Sunday, September 14, 2008

Satu...

satu kali RAMADHAN lagi..
satu kali SYAWAL lagi..
satu kali sambutan Maal Hijrah lagi..
satu kali Praktikum lagi..
satu kali..
lebih kurang satu tahun lagi..
akan ku tinggalkan Maktab ini..
apakah rasa-rasa perasaan aku tatkala tiba waktu itu nanti..yang pastinya bercampur baur..

Apa pun yang pergi akan silih berganti..PISMK-OUM akan meninggalkan maktab ini juga.. kesenioran adalah satu keistimewaan..

Harap-harapnya, kalian memilih individu yang benar-benar layak untuk memimpin kalian bila abang2 dan akak2 keluar nanti.. Pilihlah individu yang berani mempertahankan maruah Islam, berani bertemu HEP untuk mengadakan perbincangan dengan pihak mereka.. Jangan pula pilihan dan undian adik2 semua tu hanya sekadar kerana melihat kewibawaan yang ada pada seseorang , perlulah juga memilih kerana nilai-nilai Islam yang ada pada individu tersebut.. Utamakan calon yang lebih berakhlak..

Moga ke'izzahan Maktab Perguruan Islam suatu tika dulu akan terus 'izzah sampai bila-bila..

Yang mencorakkan ke'izzahannya sama ada islamik atau tidak; adalah pengamalan ahli-ahlinya, anggota-anggotanya..

Dalam dunia ni, satu saje Maktab Perguruan Islam, kat tempat lain tak dok..

Moga jubah terus menjadi pakaian bagi akhawat.. HEP fikirlah juga hak-hak kami, bukan hak kami untuk dapat elaun on time je tiap-tiap bulan (biasa orang duk rungut hal elaun je), tapi pandanglah juga kepada hak-hak kami sebagai umat Islam, hak kami akhowat untuk memakai jubah semasa menghadiri kuliah.. Ya ALLAH, tak munasabah langsung, nama Institut Perguruan Islam, tapi akhowatnya langsung diharamkan memakai jubah.. Soal pengharaman pemakaian jubah, bukan diboleh buat ' ala..i tak kisah pun' , ni soal sensitiviti sebagai umat Islam.. jangan pula kita menjadi umat Islam yang mencemarkan Islam itu sendiri..

Aku sendiri insan banyak buat silap, cuma untuk beri peringatan kepada sesiapa yang mahu mendapat peringatan..

ISLAM ITU INDAH...

p/s : lebih selesa guna 'maktab' dari institut', sebab masa msuk sini, masih guna 'maktab' lagik..

WALLAHUA'LAM..=)

No comments: