Sunday, January 2, 2011

I'm back

'Ibrah (Moral of the story) sy ingin share dgn pengunjung yg berkunjung di sini sm ada secara sengaja atau memang ingin mencari sesuatu dari blog yg tidak seberapa nilainya ini.

FYI, Sy pernah trfikir utk close this blog, membuktikan sy terlalu emosi hingga mahu menutup blog ni sekalipun blog ni banyak berjasa dan menemani hidup sy dalam 2 tahun sebelum ini. Dan juga kalau dikira dari tajuknya 'Jom Fikir-Fikir Untuk Ummah, sy rasa langsung tidak layak utk saya gelarnya sebegitu. Kerana apalah ada pada isinya. Namun, xpelah. Itu wadah yg perlu sy fikir, itu yg sy tunjangi, yg perlu sy usahakan dalam usia sy yang masih muda(perasannya =), umat yg perlu sy bimbangi, yg perlu sy didiki.. tidak lain tidak bukan adalah anak-anak kecil kesayangan sy and last but not least; pembaca2 comel semua. Dan kalau dicomparekan dgn diri, siapalah sy untuk mendidik org lain kerana diri sendiri belum cukup baik. Tetapi, kalu itu dijadikan alasan, siapa lagi untuk diharapkan (kerana adalah matlamat sy untuk menyampaikan apa yg Islam ingini kepada anak murid saya), pastinya bukan smua benda mampu dan berjaya sy sampaikan..namun, ada satu kaedah dlm Fiqh (kalau sy salah, tolong betulkan di sini) sebut, kalau tak mampu buat satu, janganlah tinggal semuanya..

Sy ingin mendidik dan mendidik, namun kalau sy rendah diri dgn diri sendiri, siapa lagi yg sy mahu harapkan. Sy perlu sandarkan pada diri sendiri. in sya Allah dengan izin Allah yg Maha Berkuasa Dia Yang Maha Penyayang akan membantu usaha saya. Jika sy harapkan pada orang lain, iya, ternyata mereka juga boleh buat. Namun, wajarkah sy meloloskan diri sy begitu mudah sekaligus membiarkan tanggungjawab sy itu diserahkan kepada orang lain yg juga bergelar ustaz dan ustazah (dgn alasan org lain kan sudah ada untuk berdakwah) hanya kerana sebab utamanya adalah rendah diri dan terus mahu bertindak tidak mahu berbuat apa-apa. Alangkah ruginya didikan guru-guru (yg sy amat hormati) pada sy selama ini, jika ianya langsung sy tidak gunakan dan berikan kpd anak murid comelku ???

Cuti panjang dalam sebulan lebih dah pun habis..ternyata sy masih belum mampu utk mendisiplinkan diri. Ibrah yg sy nk kongsi dari cuti yg panjang yg sy abisin(indon la pulak) di rumah.

'Ibrah;
sukarnya mendidik anak-anak. Sulitnya. Bila tengok si B yg gemar berkawan, gemar memancing, suka berjalan-jalan dengan kawan-kawan dia. Mungkin sebab dia bosan duduk di rumah. Sy mula fikir bagaimana menguruskan didikan untuk anak-anak. Bagaimana nak mengisi jam-jam mereka seharian di rumah? Apakah yg sewajarnya?

At a glance, i'm wondering camne la sy ms kecik2 zaman skolah2 rendah dulu? yg pastinya sy sgt comel ketika itu (angkat bakul ni).. tapi kalu nak banding zaman budak2 sekarang dengan zaman sy yg dulu (perkataan 'zaman' tu menampakkan sy dah tua sebenarnya), rasenya zaman sy dulu lagi seronok. paginya sekolah kebangsaan dan petangnya lepas zuhur sehingga dalam pukul 5.30 ptg sy di sekolah agama rakyat. dan lepas balik dari skolah agama terus bermain dengan kawan-kawan.. sempat lagi bermain. tapi ms tu Astro dah wujud ke blom, (sy pun xnak amik tahu), tak perlu terus ngadap tv lepas sekolah. permainan rakyat sudah pun menggantikan Astro kpd sy dan kwn2 pd waktu itu.. dan malamnya masih sempat gi mengaji dengan pakcik di hujung sana rumahnya. (sebelum smpai ke rumah Tok Guru), ada simpang ke kubur tau. sy dan kawan mesti berlari sakan kalau lalu situ..Coward ! Ibrah : di sini perlunya keitqanan ibubapa utk mendesak anak untuk pandai membaca Al Quran sementara mereka di tahap sekolah rendah lagi, bukannya setakat pandai Muqaddam saje. Kerana bila dh ke sekolah menengah, mungkin mereka dah malu untuk mengaji Iqra' atau Muqaddam dah.. Dan bila sebut tentang sifat penakut, haritu di FB, sy ada tnya seorang ustaz, perlu ke budak2 tengok cerita hantu ms mereka masih kecik? dan ust tu menjawab.xperlu. ajar anak kenal Allah.

Ibrah seterusnya ;
penatnya menjadi surirumahtangga (FYI, i'm not married yet). Banyak kesabaran. Penat. Terfikir camne mak boleh menguruskan rumah, memasak, mengemas, melipat baju, kesemuanya. Surirumah itu pun satu pekerjaan sebenarnya. That's why perlunya suami yg memahami kepenatan isteri dengan membantu si isteri. Dan si ibu biasanya tidak pernah berkata tidak dalam soal tugasnya (memasak, dsb). Kita sedia tau yg Rasulullah S.A.W yg kita rindui kasihnya itu sering membantu, menolong kerja-kerja di rumah.


Bila sebut pasal Rasulullah S.A.W, sy teringat pd kisah yg sy nak share kt sini. Kisah tersebut adalah ketika mana isteri beliau Saidatina Aisyah R.A menghadapi sedikit konflik dgn Rasulullah SAW.



Sy petik sebijik-bijik dari buku yg sy baca...(buku ni versi indonesia tau) =)


** Mari ikuti saya (penulis) agar engkau dapat mengetahui bagaimana sebenarnya rasa cinta antara Rasulullah SAW dengan 'Aisyah pada saat-saat emosi.


Diriwayatkan dari 'Aisyah, bahawasanya dia pernah marah (kepada Rasulullah). Setelah kemarahannya mereda, Rasulullah lalu berkata kepadanya: "Apakah kamu redha jika Abu Ubaidah bin Jarrah menjadi penengah di antara kita? 'Aisyah menjawab: "Tidak, sebab dia itu tidak mungkin akan dapat menetapkan hukum yang adil untuk diriku terhadap dirimu (kerana dia segan terhadapmu)." Rasulullah bertanya: "Apakah kamu redha jika yang melakukannya adalah 'Umar? " Aisyah menjawab : "Tidak, aku takut terhadap 'Umar. Perhatikanlah di sini bagaimana  Rasulullah memberikan pilihan kepada Aisyah tanpa emosi mengenai siapa yang cocok untuk menjadi penengah di antara mereka, padahal bisa jadi sebenarnya Rasulullah lah yang berada di pihak yang benar dan Aisyah berada di pihak yang salah.

Rasulullah kemudian kembali bertanya kepada 'Aisyah: "Apakah kamu redha jika yang menjadi penengah adalah Abu Bakar (ayah Aisyah)?" Aisyah menjawab: "Ya." Lalu Abu Bakar pun datang, kemudian Rasulullah meminta kpd Abu Bakar utk menjadi penengah antara mereka (Rasulullah & Aisyah). Abu Bakar pun merasa hairan atas hal itu, kemudian beliau bertanya dengan hairan: "Apakah aku pantas (menjadi penengahmu), wahai Rasulullah?" Selanjutnya, Rasulullah pun mulai menceritakan dasar penyebab timbulnya perselisihan di antara mereka. Namun Aisyah menyela seraya berkata: "Berkatalah yang jujur, wahai Rasulullah..."  Abu Bakar pun lantas menampar wajah Aisyah hingga hidung Aisyah mengucurkan darah. Abu Bakar berkata kepada Aisyah: "Siapa lagi yang akan berkata jujur jika Utusan Allah saja berkata dusta?" (ayat Abu Bakar ini menyebabkan air mata sy(debu86) mengalir ketika membacanya). Rasulullah pun menyesalkan kejadian tersebut. Baginda lalu berkata:"Bukan begini yang kami maui." Beliau pun lalu berdiri dan membersihkan darah yang ada pada wajah dan baju Aisyah dengan tangan beliau sendiri.

Tidakkah engkau lihat bahawa Baginda tidak merasa bergembira, bahkan merasa iba(kasihan) kepada Aisyah. Baginda juga tidak merasa senang hanya kerana ayah Aisyah telah memberikan pelajaran kepada anak perempuannya (Aisyah). Sebaliknya jiwa kita biasanya merasa labil (gundah) saat sedang emosi, tidak demikian halnya dengan Baginda, bahkan Baginda merasa sakit kerana wanita yang dicintainya itu sakit akibat pukulan ayahnya.  **

(dipetik dari Az-Zawj Az-Zaki Az-Zawjah Az-Zakiah) atau Menjadi Suami Isteri Bijak karangan Rasya' Abdus Sami'.. sebuah buku kecil yg harganya hanya rm7.50 tetapi padat isinya. Kat MPH ade.. It's worth it= berbaloi membelinya.


DEBU86 ; harapnya Allah terus kurniakan sy ilham untuk terus menulis di sini. hasrat sy utk terus menulis cerita sy sendiri =(. xkonsisten menulis tu la pasal. doakan yg baik2 utk sy dan keluarga sy dan yang lain sekali..

Salam sayang untuk semua,
debu86



~akan bertambah setahun lagi umurku pd 1 Rabi'ul Awwal  ni..


Salam Tahun Baru Hijrah.


WALLAHUA'ALAM =)

No comments: