Monday, February 8, 2010

Aku-Kau. An Appreciation to Roommate (2006-2009)

Xtau nak gambarkan dlm bentuk perkataan.. aku xbisu tau! Cuma sedikit kelu.

Gambar ni aku tunjukkan kpd pupils di tempat kerja. aku gitau kat depa; yang lukis gambar ilustrasi Sultan Al Fateh tu ; ini lah orangnya. Dia ni pandai lukis.(Roommate; manfaatkannya utk Islam). Jari telunjuk saya bawa ke gambar empunya diri. Maaf, gambar tersebut tak boleh show kat sini.

Yang kat bawah ni karya roommate sy..


 
 
 
Bila dah tunjuk gambar, of course la budak2 akan tanya, orang yg sebelah roommate tu pulak, pandai ape? Saya jawab la kelebihan orang yg kat sebelah rumet..dan akhirnya, sampai la kat gambar sy sendiri; ha, yang ni pandai ape pulak?  tanya budak Darjah 3 tu dengan senyum ala ala simpul pulak.. Sy pun jawab; orang tu xtau la pandai ape.
Saya terus tergelak.
Budak2 memang boleh membuatkan sy nak marah dan adakala rasa sangat2 ceria dgn perangai2 dan usikan depa tu. Hati dan minda. Memang berperanan kawal emosi dan situasi. Jika baik hati, baiklah yang lainnye.

Dan kat nametag KISSM dulu sy ada letak gambar kartun perempuan kat belakang nametag tu. Roommate juge yg lukis kan. Cuma.. masa exam KISSM tu. sy letak kat atas meja luar bilik Taranum, bila abis exam, cari2, nametag tu hilang. Sy ingat nk simpan. Buat kenang2an.

Ada gambar yg sy simpan dalam fail saya. Gambar kawan-kawan. Awalnya, hajat nak letak atas meja; bukan utk tayangan cikgu2 kat sekolah tu pun; just utk tatapan diri sendiri. That's all. Tapi segan pula(kerana sy perempuan). Keputusan dibuat; letak kat fail dan sy tinggal kat sekolah, memang xbawak balik. Dalam fail tu banyak doc penting. Kalau CC(kerani) mintak, senang.

Dan pesanan lec masa KISSM dulu tu memang betul sangat. Once dah posting; gaji first bgi kat mak ayah, kenal dgn orang2 sekitar rumah sewa, duduk dengan orang alim.

Kat sini, sy rindu dengan kuliah agama. Bila dah jadi guru ni, kite yg kena mengajar orang. Tapi, sy lebih suka mendapat ilmu sebenarnya. Suka berguru. Dan, sy sbnrnye belum jumpa sahabat di sini. Sahabat yg kite takde langsung rahsia dgn dia; dan dia faham seperti yg kite faham.

Sekarang, tak boleh duk lepak-lepak kat bilik E-222 lagi.. lepak, makan, sembang.. Huh, makan je ke, tak study ke? Haha...Jangan tiru macam sy; study last minute. Sbb tu result xgempak.

Buat sahabat2 blok E MPI; kak shazana, kak zah, kak ana, a'sah, syida, suha, mus, aku rindu semuanye! Bile lagi boleh lepak-lepak (kat bilik aku la tentunye. Hehe). Buat air teh dan cicah keropok "makanlah selalu'. Suha suka sangat makan benda ni. Aku senyum sendiri menghadap laptop sekarang ni. Best sungguh kawan ngan korang. Betul la orang cakap, zaman belajar ni zaman paling seronok. Budak2 blok D pun aku rindu juge tau. Ema, Minah, Cyba, Far, Wa, Dayang, Leha dan Faza. Dah takde dah kan re-visit blok. Dulu, boleh buat makan2 kat blok korang. Dayang & Leha yang femes dengan makanan Sabahnya( aku lupa dah nama die apa la). Cepatnye lupa woi!


p/s to my luvely rumet: Moga ukhwah kite kekal ke syurga, rumet! Amin. Mohon ampun dan maaf andai kasar bahasa, kurang bertegur sapa (aku ni jenis kalau cakap tu, kalau dah tengah marah tu, memang abis keluar semua). Aku bukan rumet yg terbaik utk ko, i'm confess it. Dan many things, that i didn't supposed to do, but aku buat jugak. Niat nak saling ingat memperingati dengan memberi tazkirah (kita berdua) in other words, nak buat usrah berdua kat bilik, tapi, xpernah pun aku buat. yg usrah tak formal tu memang kite x miss. Ingat lagi pada waktu-waktu sebelum kite tido, kalau ko-aku dah start sembang pasal cerita2 (perjuangan,dakwah dan cerita2 lain) tu, memang kite tido lambat la malam tu. Terima kasih utk sebuah ukhwah yang sangat manis. Di kelilingi jiran-jiran sebelah our dorm yang nice2 belake. Jaga diri baik2 kat sana tu.

Tak terungkap segalanya dengan apresiasi sekecil ini. Apresiasi ini special untuk ko.

WALLAHUA'LAM

No comments: