Monday, February 16, 2009

Kursus Pengurusan Jenazah : 14 Februari 2009 dan cerita-cerita lain..


Di usia yang bakal menginjak ke alam yang lebih dewasa ini (hehe, umur je yg dah dewasa, tapi fikiran cam remaja lagik) alhamdulillah kami sekelas dapat jugak adakan Kursus Pengurusan Jenazah pada 14 Februari yang lalu.. Awal cadangan untuk anjurkan kursus ni berikutan terdetik juga dalam hati kami risau-risau kerana tahun depan kami sebatch ni akan turun dan berada di medan sebenar; medan masyarakat, maka bekalan-bekalan seperti ini patut terisi dalam dada kami.. Takkan mahu menggeleng kepala dan mengatakan tidak, bila kita guru-guru dan ustaz-ustazah diminta untuk turut sama menguruskan jenazah satu hari nanti? Alhamdulillah kerana menjadi insan yang terpilih untuk bersama-sama sahabat sebatch kelmarin selama satu hari suntuk..

Syukran Jazilan pada ustaz ustazah dan penceramah yang kami hormati dan sayangi, Ustaz Faridon (JAPIM) selaku penasihat program kami, Ustaz Fauzi Abdul Majid (JAPIM), Cik Mokhtar Adnan (KJ Kajian Sosial), Ustazah Robiah(JPQ), Ustaz Abu Hisham al-Besuty.Terima kasih juga pada KJ kami yang sudi hadir , Dr Ismail Abas. Dan Dr Husin(wakil Pengarah IPIS) juga hadir..

*************************************************************************************

Jenazah dan juga kematian adalah dua hal yang seiring. Bila disebut kematian , maka pastilah ada mayatnye kan. Masa belek-belek perkembangan terbaru di Palestin tadi , banyak la gambar yang aku nak share kat sini.










Sedihnya apabila ibubapa kehilangan anak-anak tersayang, begitu juga dengan anak-anak yang kehilangan mak ayah mereka.. Itu fitrah manusia; tak ingin kehilangan dan ingin terus memiliki , namun itu hanya pinjaman dari Allah semata, Allah jualah pemilik yang mutlaq.. dariNya kita datang maka kepadaNya juga lah kita kembali.

Bila cakap tentang mati ni rasa nak kongsi cerita. (Salam rindu buat arwah kucingku yang pergi menemuiNya pada 19 Januari lalu, moga bertemu di syurga nanti dari kami sekeluarga), in sya ALLAH. Nak cerita tentang kucing pulak. Dah ada banyak generasi kucing yang datang dan pergi (pergi bukan jauh pun, gi sebelah rumah je) kat rumah kami. 3 generasi dah kot. Kucing yang mati tu nama dia katsir=banyak. Kadang2 aku panggil Comel, kadang2 Putih dan kadang2 Kucing. Aku panggil Comel la dlm entri ni. Adikku yang bongsu amat sayang pada Comel ni, ada ahli kluarga aku pernah usik dia, cakap nak gi buang la kucing tu, sebab kadang-kadang 'membuang' di rumah, kadang2 kat tepi ruang tamu , kadang2 kat tepi tv, dia nangis. Padahal kami gurau je ngan die..

Cuti akhir tahun lepas, merupakan cuti yang terakhir Comel bersama kami sekeluarga.. Adik aku yang kedua tu, memang suka usik kucing tu, kalau die tengah tido tu, mesti die nak kejutkan kucing tu.. dan bila malam, bawak tido sekali sebelah die.. Comel ni kalau tido tu, sebiji macam manusia. Siap berposing lagi.. Tempat yang jadi port dia, kerusi abah aku, atas katil aku, tepi kaki kami. Kadang2 puas duk cari dia, rupa2nya tengah tido kat atas kerusi kecik atas rak pinggan mangkuk kat dapur.. Sekarang, baru aku terfikir, dalam masa sebulan sebelum Comel 'pergi', ade sekali tu, dia macam tak sihat.. Kami sekeluarga ingatkan dia bunting.. Tapi, tak taulah kalau2 dia tak sihat tu, petanda dia akan 'pergi.' WALLAHUA'ALAM. Comel ni ada peminat tau. Kucing jantan, entah apa nama dia. Tuan kucing jantan tu, rumah atas bukit, kira jauh gak dari rumah kami.

Pagi 19 Januari, adik aku yang bongsu nampak Comel kat tepi jalan masa abah nak gi hantar die gi sekolah.. Sah, Comel 'pergi'. Badan dia panas lagi masa tu. Maybe dilanggar kereta. Ada darah sikit kat mulut dia atau hidung dia. Masa tu, aku xberada di tempat kejadian. Emak kebumikan die kat belakang rumah. Ini kucing kedua aku yang mati. Mati dengan cara yang sama. Accident. Kucing pertama, masa aku sekolah rendah, kucing betina juga rasanya, warna oren. Orang yang tidak pernah kematian kucing, mungkin tidak dapat rasa kesedihan kami sekeluarga.

Berkisar pengalaman peribadi dan ingin berkongsi cerita, maka apa-apa reaksi dari pembaca, aku tidak kisah. Itu semua hak individu.

Masa cuti raya cina baru ni aku balik rumah. Rasa berbeza sekali. Tiada lagi Comel yang sokmo duk ganggu kami waktu tengah makan.Tiada lagi kucing yang tido di atas kerusi abah, tiada lagi kucing yang tido di sebelah kami. Tiada lagi. Sepetang pada Maghrib tu, aku dan adikku yang kedua terdiam di meja makan, bukan terdiam kerana tidak ada isu untuk diborakkan, tetapi kerana esakan kami yang semakin kuat. (Kini, tiada lagi Comel yang duk ganggu waktu tengah makan).Rindunye..



Sefikir-fikir aku, begitulah. Kepada pembaca yang sudi berkunjung, yang 'pergi 'tak pernah akan kembali. Sementara masih hidup , sayangilah. Kalau merindukan yang sudah pergi, apa yang dapat dibuat lagi untuk melepaskan rindu, tiada apa-apa lagi. Mungkin, potret yang ada dapat diselak-selak lagi, pasti kenangan bersamanya mengimbau rasa dan mekar mewangi. Aku bercerita panjang mungkin juga untuk melepas rasa, melepas rindu pada kucing.. Ini baru kucing yang 'pergi' , bukan manusia. Aku rasa kesedihan lebih tersekat-sekat di dada para keluarga di Palestin sana lebih dari kami sekeluarga yang kehilangan seekor kucing, dan bukan manusia! Ya ALLAH, bantulah saudara mara kami di segenap tempat yang dideritai oleh kekejaman yahudi laknatullah..

Tidak mahu aku menjadi
insan yang hanya mampu tunduk dan membisu??..

*************************************************************************************

Terfikir aku pada kehidupan berumahtangga, adakah 100 peratus pergantungan harapan akan ku sandarbahukan kepada suami yang mengepalai rumahtangga? Dari aspek sapa nak jaga rumah, sapa duk nak beri makan, sapa duk nak teman sapa,(especially kalau duk rumah sorang-sorang tu(mulalah nak fikir macam-macam,adooi, lemah semangat jugak aku ni). Perempuan, arrgghh, jiwa yang penuh emosi.. Cuma, terlintas pulak cite yg biasa kite dengar dalam dialog kat bawah..

Emak: Man, bile kau nak kawin?
Man : Entahla mak..
Emak: Kalau kau kawin, kan ada orang yang dapat jaga makan minum kau nanti,Man..
Aku: Huh? Emak Man cakap, 'kawinla Man, akan ada orang jaga kau nanti?

Ini dialog yang biasa. Namun aku rasa yang biasa-biasa ni la yang tak betui.. Yang menjaga kita hanyalah ALLAH yg Maha Pemurah Lagi Maha Penemani, bukan suami kita atau isteri kita.. Yang duk beri kita rezeki tu, bukan suami atau isteri kita, tapi ALLAH..kadang2 bila syok bercakap tu, perkataan kita tu dah buat kita terpesong akidah ni. Ya ALLAH..

Mungkin buat sahabat2 yang dah kawin tu, lepas ni, boleh try duk berjauh-jauhan, kita tengok sekuat mana pergantungan kita dengan ALLAH.. Aku yg duk pesan ni, lagi la..kena belajar bergantung dengan ALLAH.. One question. pernah anda ditinggalkan sorang-sorang tanpa teman di sisi? Itu lah tarbiyah dari ALLAH, DIA mahu kita belajar bergantung denganNya, bukan dengan teman-teman yang berada di samping kita..

Perhatian. Semua entri yang ditulis oleh penulis adalah pandangan peribadi yang tidak semestinya salah dan tidak semestinya betul. Jika pening dengan idea-idea penulis yang bersimpang siur, itu kelemahan penulis dan jika terdapat kesalahan , sila emelkan ke eemanisyq@yahoo.com.

Medan blogging ni salah satu usahaku, mudah2 an diterima ALLAH, kerana untuk berhujah di khalayak ramai , aku belum lagi..

*************************************************************************************

WALLAHUA'ALAM..

p/s : Tahniah buat sahabat2 yang bakal insyaallah mendirikan rumahtangga. mga dipenuhi barakah, sakinah, mawaddah dan rahmat pada kalian dan juga pasangan.. Barokallahulakuma wa jama'a bainakuma fil khoir.. Buat yang belum lagi mendirikan, insyaallah satu hari nanti..

Coret-coret : baru aku ngerti nape, orang duk blogging.. walau hanya di depan laptop duk menulis..blogging manyak faedahnya..cuba lah..Tiada orang yang bayar atas tulisan kite nih, tapi, insyaallah ALLAH akan bayar nanti.

senyum sokmo..