Monday, May 31, 2010

TAKZIAH

Takziah buat sahabat sy. Ayahnya Mohd Nazri kembali kepada Nya pada 29 April 2010 (malam khamis). 

Kita juga akan kembali kepadaNya cuma entah bila. Ingatan demi ingatan buat insan yang memeliharaku sewaktu aku kecil dengan kasih sayang iaitu Arwah Awang Chik (15 Januari 2004), Arwah Sapiyah  (28 Jun 1998), Arwah Abdul Razak, Arwah Zaharah, Arwah Abdul Ghaffar, Arwah Abdul Samad. 

Tarikh pemergian Awang Chik dan Sapiyah saya ingat smpai la sekarang ;mereka adalah To'ki dan Wan sy. Kerana sy dijaga oleh To'ki menyebabkan sehingga sekarang sy masih ingat beliau. Seorang yang sangat taat pada Allah,selalu solat berjemaah bersama isterinya, selalu pergi ke surau solat berjemaah. Wan pula sy sangat rapat dengannya kerana masa kecil saya selalu dengan beliau. Ingat lagi waktu sedih menyelimuti kami semua saudara mara ketika kematian beliau.


Moga Allah memelihara mereka di alam sana. Bacaan Al Quran dan Al Ma'thurat yang ku baca ku sedekahkan kepada mereka. Doa2 tidak putus untuk mereka. Kerana tiada apa yang mereka perlukan di alam sana melainkan doa-doa dari kita yang masih hidup ikhlas untuk mereka. Doa dari anak yang soleh adalah jariah untuk mereka.

WALLAHUA'LAM

~moga sentiasa dapat memberi manfaat kepada orang lain

No comments: