Wednesday, January 13, 2010

Posting di sini; Cerita minggu 1 & 2

Alhamdulillah urusan dimudahkan. Tepat sekali FirmanNya, di sisi kesukaran itu akan ada kemudahan.
Sekolah yg sy duduk ini dalam kategori kampung. Kesemua murid dan guru adalah beragama Melayu
dan beragama Islam. Sebenarnya, saya mengidam nak sekolah Cina, tapi tak dapat, sekolah cina tu dah penuh. Tak boleh masuk guru baru dah kat situ. orang cakap skjc atau pun skjt ni banyak cabarannya, tapi entah hati tertarik pada skjc ni.

Dan Allah bagi sebaliknya; Dia beri saya sekolah jenis Melayu kepada saya untuk posting pertama ni.
Alhamdulillah, bak kata Syida, saya ingat lagi katanya, kadang2 apa yang kita duk pilih tu kurang baik, dan apa yang yang Allah bagi dan Allah tetap kat kita tu la yang baiknya untuk kita).

Sekolah saya ni alhamdulillah guru2, staff, murid2 baik2 aja. (tapi, murid2 tu, ada yg nakal tu,biasalah kan).

Minggu pertama di sekolah; itulah medan pertama saya setelah 5 tahun setengah berada di maktab.

Si Siti (nama samaran tau); siap berani pegangtudung saya lagi. sambil pegang tudung; dia cakap,
Ustazah ye (memandangkan saya pakai tudung besar)..

Ahai.Budak-budak..

Kat sekolah tu,dua orang sahaja termasuk saya yang pakai tudung yang besar ni, sorang lagi Kak Zaiha yang baru masuk sekolah ni; dia pakai tudung labuh. Jadi, murid-murid agak kurang biasa dengan tudung yang besar dan tudung labuh. Tapi, saya xtau pula kalau 2 orang ustazah yang dah bertukar ke sekolah baru mereka tu pakai tudung besar atau tudung labuh ; dua tempat kosong itu digantikan  oleh saya dan kak Zaiha.

Jarak dari rumah sewa saya ke sekolah, kalau jalan kaki tu ada dalam 20 minit juga (kalau dari blok D
MPI tu ke AMSA ada la kot. Tapi rasa jauh lagi la dari AMSA tu. Memang dekat, tapi kalau tiap-tiap
ari,tak larat juge. Kalau naik kenderaan dalam 5 minit boleh la sampai.

Pengalaman tinggal berdua bersama adik(mujur ada dia, dapat temankan saya di sini buat sementara
waktu).Fikiran ni dah mula start fikir yang macam2 masa nak tidur bila hari masuk malam.Otak ni tak yah nak disuruh;otomatik akan fikir (Tulah, masa kecik tengok cerita seram Indonesia lagi; so sampai la umur 20-an(muda lagi tau),masih takut dengan benda-benda cenggitu.

Explanation: Waktu kecik dulu masa balik kampung,sedara2 pakat2 tengok cerita hantu Indonesia;memang seram dan saya pun tengok sama.Bertahun-tahun cerita itu menghantui fikiran sy. Ha,sape penah tengok cerita bertajuk ????. Put up ur hands,plez?.. Emm, tak nak la cakap title dia ape..Nanti ada yang dihantui pula.. Hehe..

Mak abah saya tak penah ajar tengok cerita hantu cenggitu (terima kasih, Mak dan Abah!).

Lesson: Budak2 kecik tak patut bagi tengok cerita2 hantu; nanti mereka akan takut sampai la dewasa;

sayalah antara orangnya. Memang takut juga pada mulanya. Alhamdulillah,

rumah tu dah ada orang duduk sebelum saya, jadi takla rumah tu kosong begitu je.

Mak pun ada pesan, beli la lauk kat sekolah;tak kan makan telur aje, nanti muka pun cam telur.Ha ha. Silap2 gemuk bila duk kat sini. Bila dah posting ;memang otomatik jadi independent sikit. Try jugak masak mee kasar; ahai, boleh la tahan, tapi kalau orang rasa mesti depa cakap; sah dah ko ni,memang tak bleh kawin lagi.

Haritu Pak Teh dan Mak Teh datang ziarah saya.Pak sedara saya pesan kepada kami 2 beradik ;  Dia pesan sebelum tidur baca Ayat Qursi dan 3 Qul tu sebagai pendinding. Sebelum dia balik, dia baca Tahlil dan berdoa. Itu kan adab masa masuk tempat tinggal baru. Adik2 kena ada ilmu ni juga tau. Tak boleh pakai masuk terus. Akak pun sama. Dan alhamdulillah ilmu dari Ust Harun Din (Darusyifa') amat membantu dan ayat-ayat Asas 10 itu beri keyakinan kat saya yang tidak akan ada apa-apa yang pelik kat rumah sewa saya (ini bukan cakap besar;ini rasa yakin dengan ilmu dari Tok Guru.Trima kasih, Tok Guru!

Buat adik2, masuklah darusyifa kat maktab tu.

MPI masih dirindu.. Pensyarah2 yang giat menabur ilmu dan mendidikku; Terima kasih, kalian! Allah
pasti sedang mengganjari kalian. Moga kami batch pertama ini memiliki semangat mengajar seperti
semangat kalian mendidik kami.Amin..Kerana bila saya rasa lelah dengan perangai budak

-2 yg tak dengar apa yang saya ckap kat kelas tu ;muka tok2 guru saya yg pernah mengajar saya , akan menerpa datang. Ya. Saya merasai semangat mereka dalam mendidik anak murid mereka dahulu. Itulah. Bila guru itu ikhlas mengajar; anak murid turut rasa keikhlasan guru mereka itu.Itu yang ada pada jiwa guru-guru saya. Guru-guru kamu juga. Yang penting; IKHLAS. ini antara hot talk sy dan my twin(faza) masa bincang2 kat blok D (MPI) masa nak konvo darusyifa haritu. Bila ikhlas, murid akan dapat.Murid akan faham. Dan saya sekali-kali tidak pernah menyesal masuk bidang profesion ini; sifat mendidik ni sifat yang sangat mulia. Ini ruang saya ada untuk menyumbang kepada anak-anak seagama dengan saya.  Dan alhamdulillah. dari 2 sekarang menjadi 6 orang
warga suara-suara kecil di rumah sewa saya.Hari ini in sya Allah akan jadi 8. Buat mengaji sikit.

Masa mula-mula duk sini, rasa sunyi. sy suarakan pd adik saya, nak ajak budak2 yang sy ngajar ,sape yg nak mengaji datangla rumah saya bernombor sekian dan sekian. Alhamdulillah. Bukan duit upah yg sy tunggu, tapi suara-suara yang akan mengaji di rumah ini. Niat saya ingin mengajar serba sedikit
apa yg saya ada.Tidak la banyak dan bacaan juga tidak la tepat seperti Ust Razak Mahadi(Tok Guru
Darusyifa' dan Ilmu Tajwid sy dulu), tapi dengan niat; ingin berkongsi. Indah bila dapat berkongsi.
Dan inilah sumbangan saya terhadap agama yg saya sangat sayangi. Moga Allah 'membersihkan' niat
saya. Moga niat ini setulus-tulusnya,In sya Allah. Setiap orang harus fikir apa yang nak disumbangkan
kepada agama tak kira sekecil mana , tatkala kuffar merencana segala macam untuk menjatuhkan
agama kita. Sekarang isu yang gereja dan masjid dirosakkan kan?

Saya dapati murid2 ada yg ada minat nak mengaji tapi tak tau nak belajar dengan siapa. Kitalah.
Siapa lagi. Bukan depa nak belajar taranum lagi;kerana mereka kecil lagi, mereka cuma nak
belajar kenal huruf-huruf serba sedikit. Kasihanilah mereka. Dan ada antara murid saya yang
datang mengaji; 2 adik beradik adalah anak yatim; tiada ibu. Tapi, lancar mengaji.

Minggu kedua ni pun ; sy masih blur untuk mengajar Pendidikan Jasmani; kerana murid2 sy kurang suka belajar skill, mereka lebih suka bermain..Who can help me?? Plez...moga segalanya Allah beri mudah, juga kpd kwan2 sebatch saya PISMK OUM dahulu.

Skarang ni soalan yg wajib orang tanya, bile nak kawin. Ha ha. Jodoh belum sampai. Ada masa
something crossed in my mind; jangan suka dan semangat nak kawin saja wahai aku, tapi kena juga
suka nak pikul tanggungjawab. Dan bila dah kawin; tanggungjawab itu dikendong bersama-sama.

Dan in sya Allah, sy dan ex-clasmate akan naiktaraf la tak lama lagik; kite dah nak jadi makcik dah, in sya Allah bulan 5 ni. A baby come to born (betul ke x frasa ni; tak pandai2 smpai skarang).

Dah panjang dah kot cerita saya; jumpa lagi in sya Allah pada next entry,

WALLAHUA'ALAM..

2 comments:

Anonymous said...

mostly viewed gllmd

[url=http://informatio-chocola-garbag.blogspot.com]information chocolate garbage[/url]
[url=http://bridcontrsued.blogspot.com]bridal control suede[/url]
[url=http://googl-produ-gla.blogspot.com]google product glass[/url]
[url=http://kenne-bea-col.blogspot.com]kenneth beans color[/url]
[url=http://braid-baske-r.blogspot.com]braided baskets red[/url]

last nawnm

debu86 said...

sy pun xpaham apa yg Anonymous ni komen utk entri sy ni. Mungkin sy leh try view alamat yg dia bagi tu. Tak pun, tu Spam..