Monday, September 1, 2008

Ooo...patut la ustazah tutup aurat..

Jumaat lepas.. Setelah habis tugasku mengajar pada hari tersebut, aku ternampak seorang budak perempuan ( Budak Pra Sekolah) yang sangat comel kat meja luar pejabat sekolah.. Budak Pra sekolah memang habis awal dan balik awal dari persekolahan biasa.. lama jugak la aku cuba nak menyelidik budak comel ni, namun tak berjaya.. aku cuba tanya..
< siapa nama dik?>
# membisu.. #
aku tanya lagik,
< tunggu siapa kat sini>
# dia diam ajer#
geram jugak bila sapaan aku tak dijawab..
Tak lama lepas tu, datang seorang budak perempuan (budak Pra sekolah gak) kat meja tempat aku dan budak comel tu tadi.. aku apa lagi, try la sembang2,
< nama sape dik?>
# Siti #
wah, respons positif, ..
aku pun tanya..
<Siti, siapa nama kawan kamu nih?>
# nama dia Nurul..#
<kenapa dia tak jawab apa akak tanya tadi?( ada masa aku biasakan sebagai akak, ada masa aku guna ustazah, mana2 lah kan..)
# ooo..dia memang pendiam sikit, dalam kelas pun macam tu ..#

Siti petah bercakap, apa saja yang aku tanya, dia akan jawab dan tidak akan menipu..(budak2 kan tidak pandai menipu)..kita orang tua ni je, yg biasa menipu nih..
tiba-tiba dia tanya aku, # ustazah ngajar apa#
<ajar Agama Islam>
# patutlah ustazah tutup aurat... # (hai itu fikiran dia..budak2 kan.. ) Aku tersenyum sekejap . Perkataan 'tutup aurat' tu buat aku terdiam sekejap, hai tak tau gak nak jelaskan macam mana dengan Siti ni.. dia kecik lagi.. nak fahamkan dia, mestilah dengan ilmu, aku ni tak reti gak, banyak lagi yang lom belajar nih..
Kalaulah aku dapat jawab macam ni.. Allah amat sayang pada hamba-hambaNya, Dia nak melindungi kita daripada gangguan-gangguan orang yang berniat untuk mengganggu.. Jadi, Allah telah perintahkan kat semua orang perempuan agar menutup aurat, memakai tudung, Allah nak melindungi kita. Allah nak menjaga kita... Menutup aurat adalah syariat Allah yang mana pasti memberi banyak kebaikan @ maslahat kepada hamba-hambaNya yang taat melakukan perintahNya.. Siti masih kecik, bila besar sikit lagi, insyaALLAH akan ada ustaz@ ustazah yang cakap tentang tutup aurat tu lagi..
Harap aku dapat jelaskan lagi lepas ni kat Siti tentang aurat tu, agar Siti faham.. salah aku jugak kerana tak pandai nak terang..

Aku dah terangkan kat Siti bahawa semua perempuan Islam wajib menutup aurat, tapi, mujurlah dia tidak mempertikaikan kenapa ada guru perempuan Islam kat sekolah tu yang tidak memakai tudung? ... Dah lama my roommate and I, bincang2 tentang tu.. Apakah sebenarnya dasar pemakaian bagi seorang guru perempuan yang beragama Islam kat sekolah? Mungkin faktor kawasan bandar, mungkin juga faktor2 lain yg menyebabkan guru tersebut tidak memakai tudung, tapi siapa yang membuat dasar itu? Kalau dasar untuk menutup aurat tu telah ada, syukurlah, tapi kalau dah ada dasar tu, kenape dasar tu tak dipenuhi? Kita telah digariskan dengan pelbagai etika, pelbagai peraturan,pelbagai undang2, itu semua peraturan rekaan manusia yg penuh kekurangan; yang tu ( sama2 muhasabah) kita boleh ikut pulak, yang syariat ALLAH yg Maha Sempurna tu, tak nak ikut..
Adakah guru-guru perempuan Islam yang tidak menutup aurat itu akan menjadi contoh kepada anak-anak didikan mereka?? Bagaimana jika zuriatku nanti, arrgh , tidak mahu la, kalau zuriatku nanti belajar menuntut ilmu dengan orang yang sedemikian..
Aku tidak menuding jari kepada mana-mana guru yang tak menutup aurat tersebut, kerana aku insan juga punya banyak kelemahan dan sokmo (selalu) buat kesilapan..
Moga Allah menunjuk hati kita ke arah yang baik dan yang benar sahaja..

wALLAHU A'LAM =)

# Khas buat sahabat2 yang bersama-samaku selama ini, di SMA Al Ihsan>> hinggalah sekarang.. sahabat2 di IPDA >> Classmate , akhowat2 PISMK 6.01 Pengajian Agama/Bahasa Arab, Kalam Mujahidah >>> Sahabiyahku; Syakirah, Annur Syahmah, Syamimi, Emilia, Adik2 DQ, Adik MTNP, Ukhti Aisyah Aqlima >> Moga ukhwah kekal hingga ke syurga, insyaALLAH...


WALLAHU A'LAM =)

No comments: