Showing posts with label copy from other blog. Show all posts
Showing posts with label copy from other blog. Show all posts

Monday, April 6, 2009

Boikot Motorola kerana membekalkan fius bom kepada Israel !

Written by admin from on April 6th, 2009
http://palestinkini.info/?p=3762#more-3762

Isnin, 06/04/2009 - Motorola telah menjual satu unit kontroversial yang menghasilkan fius-fius bom dan peralatan lain untuk tentera Israel, menurut laporan sebuah akhbar kewangan Israel , Globes . Tidak penjelasan yang telah ditawarkan dalam laporan media tentang jualan oleh Motorola Israel — sebuah anak syarikat milik penuh Motorola — bagi unitnya yang dipanggil Government Electronics Department (GED) untuk syarikat Israel , Aeronautics Defense Systems Ltd

Jualan itu datang sehari selepas bantahan 30 Mac kempen boikot Isarel di Brooklyn anjuran The New York Campaign untuk Boycott Israel (NYCBI) memulau Motorola kerana sokongannya terhadap dasar aparteid Israel. Ryvka Bar Zohar daripada NYCBI berkata , “Kita akan lebih bersemangat sekiranya Motorola menyingkirkan sekurang-kurangnya pengeluaran fius-fius bom bom-bom yang Israel gunakan kepada penduduk Palestin dan rakyat Lebanon. Tetapi kita akan terus berkempen untuk memulau Motorola sehingga mereka menyingkirkan pengeluaran dan jualan bagi semua produk yang menyokong dasar aparteid Israel.”

sumber : http://electronicintifada.net/v2/
penterjemah : gunx

Wednesday, April 1, 2009

LAWAK BUKIT GANTANG

Copied from http://najwasuhaimi.blogspot.com
Wednesday, April 1, 2009

Sebentar tadi saya baru sahaja menonton berita TV 3 suku. Saya dan isteri ketawa terbahak-bahak menonton berita itu. Kalau nak bodek UMNO/BN pun, biarlah nampak cerdik sikit.

Lawak satu

TV3 suku kata: Kempen BN semakin rancak. Banyak cawangan baru UMNO ditubuhkan di Bukit Gantang.

Kah... kah... 50 tahun dah merdeka, rupanya kat Bukit Gantang banyak lagi cawangan UMNO tak tertubuh. Berita tadi beri gambaran seolah olah Pakatan Rakyat dah menguasai Bukit Gantang sejak merdeka 1957. Semua tempat adalah kubu Pakatan Rakyat. Padahal Pakatan Rakyat hanya menang di Bukit Gantang bermula Mac 2008. Sebelum ni Bukit Gantang adalah kubu BN.

lawak dua

TV3 suku kata: Masyarakat India semakin memberi sokongan pada BN. Mereka terpinggir sejak berbelas-belas tahun yang lalu tanpa bekalan air.

Pakatan Rakyat baru memerintah 11 bulan, sedangkan mereka dah dinafikan hak mendapat bekalan air berbelas-belas tahun... Apa punya berita ni. Siapa yang menafikan hak mereka dapat bekalan air berbelas-belas tahun yang lalu. Bukankah berbelas-belas tahun lalu BN adalah pemerintah di Perak.
Lawak tiga


TV3 suku kata: Calon BN Bukit Selambau membuat kenyataan, rakyat perlukan kerajaan yang kuat bela rakyat. Kemenangan beliau akan mewujudkan kerajaan yang kuat untuk membela rakyat.
Untuk makluman kalau Calon BN menang kat Bukit Selambau, mereka tetap tak dapat bentuk kerajaan. Calon BN lupa bahawa BN di Kedah adalah pembangkang. Itulah ... lama sangat jadi kerajaan ... lupa BN dah kalah di Kedah. Kalau rakyat nakkan kerajaan yang kuat PR mesti diberi kemenangan.