Thursday, May 27, 2010

Izinkan Mimpi Berulang & Tanpamu di sisi & Muhasabah




Alhamdulillah beberapa minggu lalu, saya telah selesai khatamkan novel terbaik yang pernah saya baca. Tidak terkhayal langsung ke arah benda yang tak baik. Sy amik masa lama untuk khatamkan; untuk mendapatkan apa yang disampaikan oleh Kak Zaharah penulis yang hebat ini. Teringin untuk bersua mata dan muka dengannya. Tajuk Izinkan Mimpi Berulang (terbitan kakinovel) itu adalah ditujukan untuk Fatimah dan ada kaitan dengan Fatimah. Boleh klik di sini untuk lihat blog penulis;Zaharah Muhammad; http://bintimuhammad.wordpress.com/

Sedikit petikan dari novel ini:
Sebuah kisah tentang bagaimana seorang Fatimah mengharungi luka kehidupannya. Dengan percaya bahawa kesedihan itu adalah suatu seni kehidupan, dan kebahagian itu adalah fajar baru, dia membuka pintu hatinya untuk mengizinkan segala mimpi berulang kembali. Kembali menikmati sebuah kehidupan, sebuah percintaan.”

 *** Sekarang..sy sedang membaca pula Tanpamu di sisi oleh RABIHAH NUR RIDHUAN (terbitan bukuprima) . 



Rabihah ni seorang pendidik rupanya. Sy suka membaca novel ini. Dan isi di dalamnya itu adalah lebih penting.

Kadang2 kita terlalu mahu happy ending bagi novel yg kita baca; kerana itu sifat manusia. Nak selalu bahagia. (macamana mahu memiliki bahagia ya?)

KIta terlalu disogok dengan stiap novel yg mesti mahu bahagia pada hujung cerita. Bukankah cinta itu tidak mesti dapat memiliki? Haha. Adakah i'm in love now? Oh tidak. Sy juga mahu cinta tapi cinta yang boleh membawa sy kepada perkahwinan. Di usia ni, usikan a.k.a pertanyaan bila mahu mendirikan rumahtangga kadang2 saya benci jugak. Bukan asbab title 'aku tidak laku ke' tapi kerana belum sampai masanya. Jambatan yang saya tengah pijak untuk menuju ke seberang sana ternyata masih jauh. Dan itu yang orang tidak paham2. Banyak jugak duri kat jambatan tu. For sure, ada hikmah la Allah nak bagi tu. Allah Maha Kaya kepada hamba-hambaNya. Itu saya kena yakin. Cinta pertama sy sudah pun berkahwin, giliran saya bila? Nak tahu cara untuk mengubat hati ni? Sabar is the key.

Sedikit petikan dari novel ini:
Memang benar cinta itu tidak memerlukan kita bertentang mata. Cukup hanya dengan kata-kata, hati wanita akan tersentuh jua. Begitulah episod cinta Zukhrina Syamimi dan Danish bermula. Cinta yang bermula di alam cyber. Adakah cinta cyber itu lahir daripada kasih nan suci? Tetapi mengapa disebabkan cinta cyber itu Zukhrina Syamimi terpaksa menanggung aib hingga kini? Lebih menyedihkan lagi dia hanya sempat menikmati alam rumah tangga hanya buat seketika apabila Danish meninggalkannya tanpa khabar berita. Adakah dia terlalu percaya dengan kasih suci itu? Mudahnya seorang lelaki menabur janji dan mudah juga mereka pergi. Sedangkan Zukhrina Syamimi terkapai-kapai sendirian setelah ditinggalkan suami dan keluarga. Dalam kepayahan Zukhrina Syamimi cuba bangkit demi sebuah harga diri. Dia tidak mahu terus mengalah pada putaran takdir yang tidak pernah berpihak padanya.Akhirnya setelah dia berhempas pulas membina kehidupan yang penuh gemilang tiba-tiba lelaki itu hadir semula dalam hidupnya. Menjadi pengemis cinta padanya. Perlukah dia mengalah pada lelaki yang pernah menabur duri dalam setiap langkahnya dahulu? Sedangkan dia tidak mampu lagi untuk mengutip kasih ibu yang jauh tercicir.

***
insya Allah akan menggamit semula memori bersama sahabat2 pada minggu depan. Moga kita dapat bersua ya, azah firzah dan balkis hannan!

***muhasabah

Ini kes kedua kawan perempuan sy yang terlanjur. beliau (kawan saya satu masa dulu) telah melahirkan anak luar nikah. Kawan yang telah mendapat tarbiyah di sekolah menengah agama. Ada juga lagi kes terlanjur yang sy tahu,tapi tak nak cerita kat sini.

Apa silapnya?

Sy percaya Allah Maha Pengampun akan mengampuni beliau. But i'm worrying about her baby. Masa depan dia mesti dihujani oleh bisikan orang yang "anak tu anak luar nikah". Meskipun lelaki itu dan kawan saya itu berkahwin setelah beberapa bulan bayi itu dikandung olehnya. Dan yang menanggung malu pasti ibu bapa kawan saya itu.

Satu lagi cerita. Ada seorang remaja perempuan ni amik gambar dia tanpa memakai baju. Dan gambar (dari muka ke dada) itu terlepas ke tangan sape entah sy pun tak tau. Mungkin ramai penduduk yang dah tahu. Sy tengok sendiri gambar itu. Yang menanggung malu, pasti ibu bapa dia kan? Dia muda lagi.

Apa sudah nak jadi zaman sekarang? Buang anak macam buang sampah. Takda rasa kesian kat anak ke? Sekalipun anak itu anak luar nikah;jangan la buang. Hantar la kat pusat kebajikan.

Sy tak nak buka aib orang2 yang cerita kat atas tadi itu.Cuma nak kongsi.

Moga Allah pelihara kita. Benarlah persekitaran dan orang yang kita kawan banyak pengaruhi diri kita. Boleh jadi kawan itu membaikkan kita dan boleh jadi menjahanamkan kita.

Tu kes perempuan.

skarang nak cerita kes budak lelaki pula. ingat lagi masa tu sy terserempak dengan dia yang sedang memegang tangan seorang perempuan. Budak laki ini dulu sekolah menengah agama juga.

Satu lagi kes. Mak dia tak benarkan dia kahwin padahal makwe dia sudah lahirkan anaknya dan keluarga perempuan tersebut minta kahwin kerana anak itu tidak berbapa (kes luar nikah).

Perkahwinan adalah solusi.

Sy tak kata sy baik ;kerana sy juga banyak buat silap.

Dan bukan kerana sy termasuk golongan ustaz-ustazah, maksum itu milik kami. Kami juga manusia biasa.


WALLAHUA'LAM

No comments: