Wednesday, October 7, 2009

<<< cerita 1 ( TIGA)>>>…

Kehilangan orang tersayang. Normal. Hilang kunci. Hilang ingatan. Hilang mak ayah. Hilang kasih sayang. Hilang pedoman. Hilang rasa bertuhan. Hilang rasa sayang pada agama. Hilang sahabat. Hilang rasa percaya. Moga Allah menjaga barang yang hilang itu, biar la barang tu orang ke, binatang ke , wang ke apa-apa la, tak kira la.

Moga Allah mengganti sesuatu yang lebih baik dari yang telah hilang itu. Doa Ummu Salamah ni kan.

Ustaz Abdul Jabbar sebut dalam ‘Kursus Imam dan Bilal’ baru-baru ni, yakin dengan Allah. Yakin dengan Allah yang Dia akan mengganjarkan kita dengan sesuatu yang lebih baik untuk diri kita even Allah dah 'hilangkan' atau 'bawa pergi' sesuatu yang biasanya amat kita sayang!.

Nini turut menyampuk . “Wei, Ustazah aku yang ajar Insya’ pun lebih kurang cam Ustazah ko la. Adik beradik ke? =) Dia kan, suruh kami hafal vocab Bahasa Arab, siapa yang tak dapat hafal, dia akan rotan tangan kami. Paling-paling kesian kat kami, dia mintak kami duk tepi pintu masuk kelas. Kira, orang lalu lalang kat tepi kelas kami tu akan tau la ada orang dapat ‘hadiah’ dari Ustazah Faridah la hari tu. Walaupun camtu, aku rasa bertuah. Dengan pertolongan Ustazah Faridah aku dapat menguasai arab sikit sebanyak. Segalanya dikembalikan kepada Allah. Alhamdulillah. Guru yang berkesan terhadap diri kita, kita akan ingat kembali jasa-jasanya pada kita. Jangan kita langsung menjadi guru yang dilupakan dan dicerca akibat perbuatan yang pernah kita lakukan terhadap anak murid kita.

Sikap bersungguh akan bantu kita menguasai sesuatu . Kejayaan bukan macam durian.. Durian yang masak secara fitrahnya ,dia akan gugur mencecah bumi. Itu kes lain. Manusia kena usaha if want to najah. Kalau nak Mumtaz lagi la. Kena lebih gigih. Ini pesan Arwah Atuk.

Manusia juga janganlah menjadi fatalistik.. Fatalistik tu maksudnya kita hanya serahkan masa depan kepada nasib. Kerana yang beriman dengan Ahlus Sunnah Wal Jamaah tidak mengkesampingkan usaha di samping turut berdoa kepada Allah. Usaha dan doa dilakukan. Tidak tertinggal salah satu pun.

Irah : Ada sorang adik junior aku terbaca komen dia kat laman sesawang kegemaran (http:www.jemariseni.com) aku tu. Adik tu cakap, ‘ sy terkejut dengan culture Islamic kat IPIS, tapi lama2 dapat adapt.’

Itu semua latihan. Tarbiyah. Perasan tak kadang2 untuk kita buat sesuatu tu kita kena paksa diri pada mulanya. Masa kecik-kecik dulu, kita semua kena paksa gi tadika dalam keadaan tak mandi pun, gosok gigi pun tak. Pergi tadika dalam keadaan taik mata bertampung kat mata lagi. Mak Ayah kita salah ke bila mereka paksa kita camtu? Mereka buat itu untuk kebaikan kita. Kalau x, sampai bila2 pun kita tak sekolah la. Dan kalau xsekolah, sampai sekarang kita tentu tak kenal pun ABC, Alif Ba Ta and so on… Bila sebut tarbiyah, diri yang bermonolog sendiri tidak seberapa juga tarbiahnya. Banyak dosa.

Sama la kes dengan isu adik Akak yang sorang ni. Dia darjah 3 tahun ni. Dia memang kuat makan, tapi mak suruh dia puasa jugak, hari first memang dia tak dapat puasa. Hari kedua atau ketiga , memang terlentang habis dia, mak suruh dia puasa.. Hari seterusnya dia cuba puasa separuh hari. (Ini kisah adik bongsu ku)

Kalau la mak tak desak dia puasa gak, sampai dia masuk sekolah menengah nanti pun dia kekok untuk puasa.

Begitu juga dengan suruhan dalam agama kita. Semuanya mengandungi kebaikan untuk kita. Allah yang mencipta manusia, jadi Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk manusia. Dan Dia juga tahu apa yang tidak baik untuk manusia.

Manusia selalu rasa apa yang dia selesa itu baik untuk dia, tapi tidak mesti apa yang selesa tu baik untuk dia. Contoh dalam isu menutup aurat kan. Itu dah ada dalam Kitab kita; Al Quran Al Karim. Pasti ada banyak kebaikan jika kita taat pada perintah Allah tu kan.

Sekarang cuba tengok kat sekitar kita, macam baru ni masa dalam LRT, akak nampak si anak yang berusia 8, 9 tahun pakai tudung, tapi si emak nya tidak pula bertudung seperti anaknya, kenapa ye? Padahal anak dia tu kecil lagi. Si emak tentulah dewasa kan.

Zati : Junior kita ada cakap pasal Culture Islamic? Aik. Islam itu dibudayakan ker? Setahu aku Islam itu bukanlah satu budaya. Kerana budaya Islam itu ada di mana-mana, bukan di Institut Perguruan kita ni je. Islam itu di dalamnya ada ketamadunan yang sudah terzahir secara tidak langsung. Iye la. kan ada Fiqh Muamalat, Fiqh Sunnah, Fiqh Awliyat. Allah yang Maha Kuasa dah mengatur semuanya. Disampaikan perutusanNya kepada the chosen persons iaitu Nabi-Nabi dan juga Rasul-Rasul yang 313 tu. Ilmu Allah ni luas. Seluas-luasnya.

Nini : Islam Hadhari ke yang kita duk bincang nih?

Nisa mencelah di tengah-tengah perbualan kami bertiga itu..
Yang aku tau istilah Islam Hadhari tu ade yang xkena kat istilah dier.

"Islam Hadhari? Aper tuh? Tu masa zaman pemerintahan Pak Lah dulu kan start benda gitu. Sekarang time Pak Najib dengan Gagasan 1 Malaysia tu pulak. Dan ada pihak nak tambah pada frasa ‘1 Malaysia’ tu pulak dah,..omel Poo"..

Bukan ke yang 1 Malaysia tu tujuan dia ; PERPADUAN..

Dari dulu hingga sekarang, itu lah isunya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

WALLAHUA'LAM