Tuesday, February 23, 2010

Jangan senang percaya bulat2 kat orang!

Maybe this entri mengandungi lenggok bahasa yang kesat. Just untuk share pengalaman dikhianati oleh orang yang aku percaya kat dia. Dan artikel ni tak akan membuka aib dia pun; sebab korang pembaca semua tak tau pun 'dia' tu sape kan?
Dan jika ada yg tau atau boleh agak sapa, duk diam je la eh. Please. Trima kasih. 

1. Kau ada sebut pasal jubah yang aku pakai; aku xbrape clear tentang apa yang kau cakap. Aku tak sure ko kutuk atau apa.

Cuma. Kenapa pakaian aku itu pun kau nak sibuk. Aku ada dedahkan aurat ke. Dan kenapa orang pelik bila aku jenis pakai jubah dan tidak make-up?

Ya Allah, betul la. Orang yang tutup aurat dipandang asing, sedangkan yang seksi2 tu orang tak rasa pelik pun. Sebab mata dah terbiasa tengok benda tu dan lazim masyarakat menerima. Tapi lain cite bila kalau orang yang pakai purdah; orang duk pelik. Padahal tu Isteri Rasulullah pakai. Malaysia waqi' nya (keadaan) tak macam kat Mesir, Pakistan, sbb Malaysia orang macam susah nak terima. Bilalah Malaysia nak jadi macam negara2 yg aku sebut tadi? Pernah aku chatting dengan kawan lelaki orang Pakistan; aku ada crita kat dia; teringin pakai purdah, barangkali aku tak pakai kerana tiada kekuatan. Dan jawapan dia sangat la mudah dan buat aku berfikir. "You like wear abaya or not?". # abaya means purdah

Banyak benda nak tulis tentang apa yang dia dah kutuk aku sebenarnya. Ni baru sikit. Aku dah diketawakan sesuka hati kau dan keluarga kau. Ibarat macam aku ni tak berjasa langsung kau buat kat aku.

Kau ni kan. Benda yang kecik (debu86 tak nak cerita lagi tentang hal ni) pun nak ungkit. Benda yang gitu pun nak judge. Nape nak ngutuk aku. Tak de nampak langsung satu kebaikan aku ke?

Aku dah nampak nape Islam tak bagi mengumpat di belakang. Bila orang yang dikutuk tu dengar; luluh hati dia. Hubungan akan jadi buruk. Kawan susah nak ikhlas. 

Sahabat2 yg membaca artikel ni, aku nak ingatkan berkali-kali, jangan mudah nak percaya pada orang. Aku dah terkena. Korang jangan la terkena. Pedih bile diketawakan dan dikutuk oleh seorang makhluk bersama-sama makhluk lain iaitu ahli keluarga dia.

Ibrah@ Pengajaran : Jangan sekali-kali nilai dari paras rupa, yang manis mulut tu tak mesti manis juga hatinya. Selidik dulu. Jangan tak pasal-pasal korang akan terkejut dengan sikap sebenar dia tu nanti sudah la. Korang mungkin akan dikhianati oleh sesapa saja yang tidak ikhlas berkawan dengan korang. Memiliki sahabat yang ikhlas bukan mudah.

Buat kak azizah; Terima kasih kak azizah ; sudi dengar cerita sy aritu. Lega rasa bila dah luah kat kak zah. Terbayang gaya kak zah yang matang mendepani situasi.Ingat lagi x, sy penah cakap ayat tu kat kak zah kan? Dan, after kita putuskan call, air mata dah nak bergenang kat tepi mata saya yg cantik ni(waduh, perasan bangat!), tapi air mata tu tak keluar. Ya lah. Tak sedih dan rasa terhina ke bila kena kutuk dek orang yang kita percaya kat dia selama ni. Dan tup tap dapat mesej kak zah. Dan ni sms dari kak zah; Syah, kuatkan semangat, tunjukkan senyuman syah yg menawan tu.
Terima kasih kak zah.

Manusia jadi takut nak buat baik sebab mungkin orang yang dia tolong tu akan tipu dia. Manusia sendiri yang buat orang takut nak bagi pertolongan kat dia. Dan sape yg rugi huh?

Dan aku tak paham la ngan orang macam kau. Tak bersyukur dengan Allah yang dah mudahkan urusan kau dan tak berterima kasih kat aku pun, tapi mengutuk aku yang ada memberi pertolongan kat kau. 

Apa mentaliti kau huh?
astaghfirullah.xbuka aib orang. just utk peringatan pd yg sudi membaca. Moga hidup pada jalan yg benar di sisi Allah..

WALLAHU'ALAM.

i'm planning to make 1 articel about da'wah at least once in a month, In sya Allah. So, kena rajin baca buku la sikit.