Monday, March 23, 2009

Lebih panjang, lebih lentik???


Lebih panjang, lebih lentik

Apakah kelebihan maskara getaran berbanding maskara konvensional?





MASKARA Turbolash Estee Lauder berupaya melakukan 125 pusingan sesaat.


SEBAGAI Naib Presiden Pakej Inovasi Korporat Estee Lauder Companies Inc, George Kress sentiasa mencari idea baru untuk menggabungkan tenaga mikroelektrik dengan produk kecantikan.

Pencukur getaran yang dilihat pada suatu petang ketika di rumahnya mencetuskan satu ilham kepada Kress. Kress mula memikirkan alangkah menariknya jika konsep getaran elektronik dapat diguna pakai pada maskara.

Kebetulan pada masa yang sama, Ketua Kumpulan Penyelidikan dan Pembangunan syarikat yang sama, Paul Marotta sedang memfokus untuk membangunkan maskara berteknologi tinggi. Marotta juga mahukan konsep mesin yang statik iaitu bagaimana ia berada pada kedudukan yang menegak di bahagian hujung apabila kita meletakkan tangan di bawahnya. Beliau juga memikirkan sama ada konsep yang sama boleh diguna pakai pada bulu mata.

Apabila mendengar Kress mahu mencipta prototaip maskara bergetar, Marotta mengambil peluang tersebut untuk saling bekerjasama membangunkan satu maskara berteknologi tinggi.


MASKARA Oscillation dijual di kaunter Lancome pada harga RM120 sebatang bermula April ini.



BULU mata lebih lebat, panjang dan lentik dengan maskara getaran Turbolash Estee Lauder.


Dengan kerjasama sekumpulan 45 saintis, penyelidikan dan hampir 100 pakar produk pembangun, jurutera serta pengeluar, maka terhasillah maskara Turbolash.

Maskara yang menggunakan tenaga bateri untuk melancarkan proses penggunaannya itu terhasil selepas empat tahun penyelidikan. Hanya dengan sekali pusingan penutupnya, berus Turbolash LashSonic yang bergetar dengan denyutan mikro berayun sebanyak 125 pusingan dalam setiap satu saat.

Maskara berteknologi tinggi itu bukan saja membolehkan berus bergerak laju pada helaian bulu mata, malah ia juga tidak menyebabkan maskara bergumpal sekali gus membentuk bulu mata paling sempurna.

Untuk menghentikan getaran tersebut, masukkan berus itu ke dalam tiub dan pusingkan penutupnya.

Direka khas untuk berfungsi seiring dengan berus denyutan mikro, maskara itu mengeluarkan formula gel dengan ciri-ciri Total All Effects Finish yang akan menjadikan bulu mata dengan ketebalan yang ekstrem, jelas, panjang dan lentik.

Diuji oleh pakar oftalmologi, bebas haruman dan selamat untuk mata yang sensitif, serta pengguna kanta sesentuh, Turbolash All Effects Motion Mascara itu dijual di kaunter Estee Lauder sejak Februari lalu.

Ia dijual pada harga RM115 setiap botol.

Pencapaian tertinggi maskara itu dengan formula inovatif direka dengan kesan denyutan mikro yang membolehkan berus yang melalui dalam setiap helaian bulu mata lebih cepat dan efektif.

"Anda tidak memerlukan teknik lain kerana ia sudah cukup sempurna. Berus itu bergerak sendiri untuk memisahkan setiap bulu mata untuk menghasilkan bulu mata yang lebat dan lentik yang tidak dapat dilakukan oleh tangan," kata Timbalan Presiden Pembangunan dan Inovasi Produk Global, Anne Carullo.

Ironinya, golongan wanita gemar membeli jenis maskara untuk mendapatkan bulu mata yang dikehendaki.

Namun, pakar kecantikan dan jurusolek menasihati supaya individu mengenal pasti jenis bulu mata terlebih dahulu sebelum membeli maskara yang diingini.

Sementara itu, Jurusolek Lancome Colour Design Artists (LCDA) Pavilion Kuala Lumpur, Mohd. Ismienuddin Osman, 31, menjelaskan, meskipun penggunaan maskara sudah lama dipraktikkan dalam dunia solekan, tetapi masih ramai wanita yang ragu-ragu memakainya.

Teknik silang yang digunakan sebelum ini sukar dilakukan dan ia boleh mencomotkan wajah.

"Maskara sebenarnya menyerlahkan jendela mata. Sekiranya anda hanya memakai maskara di bulu mata kanan, hasilnya kelopak mata kanan kelihatan lebih galak berbanding mata kiri yang kelihatan pucat dan tidak bermaya," ujar Ismienuddin.

Semuanya dapat diatasi dengan menggunakan maskara terbaru, Oscillation, Lancome Paris.

Kemunculan maskara Oscillation diperhebatkan dengan kuasa mikro getar berteknologi tinggi.

Konsep yang diterapkan juga berbeza berbanding maskara konvensional.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ismie menjelaskan, hanya dengan menekan suis kecil yang terdapat di bahagian pemegang maskara, secara automatik Oscillation 'bergerak' melapisi setiap helaian bulu mata sehingga 360 darjah.

Setiap minit ayunan ia mampu menghasilkan 7,000 getaran bagi mendapatkan aplikasi yang sempurna tanpa memerlukan si pemakai melakukan teknik bersilang.

Cecair maskara Oscillation yang pekat dan hitam turut membantu melebat dan memanjangkan bulu mata.

Jika sebelum ini bulu mata anda sepanjang lima milimeter, tetapi dengan teknologi maskara Oscillation, lentikan bulu mata mampu mencecah antara tujuh hingga sembilan milimeter.

"Maskara yang direka oleh pereka maskara Lancome, Jean-Louis Gueret, begitu unik. Menyedari wanita kini sentiasa sibuk dan mengejar masa maka Lancome menghasilkan maskara Oscillation yang memudah dan mencepatkan solekan tersebut," ujar Pengurus Penjenamaan Lancome, Kelly Tan ketika ditemui Stailo di kaunter Lancome, Pavilion Kuala Lumpur.

Berus maskara Oscillation juga tidak menyakitkan dan menggelikan mata kerana ia diperbuat daripada plastik yang lembut. Ia selamat digunakan walaupun maskara perlu diaplikasikan bermula di bahagian akar bulu mata.

"Bateri Oscillation mampu bertahan selama enam bulan bersamaan 180 kali penggunaannya," jelas Kelly.


************************************************************************************

Adakah bulu mata yang Allah dah beri kat kita, xcukup cantik?

Adakah sanggup kita mencukur bulu mata kita hanya untuk kelihatan cantik. Allah beri kepada kita percuma aja( loghat indon pulak,hehe), tega kita rosakkan pemberian DIA?

Allah cipta kita cukup molek, cukup cantik. Tiada yang tidak cukup dan yang tidak sempurna anggota tubuh badan kita. Bukan sempurna pada satu-satu bahagian je. Malah keseluruhnya. Alhamdulillah..Terima kasih Allah. Semua adalah nikmat untuk kita. Luka sikit pada hujung jari pun dah sakit. Pernah luka sikit je pada tangan tapi dah tak boleh nak menulis, dengan betul ,nak pegang pen pun dah sakit. NikmatNya kepada kita tidak terhitung. Ya ALLAH, tidak cukup syukurku padaMu untuk membalas nikmat yang KAU beri padaku.

Na'zubillah. Tidak ingin tuju kepada mana-mana pihak. Cuma nak muhasabah. Diri ini pun slalu buat silap dan xlari dari buat silap.

wALLAHUA'ALAM