Monday, April 12, 2010

Cerita I
Naluri untuk memperolehi zuriat sendiri adalah fitrah. Bila dengar kes buang bayi, kes pengguguran haram, kita semua pasti terfikir kenapa jadi macam tu. Tak ada rasa kesian kat baby tu ke masa buang baby? Baby tu kan comel. 
Orang yang takde anak, nak-nak sangat anak, yg depa ni boleh buang anak senang-senang. Ada yang just balut dengan surat khabar aje. Yang baik sikit, depa tinggal kat masjid dengan nota."tolong ye jaga anak saya ni."
Anak itu dibuang mungkin sebab mereka malu dengan orang awam lain dan sebabnye anak itu dikandungkan tanpa perkahwinan yang sah (iaitu melalui zina). 

Siapa yang mendorong manusia2 ini berzina? 

Islam menyalurkan nikah sebagai solusi. 

Barangkali perempuan2 yang mengenakan mas kahwin yang sampai puluh-puluh ribu itu boleh jadi punca. Teringat pesan Ma kepada aku masa walimah kakak ku dulu. "Kalau ada calon, jangan la tunggu lama-lama."

Sy selalu berdoa, Ya Allah beriku rezeki panjang umur. Peluang ku untuk balas jasa mak n abah. Rezeki untuk kawin. Rezeki untuk ada zuriat sendiri yang dapat mendoakan aku setelah aku mati nanti. Walaupun bersalin itu sakit sesakitnya. Bak kata Mak, bersalin itu sakit yang tak serik. 


Cerita II
*** Alhamdulillah atas rahmat Allah. Sy tahu saya pembawa Talasemia pada 2008 yang lalu. Taaruf sy dengan seorang ustaz yg merupakan pembawa Talasemia jenis Beta menjadikan sy ke klinik & hospital untuk menjalani ujian Talasemia. Sy ingat sy normal. Namun, ianya rahmat Allah juga bukan? Kami berpisah dalam masa tak sampai sebulan pun dari tarikh sepatutnya kami bertunang. Sy tak sure tarikh sy dapat result tu. Yang pasti awal Ogos 2008. Tarikh tunang yg dirancang 21 Ogos (if sy xsilap). Sedih bukan? Dan Ustaz tu dah pun nikah tahun 2009 lepas. Alhamdulillah , moga Allah memberi saya ganti yang lebih baik dari dia. 


Apa yang kita rasa baik, tak semestinya baik. Apa yang baik tu,mesti ada lagi yang lagi baik. Dan apa yang yang kita betul2 rasa tak baik tu, mungkin sangat2 baik untuk kita.


Allah lebih tahu. Maha Mengetahui. Tolong doakan sy. Doakan juga umat Islam yang lain


WALLAHUA'LAM


P/s : bukan niat apa2 cerita yg agak 'personal' ini. Cuma dah nama blog. Blog ni ibarat diari hidup saya. Hanya ingin berkongsi. Cerita tentang Talasemia ni ramai lagi yang belum tau.

No comments: