Tuesday, March 3, 2009

Egonya aku dengan Tuhanku Yang Maha Mengetahui Apa Yang Terbaik Untukku..!!


Bersabarlah atas dugaan yang menimpa

Mengapa perlunya sabar:

-Setiap kesusahan, ujian dan lain-lain ada hikmah
-makin mendekatkan diri kepada Allah S.W.T
-dipandang mulia

-jiwanya tenang

Kesan jika tidak sabar :

-kita akan mudah terpedaya dengan hasutan syaitan
-umat Islam akan mundur kerana cepat berasa kecewa
-individu muslim akan mudah patah hati kerana berasa payah dan susah untuk bersabar akibat dari kurangnya penghayatan sebenar terhadap Islam

cara untuk bersabar / menanamkan rasa sabar :


-
sedar semuanya dari Allah S.W.T
-rajin beribadat
-kerap berzikir

*************************************************************************************

Sanah Helwah buat aku..Alhamdulillah usia dipanjangkan lagi. Doakan kebaikan sentiasa mengikutiku. Moga tidak ego dalam menerima ujian dan cubaan dari Allah. Kurangkan bersedih. Jangan mempersalahkan Allah. Mungkin aku diuji, kerana Allah S.W.T ingin aku kembali padaNya dan mungkin sebab aku selalu lupakan Dia. Pelbagai kemungkinan mengikut telahanku.

Apa-apa pun, sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah tetap akan mengenai diriku, sekalipun seisi dunia menegah perkara itu berlaku. Dan jika seisi dunia mahu sesuatu perkara itu berlaku ke atasku sedangkan Allah tidak mengkehendaki perkara itu, maka tetap tidak akan jadi juga perkara itu terhadapku. Allah tahu apa yang terbaik untukku, sekalipun diriku tidak suka akan perkara itu. Apa yang Allah nak beri, maka itu lah yang terbaik. Ya Allah, kurniakanku yang terbaik.

Kepada adik-adikku, moga mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang bakal keluar in sya Allah.

in sya Allah , 8 bulan lagi sisa ku di MPI ni..moga sempat menabur bakti walaupun sedikit..

TAKBIR!!

wALLAHUA'LAM