Wednesday, September 16, 2009

Bismilah. Segala puji bagi Allah dan selawat kepada Nabi Muhamad ‎S.A.W..‎

Pengenalan :

Tercetus cerita pendek ni secara tak sengaja after dapat taklimat tentang ‎posting(i.allah) yang dijangkakan awal dari yang sepatutnya. Aku sudah nak bergelar ‎guru kah? Ilmu blom cukup..Macam mana nak ngajar anak murid aku nanti nih? ‎Wondering not enough..action.. Posting awal that means kami sebatch ni akan (i.allah) ‎keluar lebih awal dari yang sepatutnya le. Akan meninggalkan MPI yang penuh ‎dengan makna dalam hati kami. Dan cerpen kat bawah ni bukanlah ‘projek’ yang aku ‎duk buat sejak beberapa ari ni.

Cerpen ni hanya setitis bicara ,lahir juga secara tetiba... ‎Dah start dah madah die ni.. Ha ha… ‎Cerpen ni juga barangkali ada kaitan dengan hidup sy dan barangkali tidak ada kaitan dengan hidup sy. Only Allah knows. Hanya Allah penilai yang tepat dalam menilai. Kalau ada yg nonsense tu, tu kira my weakness..


Ceritera bermula…‎

<<< Cerita 1( SATU) >>>

Minnie : “Percaya ataupun tidak, aku , ko dan batch kita ni akan tinggalkan MPI ni ‎dalam masa (i.allah) 2 bulan je lagik”. Ujar Nini sambil tangan terus menyelak Novel ‎karya S.Othman Kelantan ‘Wajah Seorang Wanita’. Helaian itu ditatapinya perlahan-‎lahan untuk dimengertikan suasana dan latar, juga ideologi sasterawan terkenal yang ‎berasal dari negeri Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang amat ku segani itu. Kagum dengan ‎pada metod keagamaan dalam novel dan keindahan bahasa yang digunakan.‎

Izati lalu di hadapan bilik Minnie menuju ke bilik stor. “Wei korang, buat pe tu? Jam ‎menunjukkan pukul 2.00 petang.‎

Tara buat apa-apa pun. ‎Jawab Nini.

Poo : "Sedey... wajah mula mempamerkan riak duka. Sedar tak sedar dah 5 tahun kita ‎di bumi MPI ni kan. Ingat lagi masa mula daftar dulu. Aku daftar lambat. Eh, ko first ‎intake kan. Dengar cerita teruk gak korang kena masa orientasi dulu”.

Ala gimik je tu. Yang budak-budak lahir bulan 7 kena panggil kat depan khalayak atas ‎alasan ‘besar kepala korang ni’. ‘korang ingat ni maktab bapak korang punye ker’, ‎‎‘pandai-pandai nak iron baju masa tengah minggu suaikenal, nasibla korang’, ‎ooo,korang xserah kat AJK ek handfon korang.” Padahal tu gimik senior untuk sambut ‎beday budak batch aku yang lahir bulan Julai tu. ‎

Yang indah pasti dikenang. Yang sedih2, nak buang jauh-jauh. “Aku nak buang jauh-‎jauh fikiran aku kat si dia tu. Argghhh, benci la!”. Fikir Nisa dalam kalbunya.‎
Buku ‘Asas-Asas Islam’ karangan Ab’ul A’la Al Maududi mula dicapai di tepi birai katil. ‎Bersusun buku yang entah bila mahu dikhatamnya. Nisa mengeluh perlahan.. Dari ‎ingat kat dia, baik aku baca buku. Lagi baguih. ‎

Nisa, sahabat ku dari Perak. Kecindan dia ni kalau nak tau.

Minnie: “Sedey? Ek eleh. Iye ke..Ngaku je la yang ko gembira kan sebenarnya,huh?”‎

Poo: “Susah nak cakap ler. terusan di sini, di bumi tarbiyah jiwa ku selama 5 tahun.(1 thn ‎setengah-foundation & 4 tahun- degree). Fuh, tua la aku kat sini. dari muka kiut miut , ‎bila kuar nanti, sure dah muka dah macam mak cik orang la kot.(hehe). Kiut miutt or ‎muka mature tu Allah yang bagik”. Alhamdulillah. Thanks Allah! ‎

Dah la aku ni mana la reti bertudung besar ni. Tudung biasa-biasa jer. Aku jugak xda la ‎sangat basic agama melainkan yang mak ayah aku bagi. ‎

Minnie : Bila dah dekat nak keluar ni, rasa sedih sebenarnya. Banyak memori tercipta ‎kat sini. ‎

Poo: “Terkejut beruk aku pasal tiap-tiap hari kena pakai tudung besar yang bidang 60◦ ‎tu. Ape idaknya, xpenah-penah aku pakai benda alah tu, kau tahu?”‎
‎ “Dulu aku sekolah kat SMKA Tahap setengah tahun, after tu belajar kat SMA Al-Ihsan, ‎Kuantan until Form 5.
Sebab Atuk aku lebih suka kalau aku gi sekolah menengah agama. Rindu kat Atuk. Moga arwah tenang di alam sana. Ya Allah, peliharalah Atuk ku n orang2 yang dah menyusul ke sana..Amin..

After that, Along prefer aku amik Form Six. Sebenarnya aku malas ‎jugak, pastu Along cakap, “kalau gitu siap-siapla untuk kawin dan lampin ye?” Huh? ‎Gila! Mane la aku reti bab tu even umur aku ni kalau orang zaman dulu-dulu dah ‎beranak sorang dua dah. Bila masuk MPI ni, aku dah terbiasa dengan suasana camtu. ‎

‎“Ala Long. Na tunggu Along dulu,pastu baru giliran Na pulak,deal?
Hehe.‎

Memang la kat Sekolah Al-Ihsan tu ada je geng-geng aku yang pakai tudung besar ‎dan tudung labuh tu. Tapi, aku ni, camna la nak adapt,pada mulanya huh? ‎


Itu sedikit kisah beberapa tahun dulu.

Sekarang , aku yakin, persekitaran banyak ‎membentuk diri. Ibaratnya bersahabat dengan si ulat buku, maka secara malu-malu ‎kita pun cuba gak nak buat-buat rajin(padahal segan sebenarnya dengan si ulat buku ‎tu). Logik ke apa aku cakap ni. Xpe, Korang layan je lah. He he. ‎

Izati yang baru nak join da club yang tadi curi-curi intai dari tadi (aku dah agak) kini ‎baru muncul di pintu bilik Minnie..‎

‎“Rancak nampak. Ape la yang korang duk sembang nih?” bincang hal Negara ke?‎

‎Nengok koleksi buku-buku yang ada kat dorm mereka tu, membuatkan aku ‎mentafsirkan Nini menurutku adalah seorang yang gemar membaca. Ha’ah. Tapi, aku ni liat sikit kalau bagi novel yang bercintan cintun habis-habisan tu. Novel Jemari Seni aku suka la.

Hey ya guys!. Nak menyibuk gak.‎


Teguran berbalas sapaan dan senyuman.‎

Hai. Assalamualaikum. ‎

Waalaikumussalam.
Dia datang dengan lenggang-lenggang kangkungnye.. ‎

Alamak, gadis melayu terakhir dah mai dah.

Ketawa berterabur dI situ. Indah. Nikmat persahabatan. Alhamdulillah.‎

Minnie: Ei tapi Poo, masa kecik dulu cecita ko bukan nak jadi pramugari ke? ‎

Poo : Mane ko tau ni. bocor rahsia aku nampaknya ni..(control2, jangan bagi dia ‎perasan muka aku berwajah camne sekarang)..‎

Zati : Err, Poo...biar betui ko ni? Stewardess? ‎


Entah, sape entah yang memberi inspirasi kat aku tuk jadi pramugari entah. Ishh ishh ‎ishh.. Mungkin, aku nak terbang tinggi kot. Aku lupa dah nape nak jadi pramugari ‎masa kecil-kecik dulu. Shhyuuuuuu.... ala-enjin kapal nak naik ke awan tuh, aci x), ‎Yang aku bersyukur sangat. alhamdulillah, mak abah aku pandai membentuk aku ‎dalam menggapai cita-cita aku yang sekarang ni (menjadi guru). Dulu, even Darjah 6 ‎pun aku still blur, i wanna be .... what? Cuma , masa Form Four dulu, aku ingat aku ada ‎letak 3 name of amal tau. ‎

Gulp..memori lama berputar.. Ustazah Wan Saadah dulu ada mintak kat kami sekelas. ‎Kami diminta menulis cita-cita kami bila dewasa nanti. Ingat lagi, best giler belajar dengan Ustazah yang kecik molek ni.. Belajar madah Hadis 40 ‎Karangan Imam Nawawi dan Madah Balaghah. Bila sebut pasal cita-cita ni, aku ‎teringat pada si dia la. Si dia yang telah pun menjadi antara 3 cita-cita yang dah aku ‎listkan.. Apa list cita-cita aku tu? Rahsia. ‎

Si dia, ala yang manis-manis , ala-ala.. macam sape eh. xde kot sape yang serupa ‎dengan dia. Yang paling syok, masa solat terawih dulu, dia jadi imam. Ya Allah, ‎sedapnye dia ngaji! Sekarang dia katne la? Dia xtau aku le secreto admiroro dia.. ‎Erm,taste aku nampaknye yang berkulit manis-sawo matang sikit kot.

Nisa masih khusyuk dengan bacaan ilmiahnya.

Eh jap, ko tanya apa tadi eh, Zati?‎
Ujar Poo..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terjemahan Perkataan Arab:

# amal : ambition
# madah : subject@ mata pelajaran

WALLAHUA’ALAM

~Al-Fatihah untuk arwah To'ki yang dah 3 tahun meninggalkan dunia ni.~
~Mohon dijauhkan dari 'ujub dan riyak dalam amalan.~