Monday, March 23, 2009

Talentime? Filem Yasmin Ahmad lagi kat Malaysia ni?

Aku tak suka dengan mesej yang dibawa oleh Yasmin Ahmad seperti yg dapat kite tengok dalam filem2 dia sebelum ni.

Kalau fikir, kenapa Muallaf xditayangkan kat Malaysia? Kenapa? Tak diluluskan oleh LPF(Lembaga Penapisan Filem) dengar-dengarnya. Tadi dengar. Dengar tu pun dapat melalui pembacaan. Baca-bacanya, macam tu lah seperti yang aku sebut tadi; ''AKU TAK SUKA DENGAN MESEJ YANG DIA BAWA". Kenapa aku tak suka? Jawapannya ada kat bawah ni.

Persamaan dalam semua agama adalah mesej dia dalam filem Muallaf. Dalam Gubra pun macam tu jugak. Islam adalah agama yang tertinggi dari semua agama-agama yang ada. Tidak ada yang lebih tinggi melainkan Islam.

Talentime. Aku tengok previu filem tu kat tv3. Geram. Marah. Apa motif si lelaki tak memakai baju? Kenapa sekarang banyak filem-filem yang tak senonoh kat Malaysia ni?

Remp-it juga salah satu filem yang menunjukkan pergaulan yang sangat bebas antara lelaki dan perempuan. Islam tidak pula menegah seratus peratus pergaulan antara lelaki dan perempuan ini, akan tetapi bergantung kepada keperluan pergaulan tersebut dengan batas-batas yang perlu dijaga.

Remp-it mengandungi aksi yang tidak patut dijadikan adegan dalam filem Melayu kita ni. Kalau tengok pada tajuk filem biasanya tak la menggambarkan sangat tentang tajuk tu, selalunya lah, benda-benda lain yang jadi fokus utama pengarah filem. Maybe, yang membeli cd Remp-it tu bertujuan nak nengok orang duk merempit,tapi, tak fasal-fasal terlihat benda lain yang tak senonoh. Mungkin berniat sekadar untuk tengok2 je, tapi rupanya ada yang lucah dalam filem tu. Tak ke bahaya jika yang tengok tu adik-adik kita sendiri?. Aku dan adik lelaki aku yang bongsu tu antara orang yang tengok. Sebab tu boleh komen kat sini. Bukan dengar orang cakap, tapi sebab dah tengok Remp-it tu sendiri.

Cuba fikir sekejap. Adakah bermesej filem-filem yang ada kat malaysia ni? Adakah nak mengaut untung sahaja. Apakah dasar-dasar yang ditetapkan oleh negara kita ni dalam permohonan untuk terbitkan filem ni? Adakah dasar-dasar atau syarat-syarat ni sangat longgar hingga melanggar Islam itu sendiri. Syarat-syarat ini di bawah kuasa siapa dan kawalan siapa? Begitu juga dengan filem-filem dan cerita-cerita hantu. Apa motifnya? Untuk insan macam aku, akan bertambah penakutlah jadinya dengan menonton filem-filem mistik ni.

wALLAHUA'ALAM