Showing posts with label Bumi Kita Juga. Show all posts
Showing posts with label Bumi Kita Juga. Show all posts

Thursday, April 2, 2009

Keajaiban Gaza: 1000 Mati, 3000 Lainnya Lahir

Keajaiban Gaza: 1000 Mati, 3000 Lainnya Lahir






Keajaiban tak pernah berhenti hinggap di Gaza. Dalam penyerangan 22 hari Israel ke Jalur Gaza, Zionis Yahudi telah membunuh sekitar 1500 orang Palestina. 400 di antaranya adalaha anak-anak. Namun, ternyata dalam kurun waktu tiga pekan itu, 3700 bayi lahir pula di Gaza. "Mereka telah membunuh seribu orang dari kami, namun kami akan terus melahirkan ribuan lainnya sebagai penggantinya." ujar seorang ibu di Gaza.



Menurut laporan Social Communication Service di Departemen Kesehatan Gaza, selama 22 hari penyerangan Israel, total bayi 3700 lahir di Gaza.Artinya, dikomparasi dengan jumlah bayi yang meninggal, satu orang bayi digantikan oleh 3 orang bayi baru. Hal ini disampaikan langsung oleh Haman Nisman, Direktur Social Communication Service.



Selama bulan Januari 2009, memang terjadi salah satu ledakan kelahiran paling besar dalam sejarah Gaza. Menurut catatan statistik, jika dihitung, setiap tahunnya Israel membunuh sekitar 5 ribu orang, namun sekitar 50 ribu bayi baru pun lahir di Gaza. Pertumubuhan di Gaza saat ini mencapai kenaikan 50% setiap tahunnya. Diperkirakan pada tahun 2025, jumlah penduduk Gaza akan mencapai 6 juta orang. Umum Suvir, seorang profesor Yahudi di Universitas Haifa, menyebutkan bahwa populasi warga Gaza sekarang akan membahayakan keberadaan Yahudi. (sa/aqmh)


Sumber: http://www.eramuslim.com/berita/palestina/keajaiban-gaza-1000-mati-3000-lainnya-lahir.htm

Monday, February 16, 2009

Kursus Pengurusan Jenazah : 14 Februari 2009 dan cerita-cerita lain..


Di usia yang bakal menginjak ke alam yang lebih dewasa ini (hehe, umur je yg dah dewasa, tapi fikiran cam remaja lagik) alhamdulillah kami sekelas dapat jugak adakan Kursus Pengurusan Jenazah pada 14 Februari yang lalu.. Awal cadangan untuk anjurkan kursus ni berikutan terdetik juga dalam hati kami risau-risau kerana tahun depan kami sebatch ni akan turun dan berada di medan sebenar; medan masyarakat, maka bekalan-bekalan seperti ini patut terisi dalam dada kami.. Takkan mahu menggeleng kepala dan mengatakan tidak, bila kita guru-guru dan ustaz-ustazah diminta untuk turut sama menguruskan jenazah satu hari nanti? Alhamdulillah kerana menjadi insan yang terpilih untuk bersama-sama sahabat sebatch kelmarin selama satu hari suntuk..

Syukran Jazilan pada ustaz ustazah dan penceramah yang kami hormati dan sayangi, Ustaz Faridon (JAPIM) selaku penasihat program kami, Ustaz Fauzi Abdul Majid (JAPIM), Cik Mokhtar Adnan (KJ Kajian Sosial), Ustazah Robiah(JPQ), Ustaz Abu Hisham al-Besuty.Terima kasih juga pada KJ kami yang sudi hadir , Dr Ismail Abas. Dan Dr Husin(wakil Pengarah IPIS) juga hadir..

*************************************************************************************

Jenazah dan juga kematian adalah dua hal yang seiring. Bila disebut kematian , maka pastilah ada mayatnye kan. Masa belek-belek perkembangan terbaru di Palestin tadi , banyak la gambar yang aku nak share kat sini.










Sedihnya apabila ibubapa kehilangan anak-anak tersayang, begitu juga dengan anak-anak yang kehilangan mak ayah mereka.. Itu fitrah manusia; tak ingin kehilangan dan ingin terus memiliki , namun itu hanya pinjaman dari Allah semata, Allah jualah pemilik yang mutlaq.. dariNya kita datang maka kepadaNya juga lah kita kembali.

Bila cakap tentang mati ni rasa nak kongsi cerita. (Salam rindu buat arwah kucingku yang pergi menemuiNya pada 19 Januari lalu, moga bertemu di syurga nanti dari kami sekeluarga), in sya ALLAH. Nak cerita tentang kucing pulak. Dah ada banyak generasi kucing yang datang dan pergi (pergi bukan jauh pun, gi sebelah rumah je) kat rumah kami. 3 generasi dah kot. Kucing yang mati tu nama dia katsir=banyak. Kadang2 aku panggil Comel, kadang2 Putih dan kadang2 Kucing. Aku panggil Comel la dlm entri ni. Adikku yang bongsu amat sayang pada Comel ni, ada ahli kluarga aku pernah usik dia, cakap nak gi buang la kucing tu, sebab kadang-kadang 'membuang' di rumah, kadang2 kat tepi ruang tamu , kadang2 kat tepi tv, dia nangis. Padahal kami gurau je ngan die..

Cuti akhir tahun lepas, merupakan cuti yang terakhir Comel bersama kami sekeluarga.. Adik aku yang kedua tu, memang suka usik kucing tu, kalau die tengah tido tu, mesti die nak kejutkan kucing tu.. dan bila malam, bawak tido sekali sebelah die.. Comel ni kalau tido tu, sebiji macam manusia. Siap berposing lagi.. Tempat yang jadi port dia, kerusi abah aku, atas katil aku, tepi kaki kami. Kadang2 puas duk cari dia, rupa2nya tengah tido kat atas kerusi kecik atas rak pinggan mangkuk kat dapur.. Sekarang, baru aku terfikir, dalam masa sebulan sebelum Comel 'pergi', ade sekali tu, dia macam tak sihat.. Kami sekeluarga ingatkan dia bunting.. Tapi, tak taulah kalau2 dia tak sihat tu, petanda dia akan 'pergi.' WALLAHUA'ALAM. Comel ni ada peminat tau. Kucing jantan, entah apa nama dia. Tuan kucing jantan tu, rumah atas bukit, kira jauh gak dari rumah kami.

Pagi 19 Januari, adik aku yang bongsu nampak Comel kat tepi jalan masa abah nak gi hantar die gi sekolah.. Sah, Comel 'pergi'. Badan dia panas lagi masa tu. Maybe dilanggar kereta. Ada darah sikit kat mulut dia atau hidung dia. Masa tu, aku xberada di tempat kejadian. Emak kebumikan die kat belakang rumah. Ini kucing kedua aku yang mati. Mati dengan cara yang sama. Accident. Kucing pertama, masa aku sekolah rendah, kucing betina juga rasanya, warna oren. Orang yang tidak pernah kematian kucing, mungkin tidak dapat rasa kesedihan kami sekeluarga.

Berkisar pengalaman peribadi dan ingin berkongsi cerita, maka apa-apa reaksi dari pembaca, aku tidak kisah. Itu semua hak individu.

Masa cuti raya cina baru ni aku balik rumah. Rasa berbeza sekali. Tiada lagi Comel yang sokmo duk ganggu kami waktu tengah makan.Tiada lagi kucing yang tido di atas kerusi abah, tiada lagi kucing yang tido di sebelah kami. Tiada lagi. Sepetang pada Maghrib tu, aku dan adikku yang kedua terdiam di meja makan, bukan terdiam kerana tidak ada isu untuk diborakkan, tetapi kerana esakan kami yang semakin kuat. (Kini, tiada lagi Comel yang duk ganggu waktu tengah makan).Rindunye..



Sefikir-fikir aku, begitulah. Kepada pembaca yang sudi berkunjung, yang 'pergi 'tak pernah akan kembali. Sementara masih hidup , sayangilah. Kalau merindukan yang sudah pergi, apa yang dapat dibuat lagi untuk melepaskan rindu, tiada apa-apa lagi. Mungkin, potret yang ada dapat diselak-selak lagi, pasti kenangan bersamanya mengimbau rasa dan mekar mewangi. Aku bercerita panjang mungkin juga untuk melepas rasa, melepas rindu pada kucing.. Ini baru kucing yang 'pergi' , bukan manusia. Aku rasa kesedihan lebih tersekat-sekat di dada para keluarga di Palestin sana lebih dari kami sekeluarga yang kehilangan seekor kucing, dan bukan manusia! Ya ALLAH, bantulah saudara mara kami di segenap tempat yang dideritai oleh kekejaman yahudi laknatullah..

Tidak mahu aku menjadi
insan yang hanya mampu tunduk dan membisu??..

*************************************************************************************

Terfikir aku pada kehidupan berumahtangga, adakah 100 peratus pergantungan harapan akan ku sandarbahukan kepada suami yang mengepalai rumahtangga? Dari aspek sapa nak jaga rumah, sapa duk nak beri makan, sapa duk nak teman sapa,(especially kalau duk rumah sorang-sorang tu(mulalah nak fikir macam-macam,adooi, lemah semangat jugak aku ni). Perempuan, arrgghh, jiwa yang penuh emosi.. Cuma, terlintas pulak cite yg biasa kite dengar dalam dialog kat bawah..

Emak: Man, bile kau nak kawin?
Man : Entahla mak..
Emak: Kalau kau kawin, kan ada orang yang dapat jaga makan minum kau nanti,Man..
Aku: Huh? Emak Man cakap, 'kawinla Man, akan ada orang jaga kau nanti?

Ini dialog yang biasa. Namun aku rasa yang biasa-biasa ni la yang tak betui.. Yang menjaga kita hanyalah ALLAH yg Maha Pemurah Lagi Maha Penemani, bukan suami kita atau isteri kita.. Yang duk beri kita rezeki tu, bukan suami atau isteri kita, tapi ALLAH..kadang2 bila syok bercakap tu, perkataan kita tu dah buat kita terpesong akidah ni. Ya ALLAH..

Mungkin buat sahabat2 yang dah kawin tu, lepas ni, boleh try duk berjauh-jauhan, kita tengok sekuat mana pergantungan kita dengan ALLAH.. Aku yg duk pesan ni, lagi la..kena belajar bergantung dengan ALLAH.. One question. pernah anda ditinggalkan sorang-sorang tanpa teman di sisi? Itu lah tarbiyah dari ALLAH, DIA mahu kita belajar bergantung denganNya, bukan dengan teman-teman yang berada di samping kita..

Perhatian. Semua entri yang ditulis oleh penulis adalah pandangan peribadi yang tidak semestinya salah dan tidak semestinya betul. Jika pening dengan idea-idea penulis yang bersimpang siur, itu kelemahan penulis dan jika terdapat kesalahan , sila emelkan ke eemanisyq@yahoo.com.

Medan blogging ni salah satu usahaku, mudah2 an diterima ALLAH, kerana untuk berhujah di khalayak ramai , aku belum lagi..

*************************************************************************************

WALLAHUA'ALAM..

p/s : Tahniah buat sahabat2 yang bakal insyaallah mendirikan rumahtangga. mga dipenuhi barakah, sakinah, mawaddah dan rahmat pada kalian dan juga pasangan.. Barokallahulakuma wa jama'a bainakuma fil khoir.. Buat yang belum lagi mendirikan, insyaallah satu hari nanti..

Coret-coret : baru aku ngerti nape, orang duk blogging.. walau hanya di depan laptop duk menulis..blogging manyak faedahnya..cuba lah..Tiada orang yang bayar atas tulisan kite nih, tapi, insyaallah ALLAH akan bayar nanti.

senyum sokmo..

Thursday, January 22, 2009

Ini Video Kartun Yang Menghina Pejuang HAMAS...

Dipetik dari laman web http://www.pmw.org.il


"Hamas children's propaganda film reinforces illusion of war victory"
by Itamar Marcus and Barbara Crook, Jan. 19, 2009


On the first day of its ceasefire with Israel, Hamas has added a new element to its propaganda campaign claiming that it won the war in Gaza. An animated film for children on Hamas TV depicts Israeli soldiers as cowards who are afraid to enter Gaza. They cry, "Mommy, Mommy," as they head into battle, where they are all killed by Hamas gunfire.

The video ends with an Israeli soldier's blood splattered on the screen, accompanied by a caption that reads, "Whoever dares, let him come! Gaza is his certain death."

Observers have reported that hundreds of Hamas fighters were killed in the conflict, while Israel lost 10 soldiers in combat and three civilians in rocket attacks. However, in the attempt to present this war as a victory, Hamas TV reported today that Hamas lost only 48 fighters and killed 80 Israelis, including 49 soldiers.

This film aims to reinforce the victory myth that Hamas is trying to sell to its people.

Juga boleh lihat di youtube:

http://www.youtube.com/watch?v=5DbT71R-7hI&eurl=http://www.pmw.org.il/Bulletins_Jan2009.htm&feature=player_embedded


Sebarkan...Jadilah pemberi..Orang lain jugak berhak tau tentang agenda Yahudi yang menghina semangat juang di kalangan pejuang HAMAS. Pejuang HAMAS bukan calang-calang orang.. Hebat sungguh semangat juang mereka berbanding diriku..


WALLAHUA'LAM..

PERJUANGAN INI KERANA AGAMA ISLAM!! ..

Sedikit perkongsian tentang ceramah yang diberi oleh Ustaz Hamid iaitu pensyarah maktab kita dari Jabatan Bahasa Arab di Dewan Idris Marbawi Ahad lepas..

Aku kira berita tentang kisah pembunuhan beramai-ramai umat Islam di seluruh dunia semakin tercetus di dada kita dan smeua dah maklum. Bertahun-tahun sebelum2 ini kita dah digemparkan dengan kisah penderitaan saudara seagama kita tidak kira di mana-mana,iaitu sama ada di Ambon,Maluku, Bosnia, Chechnya , tahanan-tahanan di Teluk Guantanamo (Cuba) dan tempat-tempat lain. Cuma di sini aku nak ajak semua fikir, sejauhmana kesedaran kita terhadap isu ini? Apakah usaha kita untuk membantu mereka semua? Sama-samalah kita menolong mereka. in sya Allah.

Jangan kita memboikot produk2 Israel dan Amerika masa ni je, nanti bila kisah Palestin semakin reda ,kita mula kembali membeli barang-barang yang menyumbang dana untuk membunuh saudara-mara kita di sana. Cuba kita fikir, kenapa daging KFC tu begitu empuk, apalah yang depa dah isi dalam ayam tu ye, sampai sedap hingga menjilat jari?.. jangan kita terjilat-jilat makan KFC tu, sedangkan duit itu disalurkan ke Yahudi untuk membunuh saudara kita. Aku rasa dengan hanya membaca penderitaan-penderitaan mereka di akhbar atau di televisyen , tidak akan memberi impak yang kuat untuk kita menahan diri kita untuk tidak membeli atau memboikot barang-barang israel tu? Aku mengajak semua untuk melihat sendiri bagaimana anak-anak kecil dibunuh tanpa rasa kasihan sedikit pun, untuk melihat dengan mata kita kisah jihad mereka mempertahankan bumi mereka( Palestin juga bumi kita), untuk melihat anak-anak dirampas dari ibu dan bapa mereka walhal mereka tidak ada hak dan satu alasan pun untuk melalui youtube..

http://www.youtube.com/watch?v=UII1lSQM8IQ

Yahudi merupakan golongan yang sekali-kali tidak akan redho terhadap umat Islam. Ini dapat dibuktikan menerusi kalimah 'lan' di dalam firman Allah di bawah ini. Di dalam Bahasa Arab ,'lan' adalah adaat an-nasb yang mmebawa maksud sekali-kali tidak untuk selama-lamanya

Firman Allah S.W.T.
لن ترضى عنك اليهود و النصرى حتى تتبع ملتهم

Maksudnya : Tidak sekali-kali orang Yahudi dan Nasrani itu akan redho terhadap kita umat Islam ini sehinggalah kita tunduk patuh pada perintah mereka.

Yahudi jugalah yang membunuh Saidina Umar R.A, Saidina Husin R.A( cucu Rasulullah S.A.W). Betapa takutnya mereka terhadap orang yang mengamalkan Islam hingga tiada cara lain selain membunuh. Cuma di akhir zaman ni , kita yang takut dengan kekejaman yang dibuat oleh depa. Kenapa aku takut?? Apa yang ditakuti oleh Yahudi dan konco-konco la'natullah itu hanyalah perpaduan di kalangan semua negara-negara Islam dan juga kita. Jika semuanya bersatu, maka pasti kita dapat kalahkan mereka. Bumi Palestin adalah milik orang Islam, maka Yahudi tiada hak langsung untuk rampas Palestin tu. Yang pasti, tiada tempat untuk Yahudi di bumi ini.

Alhamdulillah malam ini selepas Isya', in sya ALLAH ada demonstrasi kat maktab kite ni. Pakat-pakat berjuang untuk gi demo ek. Berdemo tu maksudnya kita bersuara mempertahankan saudara kita yang sesuka hati dibunuh yahudi di sana, usahakan untuk hadir malam ini, walaupun sekejap. TAKBIR!! Kita berjuang berdemo bukan kerana bangsa kita, negara kita atau lain-lain, tapi kita mempertahankan saudara-saudara kerana AGAMA iaitu ISLAM.

Moga aku terus kuat memboikot hingga akhirnya Palestin dan penduduknya menang..

P/S: Kepada orang yang menulis lirik Keranamu Malaysia tu, boleh tukar tajuk lagu dan lirik la lepas ni, kerana kita berjihad ( mungkin kita tak mampu untuk berjuang dengan semua apa yang ada pada kita , maka kita berjuanglah dengan apa yang kita boleh bagi, sekalipun 1 sen, kerana 1 sen itu ada nilainya di sisi Allah) adalah kerana Islam, kerana Islam adalah agama kita.

Kalau kita berjuang adalah kerana bangsa,kerana bangsa Melayu kita, maka bangsa lain yang beragama Islam, kita abaikan pula, sedangkan agama kita dan agama dia sama.

Berjuanglah kerana ISLAM,bukan kerana Melayu ataupun kerana Malaysia..

Astaghfirullah..

wALLAHUA'ALAM

Friday, January 2, 2009

Israel mahu hapus pergerakan Hamas





Menteri Yahudi petik kata-kata Obama sebagai 'lampu hijau' untuk serang Gaza

GAZA: Israel tidak mempedulikan reaksi antarabangsa mengenai kekejamannya di Gaza dengan meneruskan kempen ketenteraan pada hari ketiga bertujuan menghapuskan sama sekali pergerakan Hamas yang sehingga ini mengorbankan 318 orang dan mencederakan 1,400 lagi.

Sikap Israel ini dicerminkan menerusi kenyataan Menteri Pertahanannya, Ehud Barak yang menyatakan Israel 'akan memerangi Hamas sepenuhnya' dibuktikan menerusi pengeboman secara besar-besaran di Gaza.

Beliau mengimbas kembali perbualannya dengan Barack Obama ketika bakal presiden Amerika Syarikat itu melawat Sderot di Israel, bandar yang sering menjadi sasaran militan Gaza, Jun lalu.

Barak memetik Obama sebagai berkata: "Jika ada orang melancarkan roket ke rumah saya ketika dua anak perempuan saya sedang tidur, saya akan lakukan apa saja untuk menghalangnya, dan saya rasa Israel juga akan melakukan yang sama. Itu yang dikatakan Obama dan itulah yang kami buat."

Israel juga dilihat sudah hampir mengerahkan pasukan keselamatannya untuk melancarkan operasi darat di Gaza dan mula menempatkan kereta kebal dekat sempadan dan mengerah anggota simpanannya melaporkan diri.

Bantahan negara Islam terhadap Israel dapat dilihat di Iran, Lubnan, Syria, Turki, Indonesia, Malaysia dan Pakistan dan negara lain yang setakat ini gagal membawa Israel untuk berdialog.

Antara tindakan lain negara Yahudi itu termasuk menutup kawasan sempadan itu daripada wartawan antara dua hingga empat kilometer dekat Gaza dan azamnya yang bersungguh-sungguh untuk membunuh pemimpin Hamas apabila mereka memusnahkan rumah seorang pemimpin pergerakan itu, Ismail Haniyeh.

Pengeboman bertalu-talu Israel � lebih 300 serangan udara sejak tengah hari Sabtu lalu � menyebabkan kemusnahan teruk di Gaza dan meruntuhkan bangunan sehingga berkecai. Pihak tentera berkata kapal perangnya juga melancarkan pengeboman terhadap sasarannya dari laut.

Salah satu serangannya terkena bangunan lima tingkat yang menempatkan bahagian wanita di Universiti Islam, sebuah simbol terkemuka Hamas di Gaza.

Kelmarin, pesawat Israel menyerang sebuah bangunan di kem pelarian Jebaliya di sebelah bandar raya Gaza, menyebabkan seorang wanita, seorang budak kecil dan tiga remaja perempuan terkorban, kata pegawai Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Moaiya Hassanain.

Di bandar selatan Rafah, seorang budak kecil dan dua abang remajanya terkorban dalam serangan udara yang mensasarkan seorang komander Hamas, kata Hassanain.

Di bandar raya Gaza, satu lagi serangan membunuh seorang lelaki dan isterinya. Sesetengah anggota keluarga yang tinggal bersebelahan bangunan Hamas, bertindak melarikan diri kerana bimbang mereka mungkin turut menjadi sasaran.

Persatuan Palang Merah Antarabangsa berkata hospital di Semenanjung Gaza sudah dipenuhi oleh terlalu ramai mangsa dan tidak terdaya lagi.