Tuesday, March 30, 2010

Adakah anak2 selamat untuk menonton TV yg digelar medan penyampai info terkini itu?

Astaghfirullah.

##Bookfair at PWTC on 26 March
Alhamdulillah..tercapai gak hajat nak gi akhirnya. Tapi kali ni; sensorang. Untuk 2 tahun sebelum ni aku gi bookfair ada teman; Kak Shazana. RM300 lebih jugak kali ni aku abiskan untuk beli buku2. First jugak dlm idup abiskan duit beratus2 untuk beli buku ni. Tak penah2 jadi kes camni. Ape2 pun perghhh..Hampir2 puas ati tul dapat borong2 buku. Diskaun memang dapat banyak. Tiba di Booth PTS, crew dia tell me, if u're student u can show your matric card and u'll get 30% diskaun. Aku pun mula tanya, "Sy dah habis study, boleh ke? Crew tu jawab "Boleh, xsalah pun, awk simpan lagi x matrik kad? Aku sambung.." Ada.." Kad Matrik OUM still ada dalam purse yg tebal gedabak(tebal bkn sbb bnyak duit, tapi bnyak kad.haha.Bil api pun ade dalam tu). Kad student MPI aku gantung kat bilik kat rumah.
## MPI.
Gi ziarah adik2 sana. Bermalam kat sana. Macam2 cerita baru. Juara Program Realiti TV 1 : Muhammad Wajih Zakwan Hanif, 12 adalah anak Puan Mastura (Lecturer Jabatan Bahasa Melayu). Bangga rasa anak lec sendiri yang menang. Patut la nampak Pn Mastura kat tv aritu.

Perkembangan terbaru tentang maktabku yg dulu. Nampaknye tiap2 Isnin student2 muslimat kena pakai kasut yang bertumit. Nampak makin ketat la peraturan sekarang. Kalau ada program yang xhadir elaun kena tolak. Yang dah sem 5 tengah musim praktikum. Macam2 pengalaman mereka share ngan aku. Ada kat bawah ni.

"Ok, semua. Sapa yang tau perkara2 sunat tu ape?" Ujar seorang junior aku yang sem 5 yg tengah praktikal tu. Salah seorang murid cuba 'test' ilmunye.."Maksiat, Ustazah!" Ada murid yg cuba mencelah. "Merokok, Ustazah!". Jawapan lain lagi yang diterima. "Minum arak, Ustazah!"

Banyak yang perlu dibuat. Tugas mendidik bukan guru sahaja yg terpikul. Ibu bapa lebih sepatutnya

Berhamburan ketawa kami malam Sabtu tu. Jawapan2 yg diberi oleh murid memang sangat lawak. Murid2..erm..memang banyak yg mereka lum tau. TETAPI. Dalam lawak2 tu, kerisauan juga timbul. Murid2 zaman sekarang SANGAT terdedah dengan perkara2 lain or in other words, mereka dapat ilmu tentang hal-hal lain lebih banyak dari ilmu agama.  Kalau ditanya tentang Akademi Fantasia yang tengah main kat Astro sekarang ni,sbagai contoh. Sape yg baru tersingkir minggu lepas? Lebih banyak yang tau dari yang tidak tau.

TV sebagai media menyampaikan maklumat. Cuma ada iklan-iklan yang tak sepatutnya ditunjuk kat situ. Antaranya Atika Beauty, MJ (Malam Jumaat). Iklan2 ini lucah untuk didengar oleh budak2 naif yang bergelar budak-budak. Iklan2 lucah itu untuk orang yang dah kawin tu lantak korang la nak dengar pun. Kesian pada budak2 kecil tu. Tidak dinafikan isu buang bayi, isu rogol, cabul itu peratusannya turut berpihak pada TV. (Kenapa pihak yang berkaitan tak menapis iklan2 untuk TV miliknya?)

Itu belum lagi dengan CD di pasaran. Ada penggiat bidang lakonan ni yang berniat untuk me'real'kan situasi yg berlaku zaman sekarang dengan cuba membuat movie mengenainya. Cuma yang parah, adegan itu benar2 dilakukan walaupun itu mereka gelar 'hanya lah sekadar lakonan'. Kesannya yang boleh menimbulkan berahi kepada penonton. Tidakkah itu bahaya? Contohnya : REMPIT. 

Saya marah. Marahkah saya dengan situasi yg sy cuba isu kan kali ni? Memang. Apa yang kita semua boleh buat? Cuba peranan kan diri sendiri.Potensi yang kita ada. In sya Allah.
Bantu kami Ya Allah untuk mendepani isu ini

WALLAHUA'LAM

Allah, jadi kan aku, kluargaku, kami ini hambaMu yang baik

No comments: