Showing posts with label Ceritaku... Show all posts
Showing posts with label Ceritaku... Show all posts

Monday, February 16, 2009

Kursus Pengurusan Jenazah : 14 Februari 2009 dan cerita-cerita lain..


Di usia yang bakal menginjak ke alam yang lebih dewasa ini (hehe, umur je yg dah dewasa, tapi fikiran cam remaja lagik) alhamdulillah kami sekelas dapat jugak adakan Kursus Pengurusan Jenazah pada 14 Februari yang lalu.. Awal cadangan untuk anjurkan kursus ni berikutan terdetik juga dalam hati kami risau-risau kerana tahun depan kami sebatch ni akan turun dan berada di medan sebenar; medan masyarakat, maka bekalan-bekalan seperti ini patut terisi dalam dada kami.. Takkan mahu menggeleng kepala dan mengatakan tidak, bila kita guru-guru dan ustaz-ustazah diminta untuk turut sama menguruskan jenazah satu hari nanti? Alhamdulillah kerana menjadi insan yang terpilih untuk bersama-sama sahabat sebatch kelmarin selama satu hari suntuk..

Syukran Jazilan pada ustaz ustazah dan penceramah yang kami hormati dan sayangi, Ustaz Faridon (JAPIM) selaku penasihat program kami, Ustaz Fauzi Abdul Majid (JAPIM), Cik Mokhtar Adnan (KJ Kajian Sosial), Ustazah Robiah(JPQ), Ustaz Abu Hisham al-Besuty.Terima kasih juga pada KJ kami yang sudi hadir , Dr Ismail Abas. Dan Dr Husin(wakil Pengarah IPIS) juga hadir..

*************************************************************************************

Jenazah dan juga kematian adalah dua hal yang seiring. Bila disebut kematian , maka pastilah ada mayatnye kan. Masa belek-belek perkembangan terbaru di Palestin tadi , banyak la gambar yang aku nak share kat sini.










Sedihnya apabila ibubapa kehilangan anak-anak tersayang, begitu juga dengan anak-anak yang kehilangan mak ayah mereka.. Itu fitrah manusia; tak ingin kehilangan dan ingin terus memiliki , namun itu hanya pinjaman dari Allah semata, Allah jualah pemilik yang mutlaq.. dariNya kita datang maka kepadaNya juga lah kita kembali.

Bila cakap tentang mati ni rasa nak kongsi cerita. (Salam rindu buat arwah kucingku yang pergi menemuiNya pada 19 Januari lalu, moga bertemu di syurga nanti dari kami sekeluarga), in sya ALLAH. Nak cerita tentang kucing pulak. Dah ada banyak generasi kucing yang datang dan pergi (pergi bukan jauh pun, gi sebelah rumah je) kat rumah kami. 3 generasi dah kot. Kucing yang mati tu nama dia katsir=banyak. Kadang2 aku panggil Comel, kadang2 Putih dan kadang2 Kucing. Aku panggil Comel la dlm entri ni. Adikku yang bongsu amat sayang pada Comel ni, ada ahli kluarga aku pernah usik dia, cakap nak gi buang la kucing tu, sebab kadang-kadang 'membuang' di rumah, kadang2 kat tepi ruang tamu , kadang2 kat tepi tv, dia nangis. Padahal kami gurau je ngan die..

Cuti akhir tahun lepas, merupakan cuti yang terakhir Comel bersama kami sekeluarga.. Adik aku yang kedua tu, memang suka usik kucing tu, kalau die tengah tido tu, mesti die nak kejutkan kucing tu.. dan bila malam, bawak tido sekali sebelah die.. Comel ni kalau tido tu, sebiji macam manusia. Siap berposing lagi.. Tempat yang jadi port dia, kerusi abah aku, atas katil aku, tepi kaki kami. Kadang2 puas duk cari dia, rupa2nya tengah tido kat atas kerusi kecik atas rak pinggan mangkuk kat dapur.. Sekarang, baru aku terfikir, dalam masa sebulan sebelum Comel 'pergi', ade sekali tu, dia macam tak sihat.. Kami sekeluarga ingatkan dia bunting.. Tapi, tak taulah kalau2 dia tak sihat tu, petanda dia akan 'pergi.' WALLAHUA'ALAM. Comel ni ada peminat tau. Kucing jantan, entah apa nama dia. Tuan kucing jantan tu, rumah atas bukit, kira jauh gak dari rumah kami.

Pagi 19 Januari, adik aku yang bongsu nampak Comel kat tepi jalan masa abah nak gi hantar die gi sekolah.. Sah, Comel 'pergi'. Badan dia panas lagi masa tu. Maybe dilanggar kereta. Ada darah sikit kat mulut dia atau hidung dia. Masa tu, aku xberada di tempat kejadian. Emak kebumikan die kat belakang rumah. Ini kucing kedua aku yang mati. Mati dengan cara yang sama. Accident. Kucing pertama, masa aku sekolah rendah, kucing betina juga rasanya, warna oren. Orang yang tidak pernah kematian kucing, mungkin tidak dapat rasa kesedihan kami sekeluarga.

Berkisar pengalaman peribadi dan ingin berkongsi cerita, maka apa-apa reaksi dari pembaca, aku tidak kisah. Itu semua hak individu.

Masa cuti raya cina baru ni aku balik rumah. Rasa berbeza sekali. Tiada lagi Comel yang sokmo duk ganggu kami waktu tengah makan.Tiada lagi kucing yang tido di atas kerusi abah, tiada lagi kucing yang tido di sebelah kami. Tiada lagi. Sepetang pada Maghrib tu, aku dan adikku yang kedua terdiam di meja makan, bukan terdiam kerana tidak ada isu untuk diborakkan, tetapi kerana esakan kami yang semakin kuat. (Kini, tiada lagi Comel yang duk ganggu waktu tengah makan).Rindunye..



Sefikir-fikir aku, begitulah. Kepada pembaca yang sudi berkunjung, yang 'pergi 'tak pernah akan kembali. Sementara masih hidup , sayangilah. Kalau merindukan yang sudah pergi, apa yang dapat dibuat lagi untuk melepaskan rindu, tiada apa-apa lagi. Mungkin, potret yang ada dapat diselak-selak lagi, pasti kenangan bersamanya mengimbau rasa dan mekar mewangi. Aku bercerita panjang mungkin juga untuk melepas rasa, melepas rindu pada kucing.. Ini baru kucing yang 'pergi' , bukan manusia. Aku rasa kesedihan lebih tersekat-sekat di dada para keluarga di Palestin sana lebih dari kami sekeluarga yang kehilangan seekor kucing, dan bukan manusia! Ya ALLAH, bantulah saudara mara kami di segenap tempat yang dideritai oleh kekejaman yahudi laknatullah..

Tidak mahu aku menjadi
insan yang hanya mampu tunduk dan membisu??..

*************************************************************************************

Terfikir aku pada kehidupan berumahtangga, adakah 100 peratus pergantungan harapan akan ku sandarbahukan kepada suami yang mengepalai rumahtangga? Dari aspek sapa nak jaga rumah, sapa duk nak beri makan, sapa duk nak teman sapa,(especially kalau duk rumah sorang-sorang tu(mulalah nak fikir macam-macam,adooi, lemah semangat jugak aku ni). Perempuan, arrgghh, jiwa yang penuh emosi.. Cuma, terlintas pulak cite yg biasa kite dengar dalam dialog kat bawah..

Emak: Man, bile kau nak kawin?
Man : Entahla mak..
Emak: Kalau kau kawin, kan ada orang yang dapat jaga makan minum kau nanti,Man..
Aku: Huh? Emak Man cakap, 'kawinla Man, akan ada orang jaga kau nanti?

Ini dialog yang biasa. Namun aku rasa yang biasa-biasa ni la yang tak betui.. Yang menjaga kita hanyalah ALLAH yg Maha Pemurah Lagi Maha Penemani, bukan suami kita atau isteri kita.. Yang duk beri kita rezeki tu, bukan suami atau isteri kita, tapi ALLAH..kadang2 bila syok bercakap tu, perkataan kita tu dah buat kita terpesong akidah ni. Ya ALLAH..

Mungkin buat sahabat2 yang dah kawin tu, lepas ni, boleh try duk berjauh-jauhan, kita tengok sekuat mana pergantungan kita dengan ALLAH.. Aku yg duk pesan ni, lagi la..kena belajar bergantung dengan ALLAH.. One question. pernah anda ditinggalkan sorang-sorang tanpa teman di sisi? Itu lah tarbiyah dari ALLAH, DIA mahu kita belajar bergantung denganNya, bukan dengan teman-teman yang berada di samping kita..

Perhatian. Semua entri yang ditulis oleh penulis adalah pandangan peribadi yang tidak semestinya salah dan tidak semestinya betul. Jika pening dengan idea-idea penulis yang bersimpang siur, itu kelemahan penulis dan jika terdapat kesalahan , sila emelkan ke eemanisyq@yahoo.com.

Medan blogging ni salah satu usahaku, mudah2 an diterima ALLAH, kerana untuk berhujah di khalayak ramai , aku belum lagi..

*************************************************************************************

WALLAHUA'ALAM..

p/s : Tahniah buat sahabat2 yang bakal insyaallah mendirikan rumahtangga. mga dipenuhi barakah, sakinah, mawaddah dan rahmat pada kalian dan juga pasangan.. Barokallahulakuma wa jama'a bainakuma fil khoir.. Buat yang belum lagi mendirikan, insyaallah satu hari nanti..

Coret-coret : baru aku ngerti nape, orang duk blogging.. walau hanya di depan laptop duk menulis..blogging manyak faedahnya..cuba lah..Tiada orang yang bayar atas tulisan kite nih, tapi, insyaallah ALLAH akan bayar nanti.

senyum sokmo..

Thursday, January 15, 2009

Tinggal 11 bulan lagi perjuangan kami di sini..( Aqsaam Al - Awwal)

Dah lama tak menulis rasanya..entah, bukanlah sibuk sangat sekarang ni, lagipun baru je buka semester baru..Bukan nak uruskan negara pun,cuma kena uruskan diri sendiri je..Alahai, Ya ALLAH bantulah kami semua.. Moga2 kerja2 dakwah tetap dapat ku buat walaupun sedikit ,dakwah itu memang dah tugas kite kan. Kalau tak mampu dengan memberi hujah di khalayak, usahalah dengan menulis..kurang2 nanti kalau ALLAH tanya nanti, ade jugaklah usaha kite kan..

Satu lagi, aku nak ingatkan kat diri aku ni, jadilah orang yang berani..contohnya ada seseorang nak cakap sesuatu yang aku tak suka dengor, contoh kritik orang di hadapan orang lain.Kalau kritik senyap2 untuk tujuan muhasabah( berdua je,xpe lah, sebab xkan aibkan orang yg kite kritik tu dihadapan orang lain.)so, my point is beranilah bersuare..Entah, tak suka sangat kritik2 orang ni, melainkan ada sebab lah. Bagi aku semua orang xde lengkapnye. maybe dia ada kelemahan tentang satu2 benda tu , tapi pasti dia ada kelebihan dalam hal2 lain yg kite tak tau.. tak ada manusia yg totally perfect, sebab tu penting tolak ansur dan menerima kelemahan sahabat2 kite tu..

Ustaz Aziz, pensyarah Bahasa Arab kelas aku sem ni..Ustazah Engku pensyarah Ulum Quran & Ulum Hadis, Ustaz Faridon dan Ustazah Zulina pensyarah Pendidikan Islam, Cik Jaflus pensyarah Pend Jasmani aku dan Ustaz Fauzi pensyarah Fiqh Muamalat & Fiqh Munakahat aku.. ALhamdulillah diberi ALLAH lagi nikmat untuk belajar agama di IPIS ni..ni nikmat yang besar..Terima kasih ya ALLAH.. Pimpinlah hati kami untuk mengamalkan apa yang kami dah, sedang, dan akan belajo nih.. Aku amat suka dengar lecturer aku duk cakap2, duk share pengalaman hidup depa dan macam2 la masa dalam kelas ni..bak kata, belajar dari pengalaman orang..entah suka dengar pengalaman orang ni..Belajar menjadi pendengar yang setia..

Moga diberi kekuatan dalam menghadapi pelajaran nih ye..

Sedar tak sedar dah nak habis study kat maktab ni ( moga kite semua batch PISMK dapat grade same2 nanti, amin..in sya Allah..).. Banyak lagi benda yang blom buat kat sini.. Membesar kat sini dah 4 tahun,ALHAMDULILLAH.

IPIS dan sekarang nama barunya, iaitu Institut Pendidikan Guru Malaysia-Kampus Pendidikan Islam masih dalam bi'ah Islamiyah dan masih dalam tarbiyah. Medan latihan untuk kami selama hampir 5 tahun lebih sikit sebagai bekalan sebelum melabuhkan kaki( bukan sauh ye,hehe) ke sekolah in sya allah awal tahun depan.. Dan lazimnya lah, setiap yang bermula pasti akan berakhir.. Adik2 pulak yang akan terajui IPIS selepas nih, moga kita semua bijak memilih pemimpin. Seperti yang akak pernah pesan dalam post akak sebelum ni, pilihlah pemimpin yang mampu mengekalkan IPIS dalam bi'ah islamiyah.. Teringat pada satu kuliah oleh seorang ustazah pada akhir tahun lepas, jika kita berdepan dengan 2 pilihan dlm memilih pemimpin, dan kita pulak kena pilih salah satu je dari dua calon yang bertanding tu, maka hukumnya di sini, kita wajib memilih mana2 yang lebih baik dari salah satunya. Ingat, mana2 yang lebih baik tau..

Buat2 sahabat sekelas, tahun ni je kite dapat belajar dalam sekelas kan, hargailah masa yang kite ada sementara masih ada ni.. Moga kite dapat menjadi teladan buat adik2 junior kat maktab ni.. Ukhuwah Islamiyah berlandaskan fahaman yang sama terhadap agama akan membantu kita agar terus kuat berjuang di dalam agama, akan tetapi, jika fikrah tak sama, maka itu akan menggugat keselesaan ukhuwah kite. Teman yang baik bukan sekadar teman untuk berkongsi cerita gembira saja, tetapi juga kisah duka. Maaf sahabat2, kerna aku tidak bisa jadi sahabat yang terbaik buat kalian..Moga kisah persahabatan kite tidak habis setakat ni, akan tapi berterusan hingga ke syurga.. amin..

WALLAHUA'ALAM..