Thursday, April 14, 2011

Jodoh Part Seterusnya

Bismillah

lame jugak xtulis entri khas tentang jodoh nih.

sekadar kongsi pengalaman sy yg hina ni. tidak la sampai untuk dijadikan pedoman buat yg lain. hnya sekadar berkongsi.

cinta monyet di sekolah menengah sy tak nak sebut di sini. fokus sy adalah pada perenggan seterusnya.

tiba di IPT( dengan izin Allah dapat juga sy merasa nikmat masuk pengajian tinggi), namun entah silap sy di mana,sy terjebak juga dengan cinta. Maksud sy cinta pada lelaki. Dan dengan kuasa Allah ia terputus di tengah jalan. Amat sedih ketika tu. Ketika tu. Dan sekarang sy rasa menyesal sbb pernah suka padanya. Kenapa la dia hadir dlm hidup sy? Kalau lah best jika memori tentang dia langsung tidak terisi dalam ingatan sy. Sepastinya sampai ke akhir hayat la dia tetap akan silih berganti datang dalam ingatan. Walaupun sehingga sy telah berkahwin. Harap-harapnya cinta sy pada suami sy yang sah itu (insya Allah jika rezki sy berkahwin nanti sampai) lebih besar dari rs cinta sy yg pernah sy ada terhadapnya. Jap. Wait a minute. Adakah itu c.i.n.t.a ? Sy pun xtau jika tu c.i.n.t.a ataupun ianya apa? Sy masih hormatinya. Moga dia bahagia sokmo. Kata orang, Allah menemukan kita dengan bermacam-macam orang sebelum Dia temukan kita dengan jodoh kita yang sebenar. Sy tak mahu memburukkan dia. Cuma jodoh tidak panjang. Namun sukar kan jika penantian demi penantian, kita masih belum bertemu dengan jodoh kita, bukan?

Sukarnya untuk menemui jodoh bila ia bukan pada masanya. Bila dia bukan lah orang yang tepat dan pada masa yang tepat. Kata orang, kalau sudah jodoh tu, senang je. Yang susah bila bukan jodoh. Ada saja halangannya.

Macam-macam jenis pertemuan yg boleh membawa kepada pernikahan, pertemuan semasa di sekolah menengah or IPT atau apa2 saja cara boleh bertemunya. Benarlah, jodoh itu rahsia Allah. Siapapun dia jodoh kita, pastinya dialah yang terbaik untuk kita. Terima seadanya. Si dia yang bersusah payah mengekalkan kehrmonian di dalam rumahtangga yang dibina selama ini. Buat yang terbaik untuk pasangan.

Nasihat sy buat yang masih mencari.. Berdoalah.. Allah itu Ada dan Maha Mendengar. Jangan terburu-buru di dalam soal pernikahan. Lebih2 bagi yang masih muda sangat usianya(awal 20an). Perjalanan adik sangat panjang lagi. Jangan nanti menyesal tak sudah seperti yg sy rasai kerana menyukai orang yang bukan jodohnya. Kerana penyesalan itu dibawa sampai ke mati. Sepatutnya rasa sayang atau seangkatannya hanya untuk pasangannya yang sah dan bukan orang lain. Dan perkahwinan itu sebenarnya perkara yang besar dan menjadi titik tolak kepada berjaya atau tidak generasi seterusnya.

WALLAHUA'LAM

p/s: debu86 sendiri pun manusia xsempurna. harap boleh menjadi seperti yang telah ditulis. yang menulis adalah yg lebih dahulu ditanya nanti

No comments: