Tuesday, January 19, 2010

ALAM KAMPUS KU !!


Assalamualaikum..


Ini baru minggu 3 di tempat kerja, aku sudah rasa teringat2 alam kampus, alam perjuangan di kampus. Itu semua sudah berlalu..
 


Gambar di atas bertarikh 15 Mac 2009 diambil pada sambutan Maulidur Rasul yang dijalankan di kampusku IPGM-Kampus Pendidikan Islam,Bangi. Banner hasil kami muslimin muslimat PISMK PA telah mendapat JOHAN.


Benar kata Ust Shaari Mantan MT Gamis ketika program Nuqaba' pada 30 Oktober 2008 dulu bahawa zaman kampus la nak menjadi sekreatif-kreatifnya, maksud beliau dengan esaimen yang diarahkan kita membuatnya. kerana walaupun soalan esaimen nampak mudah, student2 nak atau tak, kena buat jugak; kerahlah idea untuk siapkan berhelai-helai yg lecturer mintak! Dari situ apa yang x terpikir pun boleh terpikir; asbabnya kena siapkan before due nya!  Ia. Memang untuk sesuatu hal tu kena ada paksaan untuk menjayakannya. No force no success.


Betullah kata Ust Shaari lagi, alam kampus adalah alam untuk 'membina'. Bina kekuatan. Kerana bila terjah alam kerja nanti dan alami kesukaran yg biasa dialami semasa di kampus tu bukanla jadik masalah besar lagik .

Ya Allah, jangan bagi minda aku terus tertutup dek alam pekerjaan ni

Masa duk tinjau blogger2 mahasiswa tadi, teringat pada zaman kampus2 dulu. 

Kalau boleh tak nak cerita tentang perasaan sangat; kerana smua perkara bukan leh crita kat blog.. Cuma kadang2 perasaan tu la yang perlu dikongsi. Contohnya aku yang tengah  kerinduan untuk belajar semula di kampus, rindu pada nasihat2 guru yang masuk ke hati...



wondering >Bila bleh ngaji kat kampus lagi ni? Mana tau boleh amik kursus2 , boleh rasa duk kampus balik <

WALLAHUA'ALAM..


No comments: