Friday, April 23, 2010

South Park hina Nabi Muhammad !

Berita Harian On 23 April 2010


Pergerakan Islam bantah gambaran kartun Rasulullah pakai kostum beruang

LOS ANGELES: Pencipta rancangan kartun televisyen South Park diberikan amaran bahawa mereka mungkin akan menghadapi tindakan ganas kerana menghina Nabi Muhamad apabila menunjukkan Rasulullah memakai kostum beruang.


Laman web kumpulan Revolution Muslim di Amerika Syarikat memberitahu Matt Stone dan Trey Parker bahawa mereka mungkin akan menerima nasib seperti Theo Van Gogh. Penerbit filem Belanda kontroversial itu ditembak dan ditikam hingga mati pada 2004 oleh seorang Islam yang marah kerana filem beliau mengenai keadaan wanita Islam.

Laman web berkenaan turut memberi maklumat mengenai lokasi rumah Stone dan Parker.


Ia turut menyenaraikan alamat pejabat penerbitan mereka di California dan pejabat penyiaran South Park di New York, Comedy Central.

“Kami memberi amaran kepada Matt dan Trey bahawa apa yang dilakukan mereka adalah bodoh dan mereka akan menerima nasib yang sama seperti Theo Van Gogh kerana menyiarkan rancangan ini,” kata penulis artikel, Abu Talhah Al-Amrikee.



“Ini bukan satu ancaman tetapi satu amaran kepada realiti mengenai apa yang akan berlaku kepada mereka,” katanya.

***Laknat Allah ke atas mereka!

Al-Amrikee kemudian memberitahu Associated Press bahawa kiriman terbabit bukan bertujuan untuk mencetuskan rusuhan. Ia disiarkan untuk memberikan kesedaran mengenai isu itu dan melihat ia tidak akan berlaku lagi, katanya.

Jurucakap Comedy Central berkata, rangkaian itu tidak mempunyai sebarang ulasan.

Dalam episod ke 200 South Park yang disiarkan di Amerika dan United Kingdom minggu lalu menunjukkan Muhammad muncul beberapa kali dalam satu kostum beruang. Utusan agama lain juga turut digunakan termasuk Buddha.



Bercakap dalam satu temubual laman web Boing Boing sebelum rancangan ke 200 disiarkan, South Park mempertahankan adegan berkenaan.

“Kami bersikap hipokritikal terhadap mesej kami, pemikiran kami, jika kami katakan ok bermakna jangan jadikan jenaka dengannya kerana ia tidak akan melukakan kita,” kata Parker. – Agensi

No comments: