Thursday, February 19, 2009

''Hafalan Solat Delisa'' By Tere Liye


Kisah inspirasi selepas tsunami di Acheh. Sebuah kisah kehidupan yang diceritakan daripada pandangan seorang anak perempuan yang berumur 6 tahun.

Delisa anak perempuan bermata hijau, bening, dan umurnya baru mencecah lima tahun. Dia hidup dalam keluarga yang sentiasa membuatnya tersenyum ceria. Dalam suasana keluarganya yang sebegitu, dia cuba menghafal bacaan dalam solat dengan bantuan ibu dan kakaknya.

Namun Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik untuk hamba-Nya. Tsunami datang melumatkan senyuman pada wajah Delisa. Tsunami mengambil segala-galanya, keluarga juga kaki kecilnya. Yang tersisa, hanya dia dan ayahnya, dan dalam keadaan sebegitu, apakah Delisa mampu tersenyum seperti dahulu dan menyudahkan hafalannya?