Cinta adalah akad dan pernikahan
Cinta adalah airnya kehidupan bahkan ia adalah rahasia kehidupan
Cinta adalah kelezatan ruh, bahkan ia adalah roh kehidupan
Dengan Cinta…
menjadi terang semua kegelapan
akan cerah kehidupan
akan menari hati
dan akan bersih qalbu
Dengan cinta semua kesalahan akan dimaafkan..
Dengan cinta semua kelalaian akan diampunkan..
Dengan cinta akan dibesarkan makna kebaikan..
Kalaulah bukan kerana cinta..
Maka tidak akan saling meliuk satu dahan dengan dahan lainnya,
Kalaulah bukan kerana cinta..
Tidak akan merunduk rusa betina kepada jantannya,
Tidak akan menangis tanah yang kering terhadap awan yg hitam,
Dan bumi tidak akan tertawa terhadap bunga pada musim semi
Ketika cinta hampa dalam kehidupan..
Maka jiwa akan sempit dan terjadilah pertikaian dan perselisihan
Ketika cinta telah hilang..
Maka akan layu bunga..
Akan padamlah cahaya..
Akan pendeklah usia..
Akan kering danau di hutan belantara..
Dan akan silih berganti datang penyakit dan sengsara..
Kalau cinta telah sirna..
Tatkala itulah lebah meninggalkan bunga..
Tatkala itu burung pipit meninggalkan sarangnya..
Tatkala itu lah kutilang tidak hinggap lagi pada pucuk cemara..
Sekiranya lautan mempunyai pantai
Dan sekiranya sungai mempunyai muara..
Maka lautan cinta tidak berpantai..
Dan sungai cinta tidak bermuara..
kutipan dari buku Buhul Cinta karya Ust Armen Halim Naro rahimahullah
http://asyrafdinie.blogspot.com/2009/12/bercerita-tentang-cinta-cinta-hakiki.html
download & dengarkan jg kajian2 beliau yg penuh manfaat...
http://alqiyamah.wordpress.com/2008/08/02/ustadz-armen-halim-naro-rahimahullah/
~debu86 said ; cinta terlalu indah utk dinikmati bila niat dan tunjangnya adalah semata-mata kerana Allah dan Rasulullah S.A.W.
~debu86 said ; give and take
~debu86 said again ; sehebat mana cinta manusia , maha hebat lagi cinta Allah S.W.T kepada makhluk ciptaan NYA.. Al Wadud
WALLAHUA'LAM
1 comment:
masyaAllah, may Allah give the chance to experience of love exspecially to Him in here and hereafter... ameen, thanks for sharing this lovely poem.
Post a Comment