Tuesday, July 21, 2009

Catatan Minggu 3 Praktikum (Praktikal)

Tidak aku mahu bangga pada apa yang telah ku peroleh dan ku sandang kerana siapa Nya di sisiku lebih utama… dan segala yg ada padaku, adalah milikNya dan akan kembali jua padaNya satu hari nanti. Maka, perlukah ku bermegah-megah dengan apa yang diberikanNya padaku?

Pujian tidak sesekali menjadikan aku sesiapa. Cumanya, harap pujian kian menyelongkarkan potensi diri. Dan kutukan acapkali membuatkan aku lemah dalam hidup ini. Alhamdulillah ditemani roommate and jiran2 yang sering membongkar semangat. Teruskan hidup.

Jika ada pembaca yang sedang membaca coretan ini, maafla, isi bercampuraduk ,tidak kemas dan tidak berfokus; banyak cabang-cabang yg ingin dicerita di sini.

Di sekolah ni,melihat budak pra sekolah yang comel membuatkan aku tersenyum suka. Betapa Allah kurniakan kecomelan kepada kanak2 bukan? Subhanallah.

Alhamdulillah semalam after masuk kelas aku, rasa pelik gak.. Budak2 xbising sangat seperti minggu2 lepas. Bila dah mula malas nak buat kerja2 praktikal, alhamdulillah Allah menolong aku dari aspek anak murid. Semangat yang naik turun tu, biasa la kan.

Moga dpt sambung lagik. i.allah
WALLAHUA'LAM.