Artikel yang lahir dalam blog kelasku ni; adalah cerita yang nak
dikisahkan apabila kita di alam sebenar nanti. Alam sebenar=alam
pekerjaan. Di mana tak semua orang paham seperti yg kite paham. Dan
kena cari kekuatan. Tak kira kekuatan tu datangnye dari mana.
Sahabat yang dikasihi lagi aku rindu:
Cuba
kita nilai. Kita rasa kita kuat atau kalah dengan rentak yang orang
lain mahu? Adakah kita telah mengorbankan prinsip diri kita sendiri.
Sama2 muhasabah. Jangan malu dengan prinsip kita. Menutup aurat adalah style ku.
Kerana itu yang Allah mahu kita buat. Taat pada DIA. Kena taat pada
manusia juga, tapi jika sudah masuk atau baru nak-nak masuk dalam
'daerah' maksiat, maka ketaatan itu 'terbubar' sama sekali. Tiada
ketaatan dalam hal maksiat. Jelas. Perintah ni sama saja kat semua;
sama ada mak ayah, pemimpin negara, suami dan kat semua orang yang
menjadi pemimpin.
Suami yang tiada maruah
Begitu
juga bagi isteri-isteri, tidak sesekali patut taat pada suami jika
suami menyuruh agar memperlihatkan rambutmu pada lelaki lain. Suami
yang bangga bila orang kata "Ali, isteri kau cantik la, rambut ikal mayang betul"..
Itu lelaki yang tiada maruah. Tidak rasa apa-apa bila orang lain
melihat 'apa yg dia seorang saja boleh tengok'. Apa yang hak dia
seorang.
Kes yang sama bagi anak-anak jika ibu ada memesan 'tak
payahlah nak dakwah-dakwah sangat (pakai tudung labuh atau tudung
besar). Sebagai anak yang soleh, kita ada adab yang perlu dijaga
tatacaranya apabila berdepan dengan ibu kita sendiri. Berlemah lembut
dengan si ibu tadi. Jawab perlahan-lahan. Apa-apa pegangan atau fikrah
yang kita tidak sama dengannya; dia tetap ibu yang susah mengandung dan
mengorbankan nyawa melahirkan kita.
Pemimpin yang mengejar maddiah dan kurang mengutamakan agama sebagai prioriti @ prinsip kepimpinannya
Tidak
perlu taat jika dalam hal yang maksiat. Pemimpin yang baik akan menjaga
segala aspek untuk manfaat rakyatnya. Tidak hanya mengejar dunia bahkan
mencari akhiratnya juga seiring.
Dan tiba pula diri kita : nak gugurkan prinsip atau tegakkan prinsip
Aku
percaya ramai kawan2 yang masih kuat berpegang dengan prinsip agama
yang dipegang semasa di alam kampus dan membawanya sehingga ke hari ni.
Tahniah. Moga sentiasa 'memekakkan' telinga pada suara-suara 'kejam'
yang kurang senang dengan prinsip yang kalian pegang.
Aku juga. Jangan pandai cakap saja tapi xberani nak buat seperti yg kau cakap tu.
Tegakkan Islam dalam diri.
Menegakkan
islam di dalam diri melalui pakaian, percakapan ternyata banyak
dugaannya. Orang yang tak faham seperti yg kita faham akan banyak
memandang pelik pada kita. Seolah-olah kita buat salah yang besar
sangat! Kerana kita golongan minoriti.
Aku jenis kadang2
memikirkan ape yang orang akan kata kat aku. Jangan camtu. Kalau kita
mencari redha manusia dengan cara yang Allah sesekali tidak redha; kita
tak akan dapat apa2.
Saya mencari redha Allah. in sya Alah.
Kita
mahu ikut 'mereka' atau mahukan redha Allah dengan taat pada
perintahNya. Seperkara yang kita perlu tau; kita tak dapat puaskan
semua hati manusia. Lagi pun apa guna jika kita memuaskan hati dan juga
menutup 'mulut' mereka dengan mengikuti cara mereka.
Kita dengan cara kita.
Adakah kita mahu orang senang dengan kita dengan cara kita perlu ikut rentak mereka.
Kita dengan rentak kita.
Jangan gadaikan prinsip semata-mata mahukan redha manusia. Redha manusia kita akan dapat; tapi kat dunia je lah.
Tapi redha Allah kepada kita di dunia ni in sya Allah kekal sampai ke syurga. Syurga adalah destinasi kita.
Dan debu86, soalan utk kau; apa yg kau dah buat utk dapat syurga tu?
Perkara
yang benar adalah perkara yang bila kita buat tu kita rasa tenang.
Sekali-kali takde rasa bersalah masa tengah buat benda tu. Betul la.
Benda yang baik bila kita buat kita rasa tenang. Sangat2 tenang.
Yang penting; prestasi kita.
Harap2 prinsip ditegakkan dan prestasi juga melonjak dengan kejayaan. Itqaan mean
tekun. Ni yang Rasulullah pesan kepada kita umat yang Baginda sangat
sayangi hingga akhir nyawa Baginda sayang itu masih ditumpahkan. Hingga
destinasi kita; syurga. In sya Allah.
Cabaran dalam mentaati perintah Allah.
Debu86 menulis bukan untuk suka2, ini bukti kepada janji yang debu86 suruh 'tanam' pada diri. Mesti buat artikel. Menyampaikan adalah tugas kita yang mengaku beriman dengan Allah.
WALLAHUA'LAM
Terjemahan :
a. Maddiah : Kebendaan, materialistik
b. Itqaan : Tekun
Posted by : http://debu86.blogspot.com
Location : Bilik guru sekolah ku
****
Rindu2 kat MPI yang sudah kutinggal 3 bulan waktunya..
1 comment:
syukran atas perkongsian..
insyaallah moge sentiasa dalam redha illahi..amin
Post a Comment