Saturday, March 14, 2009

Kem Pemantapan Solat dan Fardhu 'Ain pada 13- 14 Mac di SMK Putrajaya 11(1)

Banyak memori yang dirasai sepanjang Kem Pemantapan Solat dan Fardhu Ain lebih kurang sehari di SMK Putrajaya 11(1). 10 orang fasilitator ( 5 ikhwan dan 5 akhowat ) dari IPIS bersama-sama dengan adik-adik dalam lingkungan umur mereka 13-17 tahun.

Mulanya , aku ingatkan kem ibadah ni untuk budak sekolah rendah, tapi bila dapat tau dari Kak Zah peserta kem ni adalah budak sekolah menengah, panik gak rasa. Tak pernah lagi join kem ngan budak sek menengah ni. Bertahun-tahun yang lepas penah gak join kem, tapi ngn budak2 sekolah rendah. alhamdulillah atas dorongan kak zah selaku sahabat tersayang dan jugak jiran tersayang, (hehe) teruskan gak walaupun takut jiwa dan kelu lidah rasa. Tapi, cuba lah. Alhamdulillah, beri pengalaman sangat berharga.

Pentingnya solat untuk diajar kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Jangan bila sudah baligh, masih tak tau cara untuk solat. Masih tidak tahu bagaimana untuk duduk antara dua sujud yang betul, masih tidak tahu bagaimana untuk duduk tahiyyat akhir. Yang mereka tak tahu ni adalah termasuk dalam Rukun qauli dan rukun fi'li. Semua ni rukun solat.

Dapat dilihat ini berlaku kepada anak-anak apabila isu solat ni tidak mendapat tekanan dan perhatian dari ibubapa. Tidak juga dapat disalahkan kepada ibu bapa akan kegagalan anak dalam hal solat ini, kerana;

a) kadang-kadang, dah berbuih mulut mak abah duk pesan agar solat, namun anak tu sendiri yang degil dan tidak patuh pada perintah mak ayah tu.

b) Kadang-kadang, anak yang tak pandai solat tu adalah dari keluarga yang langsung tak solat.

Ya Allah, jadikanlah aku dan keluargaku adalah orang yang menunaikan solat. Solat yang sempurna adalah perisai dan benteng kepada individu yang taat menunaikannya.

Tidak banyak dapat ditulis di sini. Penulisan yang baik dan mengandungi isi untuk dipersembahkan memerlukan masa. Tak tau bila dapat sambung artikel ni.

Ya ALLAH berikanku masa untukku memberi apa yang aku ada kepada orang lain, pengalaman dan kesedaran yang aku ada sekalipun sedikit ni, kerna ku tau; apa yang aku dapat, apa yang aku tau, juga adalah hak orang lain, bukan untuk aku saja.

WALLAHUA'ALAM..

Dah nak abis Mac ni, sekejap je masa..