ULASAN BUKU ‘PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL’
PENGENALAN
Fahaman Islam liberal ini adalah bertitik tolak dari pemikiran neomodernisme, bahkan
lebih bahaya dari pemikiran neomodernisme tersebut. Pada 11 sehingga 13 Jun 2006
yang lalu , Muzakarah Ulama yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul
Ridzuan dan Hotel Casuarina, Ipoh telah diadakan satu persidangan untuk meneliti,
membahas dan merumuskan tiga kerja di sekitar isu ‘Islam Liberal dan “Pluralism
Agama”. Muzakarah tersebut telah mencapai kesepakatan menilai dan menyingkapi
aliran pemikiran Islam Liberal, termasuk faham pluralisme agama iaitu menyamaratakan
semua agama / mengakui kebenaran semua agama. Pemikiran liberal dan plural jelas
menggugat pokok-pokok ajaran Islam serta mencemarkan kemurnian dan ketulenannya,
termasuk;
• Mencemarkan kemurnian tauhid yang merupakan teras akidah Islamiah
• Mengugat kemutlakan al Quran sebagai kemutlakan al Quran sebagai kitab
suci, wahyu Ilahi
• Menggugat martabat kerasulan dan keluruhan peribadi Nabi Muhamad SAW
• Menggugat autoriti as-Sunnah dan Ijmak Ulama’
• Menggugat keunggulan syariat dan kedaulatannya.
Kita perlulah melakukan sesuatu terhadap penyebaran faham dan pemikiran yang
menyeleweng seperti yang dilakukan oleh Jaringan Islam Liberal ini dan sekutu-
sekutunya. Mungkin kita tidak mampu mengawal keseluruhan manusia, akan tetapi
sekurang-kurangnya kita bermula dengan diri kita dahulu.
BAB 1:
ISU-ISU SENTRAL DALAM PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL :
KES INDONESIA DAN PENGAJARANNYA UNTUK MALAYSIA
Sekitar tahun 1955 , satu kajian telah dilaksanakan oleh Greg Barton di mana beliau
mengkaji tentang aliran Islam liberal di kalangan pemikir-pemikir Indonesia.
Kajiannya yang bertajuk “The Emergence of Neo-Modernisme: A Proggressive , Liberal
Movement Of Islamic Though” kemudiannya dialihbahasakan ke dalam Bahasa Indonesia
yang bertajuk “Gagasan Islam Liberal di Indonesia: Pemikiran Neomodenisme Nurcholis
Majid, Djohan Effendi, Ahmad Wahib, dan Abdurrahman Wahid”. Satu kumpulan telah
menubuhkan pemikiran ini dan mereka menamakan diri mereka sebagai Jaringan Islam
Liberal (JIL).
Pemikiran Islam liberal bukanlah satu benda yang baharu. Kadang-kadang sesuatu yang
batil itu terjelas nyata cuma disebabkan oleh mata hati yang buta, maka seseorang
tidak nampak hakikat kebenaran sesuatu itu walhal ia sudah terbukti nyata.
B) Akar-Akar Pemikiran Islam Liberal
Di Indonesia, fahaman ini telah lama berkembang 30 tahun sebelum ini, iaitu
kira-kira pada tahun 1970an. Pemikiran liberal ini adalah lahir di barat,
walaubagaimana pun ia telah sampai ke Indonesia akhirnya. Pembaharuan yang mereka
ingin bawa ini adalah berupa intipati pembebasan dari mengamalkan ajaran Islam ,
sebaliknya mengkehendaki amalan Islam itu dalam cara dan ruang lingkup yang mereka
kehendaki sendiri sehinggakan ia nya mengenepikan tuntutan Islam itu sendiri. Islam
Liberal ini juga diringkaskan namanya dan menjadi Islib.
Greg Barton di dalam bukunya Gagasan Islam Liberal di Indonesia mengatakan
Pembaharuan pemikiran Islam Nurcholis Majid, Djohan Effendi, Ahmad Wahibi adalah
sama dengan neomodernisasi Fazlur Rahman. Dan mereka juga menganggap noemodernisasi
sebagai pengganti yang cukup tepat untuk istilah “Pembaharuan Pemikiran Islam.”
C) Aliran liberal ini mengkehendaki ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih dari
Islam yang sudah sedia ada dan sudah sedia bebas dan sudah sedia tulen tanpa perlu
ada sebarang pembaharuan dari penganut agamanya. Dan ini tidak berlaku kepada ahli
dan pendokong Islib ini, kerana Islib yang menjadi aliran pemikiran mereka
mengandungi fahaman yang jelas menyeleweng dari aspek akidah dan syari’ah. Aliran
Islib ini mengkehendaki Islam itu melalui pemahaman dan logik akal mereka
semata-mata sahaja. Islib ini mendakwa bahawa akal juga adalah wahyu. Mereka
membahagi wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan juga wahyu yang
tidak bertulis ..menurut mereka, wahyu bertulis adalah Al Quran dan ia adalah teks
semata-mata, Wahyu tidak bertulis pula adalah akal manusia dan akallah yang
sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks suasana zaman.
walhal setiap ajaran Islam mahupun syari’atnya adalah bersesuaian pada setiap ketika
dan juga setiap zaman.
Kajian asal yang dijalankan oleh Greg Barton yang bertajuk “ The Emergence
of Neo-Modernism: A Progressive, Liberal Movement of Islamic Thought ini
diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia menjadi “ Gagasan Islam Liberal di Indonesia
: Pemikiran Neo-Modernisme Menurut Nurcholis Majid, Djohan Effendi, Ahmad Wahib dan
Abdurrahman Wahid pada tahun 1999.
Buku karangan Ugi Suharto ini mengupas beberapa isu pokok dalam aliran
pemikiran Islam liberal di Indonesia. Memang jelas bahawa agenda Liberal ini adalah
berpusat di Barat di mana ianya didalangi oleh Orientalis barat yang ingin
mendokongi pemikiran-pemikiran orang Islam dan berniat untuk menyesatkan umat Islam.
Islib ini menjadikan akal sebagai panduan hidup mereka.
Musuh-musuh Islam yang berusaha merubah wajah dan citra Islam mengikut
selera dan keinginan mereka. Di Malaysia, Sisters In Islam adalah salah satu sekutu
dari sekian banyak golongan yang mendukung aliran Islam Liberal di Malaysia ini.
Dalam salah satu artikel yang ditulis oleh Penyelaras Program di Sisters In Islam di
dalam al Islam Keluaran Jun 2003 menyatakan telah berlaku diskriminasi terhadap
golongan wanita. Di mana sister in islam dan lain-lain pertubuhan wanita mendakwa
bahawa mereka sentiasa berusaha mengenengahkan konsep kesamarataan gender (gender
quality) dan emansipasi (tuntutan hak) di dalam setiap aspek kehidupan ini. Malah
yang lebih ganjil , golongan liberalism ini menghalalkan perkahwinan sesama jenis
yang mana ianya jauh menyimpang daripada ajaran-ajaran Islam mahupun agama-agama
lain dan norma-norma masyarakat Timur.
Untuk pengetahuan, tokoh terkenal di Indonesia iaitu Nurcholis Majid adalah
tergolong dalam golongan yang mendapat pendidikan tradisional dan moden. Beliau
menerima pendidikan di podok di masa kanak-kanak dalam keadaan tradisional dan
mendapat pendidikan moden di pesantren Gondor.
1) Sekularisasi dan Sekularisme
Harvey Cox di dalam karyanya ‘Secular City’ yang diterbitkan pada 1965 dengan babnya
‘The Biblical Soure of Secularization’ yang dimulakan dengan pendapat teologi Jerman
, Friedrich Gogarten, “Secularization is the legitimate consequence of the impact of
biblical faith on history” telah membuka pintu masuk arus sekularisasi dalam tradisi
Yahudi dan Kristian. Di Indonesia , tokoh aliran Islam Liberal yang paling menonjol
adalah Nurcholis Majid dan Harun Nasution.
Pada awal tahun 1970, Nurcholis Majid yang dikenali dengan Cak Nur telah
menimbulkan isu sekularisasi di Indonesia. Ketika itu, Cak Nur secara rasmi
menggagaskan sekularisasinya dalam diskusi di Markas PB Pelajar Islam Indonesia di
Jakarta. Ucapannya pada 2hb Januari 1970 yang bertajuk ‘Keharusan Pembaharuan
Pemikiran Islam dan Masalah Integrasi Ummat’ (Arena 1) dan artikelnya bertajuk ‘
Sekali Lagi Tentang Sekularisasi’ (Arena 2) telah memperkenalkan istilah
‘sekularisasi kepada masyarakat Islam di Indonesia. Beliau mendakwa sekularisasi
bukanlah bermaksud kita diresapi oleh ideologi sekularisme, tambahan beliau lagi,
malahan proses sekularisasi itu adalah proses Islami seperti yang terkandung dalam
permulaan kalimah syahadah itu sendiri. Beliau menyatakan;
“Agama Islam apabila diteliti benar-benar dimulai dengan proses sekularisasi
terlebih dahulu. Justeru ajaran Tauhid itu merupakan pangkal tolak proses
sekularisasi besar-besaran.”
Seorang profesor di Institut Agama Islam Negri (IAIN) telah membidas
kenyataan Cak Nur itu dengan tulisan beliau melalui bukunya “Koreksi Terhadap Drs
Nurcholis Majid Tentang Sekularisasi’ pada 1972. Antara isi buku beliau adalah
menyatakan Cak Nur telah menggunakan perkataan sekularisasi lantas memberikan
maksudnya mengikut hati dan pemikirannya yang telah ditunjangi liberalisme itu.
Padahal istilah sekularisasi dan sekularisme itu adalah istilah yang sudah mapan
dari segi maknanya, dan kedua-duanya tidak boleh dipisahkan. Cak Nur membawa
pemikiran barunya itu kepada orang-orang Indonesia bahawa proses sekularisasi tidak
semestinya bersifat negatif pada pandangan Islam.
2) Pluralise Agama
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Dato’ Harusani Zakaria dalam Muzakarah
Ulama di Perak di Ipoh pada 2006 yang lalu berjaya menimbulkan pelbagai sudut di
Malaysia ini. Hakikatnya pluralism yang dimaksudkan beliau adalah kewujudan satu
pemikiran yang mengiktiraf bahawa semua agama adalah sama dan menuju kepada kemuncak
‘kebenaran agama yang sama’.
Jelas beliau lagi, segala bentuk ibadat , aktiviti agama merupakan bentuk-
bentuk yang berbeza-beza. Sebagai contoh, sekiranya umat Islam menunaikan ibadah
dengan cara solat, menunaikan rukuk, sujud dan sebagainya, manakala penganut agama
Buddha beribadat dengan hadir ke kuil, penganut Kristian hadir dan bertafakur di
gereja pada setiap hari ahad, dan pelbagai lagi bentuk ibadat yang wujud di muka
bumi ini.
Di Indonesia ada sebuah sekolah yang menggunakan kaedah pluralisme agama di
Sekolah Madania di Jakarta. Pengurus sekolah tersebut yang juga seorang aktivis JIL
menyatakan:
“Ada system moving dalam sistem persekolahan mereka, di mana telah
ditetapkan suatu masa ketika pelajaran agama, murid-murid akan pergi ke kelas agama
mereka, buat yang muslim mereka akan pergi kepada guru mereka yang akan memberi
kefahaman tentang Islam kepada mereka. Terdapat kelas Christian Class, Islam Class
dan juga kelas lain. Di mana setiap kelas itu akan melakukan ‘ritual’ bagi agama
mereka. Dan tidak salah jika dikatakan ianya seolah-olah seperti satu pesta
kebudayaan pula, di mana mereka akan berkunjung dari satu bilik ke satu bilik untuk
menyebarkan agama dan fahaman antara sesama mereka.”
Dapat dinyatakan upacara ritual yang berlaku di sekolah yang ditunjangi
ideologi pluralism tersebut adalah tidak ubah seperti mengadakan ‘rumah terbuka
kepelbagaian agama’, di mana semuanya bebas mengamalkan anutan masing-masing tanpa
sebenarnya menyedari bahawa hanya Islamlah agama yang tertinggi dan yang perlu
dimuliakan pangkat dan kedudukannya melebihi agama-agama lain.
Jika disoroti Indonesia merupakan sebuah Negara yang mempunyai penduduk
Muslim yang agak ramai bilangannya dan dari sisi yang lain , ramai juga penganut
agama laim yang amat memusuhi Islam di sana, berikutan dapat kita lihat
pertembungan dan juga peperangan antara pelbagai agama di sana. Kita boleh dapati
jika terdapat satu kumpulan yang begitu kuat mengamalkan Islam di sana , maka
begitulah juga akan terdapat satu kumpulan yang kuat menentang Islam di sini. Tidak
berlaku keseimbangan di sana. Barangkali ini juga terjadi Malaysia, akan tapi kita
tidak sedar.
Pluralisme telah mendapat tempat di Indonesia berikutan perlembagaan Negara
tersebut yang tidak mengiktiraf Islam sebagai agama rasminya. Itulah resminya, Islam
apabila tidak dijadikan satu ketetapan dala undang-undang, maka itu lah yang akan
berlaku. Tiada ‘perlindungan’ ke atas agama Islam itu sendiri. ‘Perlindungan’ di
sini bukan bermakna Allah Yang Maha Kuasa tidak melindungi umat Nya , akan tetapi
perlindungan di sini memberi makna bahawa tidak akan ada autoriti kepada penganut
untuk mengamalkan ajaran agama secara bebas. Jika di Malaysia, umat Islam bebas
mengadakan ajaran Islam, buktinya kita dapat lihat, perbuatan membaca doa merupakan
suatu yang dibenarkan malah menjadi kebiasaan pada permulaan acara sesuatu majlis.
Golongan ekstrem pluralis agama ini juga telah mempertikaikan
istilah kafir kerana bagi mereka , semua penganut agama di dunia ini ‘beriman’.
Walhal sebenarnya , yang ada dalam Islam hanyalah kerukunan antara sesama agama dan
bukannya persamaan antara agama. Oleh itu, jika kita menerima pluralisme dalam
agama, maka kita tidak akan mengatakan orang yang bukan Islam itu sebagai kafir,
akan tetapi sama-sama ‘beriman’ seperti kita. Dekonstruksi terhadap agama Islam
adalah tidak dibenarkan sama sekali kerana Islam yang diajar kepada kita semenjak
kita lahir lagi adalah Islam yang cukup tulen dan lagi sempurna.
Salah satu aliran dalam fahaman ini, iaitu aliran Transendentalisme
(Transendental Unity of Religion), berakar pada fahaman sinkretisme yang disebarkan
oleh Freemasonry. Maka, pada tahun 2005, Majlis Ulama Indonesia (MUI) dengan tegas
menyatakan, fahaman Pluralisme Agama bertentangan dengan ajaran Islam dan haram bagi
umat Islam untuk menganut fahaman tersebut. Tahun 2000, Vatican mengeluarkan Dekrit
'Dominus Jesus' yang menolak fahaman Pluralisme Agama dan menegaskan kembali bahawa
Jesus Kristus adalah satu-satunya pengantara keselamatan Ilahi dan tidak ada orang
yang bisa ke Bapa selain melalui Jesus.
3) Al Quran Edisi Kritis
QEK (Quran Edisi Kritis) adalah bertujuan untuk merombak Al Quran yang sedia ada.
• Meragui Ketulinan Al-Quran
Aliran pemikiran Liberalisme agama ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab
kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad
yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka menyatakan bahawa
kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah mesej
budaya Arab.
Taufik Adnan Amal, dosen Ulumul Quran di IAIN Makasar, bahawa al-Quran
sehingga kini masih bermasalah, tidak kritis, sehingga perlu diedit lagi. Al-Quran
yang ada perlu diedit kerana dikatakan mempunyai kesalahan dan perlu dinilai secara
kritis.
4) Hermeneutika
Antara ciri-ciri Islam Liberal ini ialah i) penafsiran Al Quran secara sistematik
dan komprehensif ii) penggunaan metod hermeneutika yang digunakan untuk memahami
teks-teks kuno seperti teks kitab suci, sejarah, hukum, falsafah dan kritik sejarah
yang merupakan sebuah pendekatan sejarah yang pada prinsipnya bertujuan untuk
menemukan fakta-fakta objektif secara utuh dan mencari nilai –nilai tertentu yang
terkandung di dalamnya.
‘Hermeneutika’ bermaksud merobah orientasi tafsir Al Quran yang selama ini
menjadi tradisi umat Islam sejak zaman berzaman.
Pen’tafsiran’ semula al-Quran menggunakan kaedah ‘hermeneutika’ yang dicelup dari
kaedah pentafsiran Bible. Sebagaimana bible dikaji, di mana ayat-ayat yang benar
cuba diasingkan dari yang salah , teks al-Quran dikaji dan diubah mengikut selera
pentafsir. Menurut kaedah ‘pentafsiran’ ini teks al-Quran tiada bezanya dengan
tulisan-tulisan lain dan tidak harus dimuliakan kerana ianya mungkin mengandungi
kesilapan.
5) Feminisme
Isu feminisme ini adalah antara isu yang dijulang-julang tinggi oleh
pendokong Liberal ini. Di Barat, isu ini bukanlah perkara yang baru, malah itu telah
disepakati oleh mereka dengan pernyataan mereka bahawa ‘tidak ada apa yang
membezakan antara lelaki dan juga perempuan sekalipun secara semulajadi. Islam
Liberal ini meletakkan martabat wanita sama seperti lelaki dalam semua perkara iaitu
dalam hal kepimpinan, perundangan , keluarga, komuniti dan juga hal-hal lain.
Sisters In Islam misalnya mendakwa perundangan di Malaysia ini menindas golongan
wanita dan mereka menuntut hak mereka. Mereka juga ingin merombak Undang-undang
Keluarga Islam yang menurut dakwaan mereka mendiskriminasi wanita dan menentang
pindaan regresif atas desakan kumpulan konservatif dalam masyarakat.
Golongan aliran Islin ini juga telah menuduh para tafsiran al-Qur'an oleh para
'ulama' "bias" gender dan merendahkan martabat wanita. Golongan liberalis juga
mendakwa bahawa bahkan al-Qur'an sendiri adalah "bias" terhadap wanita.
Istilah Emansipasi (tuntutan persamaan hak) di dalam manhaj
liberalisme ini tidak ada dalam Islam antara kaum lelaki dan juga wanita. Istilah
kesamarataan dan keadilan di dalam Islam ialah lelaki dan perempuan mempunyai
tanggungjawab masing-masing, bukannya sama hak.
WALLAHUA'LAM..