Saturday, February 21, 2009

Kartun The Simpsons menghina Islam!

Pernah tengok kartun ni? Si bapa berkepala bujur dengan dua, tiga helai rambut, si ibu pula berambut biru dan mereka, serta anak-anak mereka semuanya bermata buntang, bulat.

(Majalah Al-Islam :) Baru-baru ini , timbul kontroversi dalam salah satu episod The Simpson. Dalam episod tersebut, Homer( salah satu watak dalam the simpson) menuduh jirannya yang beragama Islam sebagai pengganas. Dia juga cuba meyakinkan kawan-kawannya , yang satu keluarga berbangsa Arab merancang meletupkan sebuah pusat membeli belah.

Bagaimana pun akhirnya sangkaan itu didapati tidak benar kerana bapa Amid, ketua keluarga jiran itu rupa-rupanya mempunyai pekerjaan berkaitan bahan letupan.

Apabila keluarga simpson menjemput keluarga Muslim itu makan malam, Homer menunjukkan kejahilannya mengenai agama Islam. ALLAH dikatanya 'Oliver' dan Al-Quran pula disebut 'The Corona'.

Pencipta watak-watak kartun itu, Matt Groening mempertahankan plot episod itu. Katanya kartun sememangnya bersifat stereotaip, bagaimanapun mereka cuba menjadi sensitif.

Sebelum ini, Pusat Kebudayaan Islam atau Masjid Pusat London memberi komen kepada media di United Kingdom, dan meminta umat Islam tidak menghiraukan rancangan kartun tersebut.

Sumber : Majalah Al-Islam Mac 2009

*************************************************************************************

Salah satu dari sumber internet( xpasti jugak kesahihan dia, mana tau ada pengunjung2 yang tau, sila bagitau).. Throughout the whole show, Homer indicates he has three religions. The first one where he becomes an astronaut, he says he is Christian. Then when he becomes a body guard for the mayor, he indicates he is Muslim when his instructor says he can't worship Muhammad and Homer replies, "Not even during Ramadan?" which is a holy day in Islam. And finally in "Bye, Bye Nerdy" he tells Apu he is Hindu. [The Simpsons are Christians. The Ramadan thing was just a throwaway joke. I don't know about the Hindu comment, but I bet it was a throwaway joke, too.]


*************************************************************************************

Islam dipijak-pijak, dan aku pula sebagai pencintanya di mana?

Tengokla dan fikirlah sendiri:

http://www.yikers.com/video_islam_version_of_the_simpsons.html

Soalan 1:

Apa motif dia tulis Simpsons kepada الشمشون (asy-syamsyun) dan ada beberapa perkataan Arab yang ditunjuk dalam tu dan juga ada disebut dalam Bahasa Arab melainkan bertujuan untuk mempersendakan Islam dan menyentuh sensitiviti Umat Islam?

WALLAHUA'ALAM