Thursday, October 8, 2009

Promote 'Jemari Seni Publishing'





Ini Jemari Seni Publishing. Merupakan penerbit novel2 yg amat memikat hati saya. Baru 3 tahun usianya. Tapi, karya2 novelis amat berjaya meragut hati dan mata saya untuk terus setia menjadi peminat sekaligus pembacanya. JS. Pertama kali mengenalinya adalah dari insan terdekat saya; mestilah roommate saya. Terima kasih, rumet! =).

Ini kesemua novelis di JS iaitu;

Mazni Darwisya

Beberapa karya novelis yg sy pernah baca ;
Khairyn Othman, Hlovate, Noor Suraya, Syud, Xarine, Saidatul Saffa, Imaen dan Nazurah Aishah.

Setiap novelis ada tarikan, metod penyampaian, teknik penghujahan, 'kecindan' (that means = kelakar), santai dan macam2 lagi lah, ada juga yang nampak formal cara penyampaiannya. ada novel yg telah saya baca ; penulis itu seorang yang  teliti dalam mendescribe sesuatu hinggakan saya kena menyebut dan sambil menggayakannya, baru saya dapat menghayati dan membayangkan maksud yang disampaikannya. Tapi, itu tidak mengapa. Saya suka.  Tidak mahu saya banding-bandingkan salah seorang dari mereka. Semua ada kelebihan masing-masing yang tersendiri.  Saya suka kesemuanya. Itu lah pelbagai ragam dan pelbagai personaliti hamba-hamba Tuhan. Kita juga.

Memang SANGAT suka novel JS ni.

Saya suke juge menulis. Tapi, idea terputus tengah jalan. Maybe ada batu yang menghalang. Ishh ishh. Batu pula dipersalahkan. Ha ha. Saje je cakap camtu. Bila la ilham ni nak datang lagi? Datangla. Datangla. Titik.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ni latarbelakang JS.<<

Latar Belakang

JEMARI SENI PUBLISHING memulakan operasi penerbitan buku di Malaysia, apabila novel Percayalah.. karya sulung penulis baru Ruby Hazri diterbitkan pada 6 Oktober 2006.  Sebagai sebuah syarikat kecil yang ingin sama-sama mewarnai dunia penerbitan, novel Percayalah... ini memberi ruang kepada pembaca untuk ‘percaya’ kepada produk Jemari Seni Publishing. Kejayaan kecil ini telah melonjak semangat kedua-dua pengasas syarikat ini: yang sama-sama memiliki hobi membaca buku cerita. 

Idea untuk menubuhkan syarikat penerbitan ini bermula, apabila Noor Suraya merungut yang novel kanak-kanaknya, perlu ditambah halaman sebagai prasyarat untuk diterbitkan. Sekadar suka-suka, Noor Suraya berkata dia terasa ingin menerbitkan novel kanak-kanaknya sendiri. Sebagai sahabat yang menadah telinga, Mariah mengemukakan usul, jomlah kita terbitkan cerita tu sendiri!  Bertitik tolak dari situlah, sebuah impian akhirnya menjadi kenyataan. Alhamdulillah. 

Noor Suraya – Mariah mula mengatur strategi dalam diam-diam. Dalam sibuk-sibuk mengurus pekerjaan seharian, banyak yang mereka telah usahakan. Kedua sahabat ini mula mengumpul maklumat, mencari penulis dan mengumpul dana. Tidak sangka akhirnya, Jemari Seni Publishing berjaya didaftarkan pada Februari 2006. Namun begitu idea untuk menerbitkan cerita kanak-kanak disimpan dulu, kerana hati sudah tergoda untuk menerbitkan novel umum sahaja, sebagai produk permulaan syarikat ini. Alhamdulillah, ramai pula teman-teman yang sudi menghulurkan buah fikiran dan maklumat mengenai penerbitan serta mempromosi syarikat setahun jagung ini. 

Kenapa memilih nama Jemari Seni?

Mencari nama syarikat adalah suatu yang amat sukar. Memilih nama yang paling sesuai, sukarnya bagaikan memilih nama untuk anak sulung tujuh keturunan. Ya lah, kerana kita bagaikan ada sebegitu banyak senarai nama yang kita sukai. Namun kita tidak pasti keserasiannya. Begitulah yang terjadi. Syarikat ini harus mempunyai nama yang ada nilai komersial; senang diingati; terselit nilai-nilai seni selaras penampilan produknya; namanya mampu berdiri sendiri apabila dipasarkan; mestilah berbeza namanya dengan syarikat-syarikat penerbitan yang sedia ada dan yang paling penting namanya unik.  

Lalu? Kata ‘jemari’ disarankan oleh seorang sahabat yang lain. Nama yang tercetus dan diubahsuai dari novel kedua Noor Suraya, Tanah Andriyana. Sementara perkataan ‘seni’ sememangnya sedari awal telah menjadi pilihan kedua-dua sahabat ini. Justeru kedua-dua kata ini dicantumkan untuk menjadi satu konotasi yang begitu mendalam maksudnya. Selaras dengan namanya yang sebegitu, Jemari Seni Publishing cuba membentuk identitinya sebagai home made ‘books’.  Seperti seorang ibu yang mengasuh anak-anaknya dengan tangan dan kudratnya sendiri... itulah yang kita cuba aplikasikan di Jemari Seni Publishing dalam menangani karya-karya yang diamanahkan.   

Oleh itu sejak awal lagi, karya-karya yang terpilih haruslah mempunyai nilai-nilai moral yang cemerlang... dan karya yang menjadikan Islam sebagai suatu cara hidup menjadi keutamaan di Jemari Seni Publishing. Pemilihan karya disaring oleh sekumpulan panel penilai yang terpilih: mewakili kumpulan pembaca di alam sebenar. Penilaian ini dibuat dalam dua peringkat untuk memastikan sesebuah manuskrip sesuai dan selaras dengan konsep serta matlamat Jemari Seni Publishing.

Pada peringkat permulaan sehinggalah ke peringkat memasarkan novel, sesebuah manuskrip dikawal selia dengan teliti dan cermat. Untuk sampul kulitnya, Jemari Seni Publishing menggunakan konsep perkahwinan campur: ‘lukisan asli dengan teknologi’. Gambar/Idea pilihan penulis yang dipersetujui bahagian penerbitan dihantar untuk dilukis dengan menggunakan warna air (watercolour) ataupun warna minyak (oil painting). Kemudiannya lukisan ini dihantar ke bahagian grafik untuk direka bentuk menjadi sampul kulit buku.  Konsep ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pelukis untuk mengembangkan bakat mereka. Konsep SENI yang disematkan pada nama syarikat ini dapat ditonjolkan dengan berkesan, melalui luahan rasa di kanvas dan karya rasa pada cerita penulis. 

Di Jemari Seni Publishing penulis diberi peluang untuk sama-sama ‘melahirkan’ karyanya. Mereka dibenarkan menyediakan blurb dan caption, yang kemudiannya perenggan ini akan diperhalusi di bahagian editorial. Jemari Seni Publishing mengalu-alukan judul novel yang menarik dan kreatif, sebagai tiket untuk kelainannya.

Penyuntingan, letak atur (tipografi) dan membaca pruf dibuat secara in-house untuk menjaga kualiti dan ketelusan manuskrip. Penulis juga diberi peluang untuk membaca manuskripnya sebelum dihantar ke percetakan. Jemari Seni Publishing tidak berhasrat meminda mana-mana karya penulis tanpa persetujuan atau notis kepada penulis terlebih dahulu. Kami di Jemari Seni Publishing menjaga karya penulis bagaikan menjaga 'anak sendiri'. Kami berusaha untuk mengujudkan hubungan yang rapat antara penulis-penerbit. Di Jemari Seni Publishing, kami berhasrat untuk melahirkan rasa kekeluargaan antara penulis dan penerbit dengan sempurna. Dan rasa kekeluargaan ini diperpanjang lagi kepada pembaca yang sentiasa menjadi keutamaan kami.  Jemari Seni Publishing ingin berada dekat di hati dengan pembacanya.    

Bermula dengan Percayalah... dan Relevankah Aku di Hatimu? pada tahun 2006, kemudiannya diikuti dengan 5 Tahun 5 Bulan, Surat Ungu untuk Nuha, Gurindam Jiwa dan Labyrinth pada tahun 2007, Jemari Seni Publishing telah menamatkan sasaran 6 buah novel untuk tahun pertama dengan jayanya, alhamdulillah. Pada sesiapa yang ingin berkongsi kelainan, bacalah Jemari Seni Publishing. Penulis kami menulis dengan mata hati, semoga cerita mereka juga tersemat dari mata turun ke hati.  Pada masa depan, Jemari Seni berhasrat melahirkan lebih banyak genre sastera dan mempelbagaikan jenis bahan bacaan. Terima kasih kerana menyokong Jemari Seni Publishing sejak dari awal. 
 
Tautan Jemari Sebarkan Seni

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuan rumah : Hidup JS sebagai medan dakwah Islamiyah buat jiwa-jiwa yang suka baca novel, lebih tepat kaki novel.  Haha. Jangan marah!  Saya juga rasanya dah kaki novel JS sekarang. Pantang nampak kat bookstore , rasa nak tarik, amik dan bayar aje! Tapi, kena tunggu diri 'berduit' dulu.


Moga JS terus sukses..Love u!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Teringat saya pd satu ayat dalam sebuah entry dari seorang novelis JS dlm blognye (sy kira azimat).


Why don't you try make one?
(mengapa tidak awak mencuba sekali mengarang or menulis?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Ada seorang General Manager(GM) dalam syarikat penerbitan terkenal kat Mesia ni; (betulkan if i'm wrong) cakap ; buku pertama tu yang susah nak buat. dan biasanya bila dah dapat buat buku pertama, buku kedua, ketiga dan seterusnya akan menyusul selepas tu).. 

Tuan rumah : As for me, yang jadi masalah; buku pertama lah. 


WALLAHUA'LAM