kite tak tepikir pun die akan tanye.

yang penting study, banyak2 doa,solat hajat,insya Allah moga classmates semue lulus dengan jaya nye.Amin. Korang semua lebih bijak dari aku. =). Yang penting, cakap dengan yakin. Kadang2 ada panel tu bukan tau sangat ape yg die tanya,dia just nak tengok cara kite bercakap as guru je. Allah yusahhil umurukum.Amin

Bile dah sah lantikan,then sah jawatan. Senang kalau nk further study and so on. After ni, kena gi BTN pulak. in sya Allah

WALLAHUA'LAM

No comments: