Saturday, April 25, 2009

Jangan buat kat orang apa yang kita tak suka orang buat kat kita..

Allah. Bismillah.

Aku risau. Terfikir. Bagaimana cara untuk aku menjaga hati orang semampuku dan semahuku. Oh tidak. Kadang2 aku kecewa juga. Dah puas menjaga hati dan perasaannya , tetapi tetap melukakan hatinya.

Bagaimana harus kita menanggapi sesuatu perkara yang kita tidak mahu pun benda tu jadik kat diri kite. Aku tak suka orang marah pada aku, jadi aku pun tak boleh la nak marah kat orang lain. Marah xpe, tapi jangan la marah di depan orang. Aku ada muka juga. Ada maruah juga. Begitu juga, aku pantang sekali kalau kat rumah tu, adik aku bising2 masa aku tengah solat, jadi kalau adik2 aku solat, kakak dia pun x boleh xbising2 jugak. Kakak dia pun kenalah hormati mereka yg tengah nak solat.

Aku suka menulis secara umum, tak ingin menyentuh hati sesape. Cuma aku suka menulis apa yg ada kat fikiran ni. Menulis bukan saje nak publisiti, bukan juge nak pujian. Cuma , aku suka baca tulisan sendiri after dah selesai tulis. Post2 aku dalam blog ni adalah ditujukan pda diri sendiri. Justeru itu, ini lah hasil dari post2 aku selama dekat2 setahun buka "Warkah Buat Aku" ni. Tak kisah kalau xramai pengunjung pun.

Yang penting, apa yang ingin aku "beri", dapat aku beri semahuku. Cuma menulis tidak sesukar untuk bercakap. Menulis boleh bermacam-macam kerana ia tidak dizahirkan suaranya. Tetapi kalau bercakap, kadang-kadang tak mampu nak luahkan semuanya.


Tulisan bercampuraduk. Isi yang utama hanyalah nak sentuh ; jangan buat apa yang aku tak suka orang buat kat aku.


"Kita mengisi hidup ini dengan segenap apa yang kita berikan padanya."

WALLAHUA"ALAM..