Friday, April 23, 2010

Korang yang jadi cikgu, cuba baca artikel kat Utusan Malaysia ni

UTUSAN MALAYSIA on 20/04/2010

Tugas ustaz, ustazah mendidik bukan berpolitik

SAYA tertarik dengan pendedahan Pelajar Selangor di ruangan ini semalam mengenai ustazahnya yang berpolitik dalam kelas. Sebenarnya ada banyak lagi kes sebegini yang berlaku.
Ada beberapa orang ustaz di beberapa sekolah yang sering keluar berceramah kerana bayaran yang tinggi. Minggu sudah seorang ustaz patut datang ke sebuah masjid tetapi tidak datang. Para jemaah maghrib menunggu begitu lama untuk kuliah maghrib.
Ini bukan kali pertama berlaku, kerana beliau akan pergi ke tempat lain yang bayarannya lebih tinggi. Kalau ustaz berkenaan bertugas sebagai warden asrama, makin keraplah para pelajar asrama ditinggalkannya kerana ceramah di luar.
Memang dapat bayaran tinggi, tetapi tugas utama di sekolah sebagai warden juga diambilnya. Mana satu yang halal, masakan beliau tidak tahu? Sebagai ustaz tidak perlulah terlibat dengan ceramah-ceramah berunsurkan politik kerana sasaran ialah para pelajar yang masih mentah. Sejak di sekolah lagi ditanam sikap antikerajaan, sebab itulah terbawa-bawa sehingga ke IPTA.
Pada hari penamaan calon di Hulu Selangor, saya terserempak dengan pelajar IPTA yang memakai jaket hitam berlogokan parti pembangkang. Budi bahasanya tidak ada langsung. Saya tidak sempat bertanya beliau belajar di mana dan bagaimana keputusan peperiksaannya.
Kalau saya dapat maklumat keputusan begitu lemah, saya akan nasihatkan beliau baliklah, betulkan diri sendiri dulu.
Apa tidaknya, belajar pakai wang PTPTN, komen kerajaan semua tidak betul. Di kampus, berbanding dengan bukan Melayu, prestasi akademik hanyut. Macam ustaz tadilah, tugas di sekolah selalu terabai. Kerajaan semua tidak betul, sistem pendidikan tidak betul. Beliau yang berada dalam sistem, lagilah terus menyimpang, bukannnya hendak membetulkan .
Ceramah selalu di masjid, ada tauliah ke? Kita kena tahu juga sebab itu peraturan. Saya pernah dengar khutbah oleh seorang ustaz, ahli politik. Katanya, ikutlah kamu sepenuhnya Islam, bukan Islam Hadhari.
Seorang ustaz pula, dalam kuliah subuhnya, memberi salam. Kemudian katanya tidak perlulah lagi ada ucapan salam 1Malaysia. Nanti bagi salam lepas solat pun, sebut salam 1Malaysia.
Ceteknya pemikiran mereka kerana yang penting inilah ruang menghentam kerajaan. Tetapi masih lagi bertugas di sekolah, tugas utama tidak dibuat.
Dahulu masa sekolah pada tahun 60-an, idola saya ialah ustaz dan ustazah. Sekarang, siapa hendak dijadikan idola, sebab ramai pelajar tahu bagaimana sikap ustaz dan ustazah mereka.
Terima kasih kepada guru-guru agama yang masih tetap menjalankan tugas sebagaimana diamanahkan. Merekalah yang sekarang ini bertungkus-lumus mendidik para pelajar dalam keadaan pelbagai masalah disiplin dan akhlak pelajar sekarang.
Namun dengan bilangan mereka, mereka tidak mampu melaksanakan semua, kecuali semua guru, dan guru agama melakukan perkara yang sama. Tidak perlulah berpolitik, tidak perlulah menjadi penceramah jika masih mahu bertugas sebagai guru agama. Gaji rasmi tidak halal dan pelajar makin terabai. Tuhan Maha Mengetahui segalanya. Fikirkanlah.
Saya pun guru. Tapi melihat kepada situasi para pelajar sekarang, rasanya ketepikanlah soal-soal berkaitan politik. Biarlah orang politik yang buat kerja mereka. Apa ertinya terlalu berpolitik. Dapatlah berkuasa sementara, tetapi generasi kita akan datang semakin hancur. Masa itu kuasa sudah tidak bermakna apa-apa.
Masa itu kita semua sudah tiada, jadi perjuangan kita menjadi sia-sia akhirnya. Siapa yang untung? Sudah tentu bukan kita!
--------------------------------------------------------------------
 
***panas,panas bila baca artikel kat atas ni. kenapa selalu tuding jari pada guru? bukan semua guru tak baik. Ramai je yang baik. Tugas mendidik adalah tugas semua orang. Yang selalunya, ibu bapa menyerahkan tugas mendidik sepenuhnya kepada guru. Dengan tempoh pengajaran & pembelajaran yang sangat terhad hendak dibandingkan dengan bilangan murid yang ramai; sy sebagai guru mengakui tidak terkejar semua murid. Yang penting; kita semua pihak yang sedar pentingnya 'mendidik' ini dan main peranan. Main peranan. in sya Allah.

Dan persepsi seorang dengan seorang yang lain ; berbeza-besa, contohnya dalam isu politik. Saya salah seorangnya. Bagi saya, mahasiswa yang terlibat dengan politik;tidak bolehlah salahkan mereka. Bukan ke semua orang ada kebebasan bersuara; kalau di kampus; Aspirasi dengan cara mereka, Pro-M juga punya cara. 


Remaja sekarang bakal peneraju masa depan. Mahu tahu bagaimana masa depan negara kita, lihat saja pada remaja sekarang. Tidak risaukah kita? 


Begitu juga dengan politik. Islam tidak pernah memisahkan pemerintahan sesuatu negara dengan politik. Begitu juga dengan hidup. Mana boleh mengasingkan hidup dari politik. Sebab itu, dalam Pilihan Raya di Malaysia ; semua yang cukup umur, tidak terkecuali untuk hadir mengundi. Frankly speaking; saya tidak suka bila orang cakap, "jangan la campur hal politik. Biar mereka buat kerja mereka, sudah la". Bukankah, kita juga salah seorang rakyat Malaysia?


Jika saya banyak condemn tentang artikel ni, itu lah saya. Tak ingin saya meminta maaf atas sebab sy condemn ini. Manusia rasa kuat bila dia di pihak yang benar dan bercakap benar. Itu yang saya rasa saat ini. Alhamdulilah.


WALLAHUA'LAM

No comments: