Thursday, October 8, 2009

Tawaran Istimewa di MPH Bookstores sehingga November 2009

<<< Copied from saifulislam.com>>>

IMG_0266

Tawaran di MPH Bookstores Alpha Angle Wangsa Maju

Sudah agak lama saya tidak menulis tentang perkembangan penulisan buku.
Saya berasa segan dengan penerbit kerana sangat kehilangan momentum dalam menyelesaikan projek-projek yang sedang menanti untuk diselesaikan. Terkini, Insya Allah buku Travelog Tarbiah kedua bakal menyusul selepas RINDU BAU POHON TIN. Kali ini saya menjemput pembaca semua mengembara ke bumi Khilafah di Turki, di bawah lembayung catatan bertajuk SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH.

Bahagian berbaki tidak banyak. Hanya saya sahaja yang bertatih mengejarnya.

Namun, hari ini saya berasa gembira untuk berkongsi sesuatu dengan pembaca semua.


Pihak kedai buku ternama Malaysia iaitu MPH Bookstores telah menganjurkan sebuah kempen yang dikenali sebagai “MUTIARA MINDA, MEMPERKASAKAN BAHASA MELALUI BUKU”. Kempen ini bertujuan mahu merangsang dan menggalakkan perkembangan Bahasa Kebangsaan kita melalui buku-buku berBahasa Malaysia yang sangat banyak mengisi rak-rak buku jualan di semua cawangan MPH Bookstores.

Di samping itu, sekeping kad diskaun Mutiara Minda ditawarkan dengan harga RM10. Dengan kad ini, pembeli boleh mendapat potongan sebanyak 10% bagi SEMUA buku berBahasa Malaysia, dan diskaun 25% untuk buku-buku yang dilabelkan secara khusus.

Yuran RM10 bagi mendapatkan kad Mutiara Minda ini akan didermakan ke Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr. Ismail, Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah Cheras, Pertubuhan Pendidikan Anak Yatim Selangor (Rumah Bakti) Ampang, Pertubuhan Rumah Anak Yatim / Miskin Daerah Kuala Langat, Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah Subang Jaya, Rumah Anak-anak Yatim Darul Izzah Bandar Baru Bangi, Rumah Tumpangan dan Sekolah Anak-anak Yatim / Miskin Sungai Pinang, Klang dan Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah, Kuala Selangor.

Kad Mutiara Minda ini boleh diguna pakai oleh sesiapa tanpa had bagi mendapatkan diskaun tersebut. Ada sesiapa mahu meminjam kad saya?
IMG_0273
Saya membeli kesemua buku ini dengan harga RM115 sahaja!

Buku Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai ke Syurga terpilih untuk ditawarkan diskaun 25% melalui projek ini.

Tawaran ini sah sehingga 15 November 2009 di cawangan-cawangan MPH Bookstores yang terpilih.
Antaranya ialah MPH Mid Valley, MPH Megastore 1 Utama, MPH Subang Parade, MPH Sunway Piramid, MPH Taman Maluri, MPH Bukit Bintang Plaza, MPH The Curve, MPH Alpha Angle (Wangsa Maju), MPH Alamanda Putrajaya, MPH Shah Alam City Centre, MPH Gurney Plaza Penang, MPH Johor Bahru City Square Johor, MPH Taman Universiti Johor, MPH Jusco Seremban 2 dan MPH The Spring Kuching.

Saya tiada komisyen untuk artikel ini. Hanya mahu mewar-warkan tawaran istimewa agar pembeli dapat berjimat seadanya.

Jangan lepaskan peluang ini.

Membaca sambil beramal.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG