Showing posts with label Posting. Show all posts
Showing posts with label Posting. Show all posts

Tuesday, March 30, 2010

Adakah anak2 selamat untuk menonton TV yg digelar medan penyampai info terkini itu?

Astaghfirullah.

##Bookfair at PWTC on 26 March
Alhamdulillah..tercapai gak hajat nak gi akhirnya. Tapi kali ni; sensorang. Untuk 2 tahun sebelum ni aku gi bookfair ada teman; Kak Shazana. RM300 lebih jugak kali ni aku abiskan untuk beli buku2. First jugak dlm idup abiskan duit beratus2 untuk beli buku ni. Tak penah2 jadi kes camni. Ape2 pun perghhh..Hampir2 puas ati tul dapat borong2 buku. Diskaun memang dapat banyak. Tiba di Booth PTS, crew dia tell me, if u're student u can show your matric card and u'll get 30% diskaun. Aku pun mula tanya, "Sy dah habis study, boleh ke? Crew tu jawab "Boleh, xsalah pun, awk simpan lagi x matrik kad? Aku sambung.." Ada.." Kad Matrik OUM still ada dalam purse yg tebal gedabak(tebal bkn sbb bnyak duit, tapi bnyak kad.haha.Bil api pun ade dalam tu). Kad student MPI aku gantung kat bilik kat rumah.
## MPI.
Gi ziarah adik2 sana. Bermalam kat sana. Macam2 cerita baru. Juara Program Realiti TV 1 : Muhammad Wajih Zakwan Hanif, 12 adalah anak Puan Mastura (Lecturer Jabatan Bahasa Melayu). Bangga rasa anak lec sendiri yang menang. Patut la nampak Pn Mastura kat tv aritu.

Perkembangan terbaru tentang maktabku yg dulu. Nampaknye tiap2 Isnin student2 muslimat kena pakai kasut yang bertumit. Nampak makin ketat la peraturan sekarang. Kalau ada program yang xhadir elaun kena tolak. Yang dah sem 5 tengah musim praktikum. Macam2 pengalaman mereka share ngan aku. Ada kat bawah ni.

"Ok, semua. Sapa yang tau perkara2 sunat tu ape?" Ujar seorang junior aku yang sem 5 yg tengah praktikal tu. Salah seorang murid cuba 'test' ilmunye.."Maksiat, Ustazah!" Ada murid yg cuba mencelah. "Merokok, Ustazah!". Jawapan lain lagi yang diterima. "Minum arak, Ustazah!"

Banyak yang perlu dibuat. Tugas mendidik bukan guru sahaja yg terpikul. Ibu bapa lebih sepatutnya

Berhamburan ketawa kami malam Sabtu tu. Jawapan2 yg diberi oleh murid memang sangat lawak. Murid2..erm..memang banyak yg mereka lum tau. TETAPI. Dalam lawak2 tu, kerisauan juga timbul. Murid2 zaman sekarang SANGAT terdedah dengan perkara2 lain or in other words, mereka dapat ilmu tentang hal-hal lain lebih banyak dari ilmu agama.  Kalau ditanya tentang Akademi Fantasia yang tengah main kat Astro sekarang ni,sbagai contoh. Sape yg baru tersingkir minggu lepas? Lebih banyak yang tau dari yang tidak tau.

TV sebagai media menyampaikan maklumat. Cuma ada iklan-iklan yang tak sepatutnya ditunjuk kat situ. Antaranya Atika Beauty, MJ (Malam Jumaat). Iklan2 ini lucah untuk didengar oleh budak2 naif yang bergelar budak-budak. Iklan2 lucah itu untuk orang yang dah kawin tu lantak korang la nak dengar pun. Kesian pada budak2 kecil tu. Tidak dinafikan isu buang bayi, isu rogol, cabul itu peratusannya turut berpihak pada TV. (Kenapa pihak yang berkaitan tak menapis iklan2 untuk TV miliknya?)

Itu belum lagi dengan CD di pasaran. Ada penggiat bidang lakonan ni yang berniat untuk me'real'kan situasi yg berlaku zaman sekarang dengan cuba membuat movie mengenainya. Cuma yang parah, adegan itu benar2 dilakukan walaupun itu mereka gelar 'hanya lah sekadar lakonan'. Kesannya yang boleh menimbulkan berahi kepada penonton. Tidakkah itu bahaya? Contohnya : REMPIT. 

Saya marah. Marahkah saya dengan situasi yg sy cuba isu kan kali ni? Memang. Apa yang kita semua boleh buat? Cuba peranan kan diri sendiri.Potensi yang kita ada. In sya Allah.
Bantu kami Ya Allah untuk mendepani isu ini

WALLAHUA'LAM

Allah, jadi kan aku, kluargaku, kami ini hambaMu yang baik

Monday, March 22, 2010

Dialog

Dialog ni spontan. Sy tak pernah merancang cerita ni. Sungguh. Tetiba ayat2 kat atas ni meniti laju saja atas keyboard komputer sy petang ni. Ambil mana yang baik. Abaikan apa yg tidak baik.
**Write on 21 Mac 2010. Evening.

~~ ey girl, nape ko mudah nak kecewa dengan dunia ni?~~
lt;- aku susah dapat n lambat dapat ape yg aku nak, nape org lain senang je dapat? nape aku susah sangat nk dapat??
~~ abis ko ingat orang len yg semudah petik jari boleh dapat tu,senang2 ke dia boleh dapat?Who's know kalau2 dia sebenarnya lebih susah dari kau?
~~ Allah tahu waktu terbaik utk ko dapat apa yg ko nak sejak 3 TAHUN yg lepas.
lt;- Oh yeah. Mudahnye ko cakap.Bukan ko yang kena.Boleh la nasihat macam-macam.Try kau yg kena, kau taulah. Bermacam dugaan utk dapat apa yg aku nak hinggalah sekarang. Bila aku akan dapat?
~~ Ey girl, kau ni jenis gelojoh.
lt;- Ey minachi, watch your mouth! Telunjuk diangkat menuju ke hidung mancung si ~~
~~ Sabar la sikit. Yang susah dapat tu la yang bila kau dapat; kau betul2 hargainye.
~~ Kau rancang ini dan itu. Allah perancang terbaik untuk hidup ko. Ko rancang dan kau gak tak pernah tinggalkan usaha tapi still xdapat. Itu test from Allah khas untuk ko. Kau tak ingat cerita Saidina Ali Karamallahu Wajhah?
lt;- Aku ingat. But, i'm totally kecewa n tertekan. But, i'm not desperate sampai gila-gila nak apa yang aku nak tu. Saidina Ali. Sahabat Nabi yang dimuliakan wajahnya tu. Jika beliau tidak diuji, beliau rasa Allah tidak pedulikan dirinya lagi.
~~ Dah tu, amik iktibar la ey? Sambil menarik kedua-dua jari telunjuk dan ibu jari yang tadinya dirapatkan yang setentang dengan mulut membentuk huruf 'U' memberi isyarat. Smile. Smile.
~~ Kan cantik bila kau dah start senyum. Tu yang sebabkan mat selamba gila tu gila dengan kau dulu. Lesung pipit tarak pun, tapi ada tarikan tersendiri. Asli.
lt;-Please la. Jangan bukak cerita lame. Aku tak suka. Kalau bedtime stories aku suka la. Kau dodoikan aku masa aku nak tidur. Bertuah la suami kau nanti. Isteri dia ni romantik jugak. Gila punya garang tapi hati lembut betul.
lt;- Ey Miss Bully, sy bukan mangsa awak. Jari telunjuk digerak kanan dan kiri.Dan Asli asli jangan buat main. Bahaya. Silap-silap ada orang Peribumi dendam kat aku. Naya aku.
~~ Dah, dah dah... Kawin? Ngeri la. Aku belum ready la untuk jadi isteri. Takut kecewakan die ngan kata2 aku yang tajam dan 'sedikit' laser ni,haru biru hidup dia nanti. Sambil tangan menekan klac menukar ke gear satu. Mereka tiba di traffic light yang menuju ke UKM.
Sahabat yang berterus terang untuk kebaikan sahabatnya bukan mudah untuk dimiliki. Dia x nak berlapik kata dalam hal yang begini. Terus terang dalam bahasa lebih mudah. Jika bimbang ada yang terluka atau terasa ati sampai bila manusia akan jadi insan yang lebih baik dan akan semakin baik? Saudara mara duduk mengumpat kat belakang kerana keburukan saudaranya sedarah daging tu. Sampai bila ia akan selesai? Tidak puas hati, just say it.
lt;- Kita nak pergi mana ni?
~~ Kan kau nak ke rumah mak saudara kau di Nilai. Aku hantarkan kau ke komuter. Aku nak ke Perpustakaan UKM. Cari material sikit. Tak pasal-pasal karang tergagap-gagap masa presentation Sastera Bahasa Arab minggu depan.

lt;- Best apa. Kan Si Hanan Marzuki tu ada. Dia boleh tolong kau punya la. Aku dengar dia ada minat kat budak kelas kau. Kau tau sape?
~~Entah. Takde masa nak sibuk-sibuk gosip hal tu. Aku nak belajar la.
lt;- Aku rasa kau kenal sangat orang tu..
~~ Yeke. Budak pempuan kelas aku, of course la aku kenal. But, girl mana pulak yang dia sangkut tu?
lt;- Aku cerita nanti la.
~~ Ok. Gear difreekan di laman bawah stesen Komuter UKM. Memang punya gila sempit. Bila la nak tambah baik pulih ni?
lt:- Thanks for ur advice. i'm appreciate on it. Hati2 tau.
~~in sya Allah. 'Afwan. I'tan binafsik. Fi amanillah. Assalamualaikum.
lt;- Wa'alaikumussalam. Emm..
~~ What?
lt;- You're the person yang si Hanan budak Kacamata tu suka.
~~ Huh? Mujur kereta sudah dimasukkan gear satu.Perlahan-lahan kereta tu bergerak. Gear dua pula. Si ~~ lantas merenung lt;-.
lt;- Rilex ya. We'll meet then. Sanaltaqi fi waktil akhor in sya Allah. Jangan ada orang sembap mata tak boleh tidur malam ni sudah la.
~~ Menyempat lagi kau ni. Dah la. Pergi la. Lepas komuter aku tak tau. Dah la nak tunggu 1 komuter ke 1 komuter tu punya la lama. Assalamualaikum
lt;- Wa'alaikumussalam.
~~ Hanan? Nada tanpa suara. Cepat-cepat cermin tingkap dinaikkan.
Memang kelu. Sesunyi dalam kereta Myvi itu menyusuri simpang kiri menghala ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

P/s : Dialog antara ~~ and lt;- sy tak berniat untuk namakan. Dua orang sahabat baik. But, Hanan is special name. Nama sorang anak murid sy yg sgt suka mengusik sy untuk selesaikan misi komplot dengan kawan dia sorang lagi nama '?' . Dulu kerap Hanan dengan dialog sebegini ; Ustazah,mintak no telefon suami Ustazah boleh?sambil menyeringai gigi arnabnya. Ey Hanan, ustazah belom kawin lagi la.
WALLAHUA'LAM
** lt;- tu sebenarnya <-. But, html broken. Bila undo, yg kluarnya lt;-. So, kekal dengan lt;- la.

Tuesday, March 16, 2010

Selamat Berkonvo kawan2 semua

Jumpa kat PWTC lusa ya. in sya Allah
Tahniah kat semua

Tuesday, March 9, 2010

Inni Asyuuqu Ilaikum= Aku rindu pada kamu

 

Gambar Iftor last kite di Bilik Kuliah PISMK-OUM 8.01
Macam-macam Nostalgia Julai 2004 until Disember 2009

my new entry at http://pismkpis.blogspot.com

Artikel yang lahir dalam blog kelasku ni; adalah cerita yang nak dikisahkan apabila kita di alam sebenar nanti. Alam sebenar=alam pekerjaan. Di mana tak semua orang paham seperti yg kite paham. Dan kena cari kekuatan. Tak kira kekuatan tu datangnye dari mana.

Sahabat yang dikasihi lagi aku rindu:

Cuba kita nilai. Kita rasa kita kuat atau kalah dengan rentak yang orang lain mahu? Adakah kita telah mengorbankan prinsip diri kita sendiri. Sama2 muhasabah. Jangan malu dengan prinsip kita. Menutup aurat adalah style ku. Kerana itu yang Allah mahu kita buat. Taat pada DIA. Kena taat pada manusia juga, tapi jika sudah masuk atau baru nak-nak masuk dalam 'daerah' maksiat, maka ketaatan itu 'terbubar' sama sekali. Tiada ketaatan dalam hal maksiat. Jelas. Perintah ni sama saja kat semua; sama ada mak ayah, pemimpin negara, suami dan kat semua orang yang menjadi pemimpin.

Suami yang tiada maruah

Begitu juga bagi isteri-isteri, tidak sesekali patut taat pada suami jika suami menyuruh agar memperlihatkan rambutmu pada lelaki lain. Suami yang bangga bila orang kata "Ali, isteri kau cantik la, rambut ikal mayang betul".. Itu lelaki yang tiada maruah. Tidak rasa apa-apa bila orang lain melihat 'apa yg dia seorang saja boleh tengok'. Apa yang hak dia seorang.

Kes yang sama bagi anak-anak jika ibu ada memesan 'tak payahlah nak dakwah-dakwah sangat (pakai tudung labuh atau tudung besar). Sebagai anak yang soleh, kita ada adab yang perlu dijaga tatacaranya apabila berdepan dengan ibu kita sendiri. Berlemah lembut dengan si ibu tadi. Jawab perlahan-lahan. Apa-apa pegangan atau fikrah yang kita tidak sama dengannya; dia tetap ibu yang susah mengandung dan mengorbankan nyawa melahirkan kita.

Pemimpin yang mengejar maddiah dan kurang mengutamakan agama sebagai prioriti @ prinsip kepimpinannya

Tidak perlu taat jika dalam hal yang maksiat. Pemimpin yang baik akan menjaga segala aspek untuk manfaat rakyatnya. Tidak hanya mengejar dunia bahkan mencari akhiratnya juga seiring.

Dan tiba pula diri kita : nak gugurkan prinsip atau tegakkan prinsip

Aku percaya ramai kawan2 yang masih kuat berpegang dengan prinsip agama yang dipegang semasa di alam kampus dan membawanya sehingga ke hari ni. Tahniah. Moga sentiasa 'memekakkan' telinga pada suara-suara 'kejam' yang kurang senang dengan prinsip yang kalian pegang.

Aku juga. Jangan pandai cakap saja tapi xberani nak buat seperti yg kau cakap tu.

Tegakkan Islam dalam diri.

Menegakkan islam di dalam diri melalui pakaian, percakapan ternyata banyak dugaannya. Orang yang tak faham seperti yg kita faham akan banyak memandang pelik pada kita. Seolah-olah kita buat salah yang besar sangat! Kerana kita golongan minoriti.

Aku jenis kadang2 memikirkan ape yang orang akan kata kat aku. Jangan camtu. Kalau kita mencari redha manusia dengan cara yang Allah sesekali tidak redha; kita tak akan dapat apa2.

Saya mencari redha Allah. in sya Alah.

Kita mahu ikut 'mereka' atau mahukan redha Allah dengan taat pada perintahNya. Seperkara yang kita perlu tau; kita tak dapat puaskan semua hati manusia. Lagi pun apa guna jika kita memuaskan hati dan juga menutup 'mulut' mereka dengan mengikuti cara mereka.

Kita dengan cara kita.

Adakah kita mahu orang senang dengan kita dengan cara kita perlu ikut rentak mereka.

Kita dengan rentak kita.

Jangan gadaikan prinsip semata-mata mahukan redha manusia. Redha manusia kita akan dapat; tapi kat dunia je lah.

Tapi redha Allah kepada kita di dunia ni in sya Allah kekal sampai ke syurga. Syurga adalah destinasi kita.

Dan debu86, soalan utk kau; apa yg kau dah buat utk dapat syurga tu?

Perkara yang benar adalah perkara yang bila kita buat tu kita rasa tenang. Sekali-kali takde rasa bersalah masa tengah buat benda tu. Betul la. Benda yang baik bila kita buat kita rasa tenang. Sangat2 tenang.

Yang penting; prestasi kita.

Harap2 prinsip ditegakkan dan prestasi juga melonjak dengan kejayaan. Itqaan mean tekun. Ni yang Rasulullah pesan kepada kita umat yang Baginda sangat sayangi hingga akhir nyawa Baginda sayang itu masih ditumpahkan. Hingga destinasi kita; syurga. In sya Allah.

Cabaran dalam mentaati perintah Allah.

Debu86 menulis bukan untuk suka2, ini bukti kepada janji yang debu86 suruh 'tanam' pada diri. Mesti buat artikel. Menyampaikan adalah tugas kita yang mengaku beriman dengan Allah.

WALLAHUA'LAM

Terjemahan :
a. Maddiah : Kebendaan, materialistik
b. Itqaan : Tekun

Posted by : http://debu86.blogspot.com
Location : Bilik guru sekolah ku

****
Rindu2 kat MPI yang sudah kutinggal 3 bulan waktunya..

Monday, March 1, 2010

Allah, please help Maria there

Sekitar chatting online dgn seorang kawan yang berada di luar negara..

debu86: salam
debu86: how are u
BUZZ!!!
Amri Khan: W.SALAM
Amri Khan: I M FINE
Amri Khan: WHERE ARE YOU?
debu86: at school
debu86: i have a lot work to do
Amri Khan : I MISS U
debu86: thanks
Amri Khan: HUMAIRA U KNOWN ABOUT ISLAM
debu86: very well
debu86: in sya Allah
Amri Khan: MARIA IS AFRAID BECAUSE ONLY MUSLIM AND FAMILY IS NON.MUSLIM
debu86: dont understand
Amri Khan: MY FRIEND IS MUSLIM AGO 3 YEARS ACCEPTED ISLAM 
Amri Khan: BUT FAMILY IS NON.MUSLIM
debu86: is her family not like her?
Amri Khan: YES.THEY WARN MY FRIEND AND LEAVE HOME
Amri Khan: U UNDERSTAND?
debu86: yes, i got it
debu86: how can i do to help her?
debu86: tell me
Amri Khan: I .D SENT U THIS HER?
debu86: u can
debu86: she have yahoo messenger or email?
Amri Khan: YAHOO.ID?
debu86: but i rarely online.. tomorrow my school organize sport day for our pupils..
debu86: what does mean "I. D sent u this her"
debu86: ?
Amri Khan: YES
debu86: i want back home
debu86: my pupil learn al quran with me
debu86: we continue later
debu86: in sya Allah
Amri Khan: OK
Amri Khan: TAKE CARE
Amri Khan: WHERE FROM?
Amri Khan: HUMAIRA
debu86: from school.. want back to home

Chatting kami stop kat situ. Hari Rabu minggu lepas. Hari ni baru dapat online balik. Harap2 esok dapat online dgn Amri Khan.Hari ni dia tak online. (p/s : Amri Khan was not his real name). Itu dugaan untuk Maria because she memeluk Islam. In sya Allah Allah akan membantunya.

Have faith in Allah. Do something. Nothing cannot happen without action and brave. We must settled it down before too late. Allah will help us.

Reader semua; let's us pray for Maria. Thank you. May Allah guide her and help her. That's so really big problem. Masalah melibatkan keluarga. Flesh and blood. Allah, give Maria strength to face all this. Allah, please drive Maria and give her the best desicion to make. A decision ; as fast as possible to make. A decision yang tepat for now and future.

Anybody want to help Maria? Just send to me : humaira1407@gmail.com

I've also have big problem with 'somebody' (debu86 don't want share about that 'people'). What that 'creatures' do to me really make me hurt. Too deep. Apologizing does not come easily to me. No slow talk. No. No. No. FULLSTOP. No more chances. Because u not a loyal friend. And kau langsung tak jaga hak-hak kau terhadap aku sebagai kawan.

debu86 : nak nikmati hidup yang Allah bagi..hidup ni bukan untuk derita

WALLAHUA'LAM

Thursday, February 4, 2010

Nazir datang la sekolah ari ni..

Wednesday, January 13, 2010

Posting di sini; Cerita minggu 1 & 2

Alhamdulillah urusan dimudahkan. Tepat sekali FirmanNya, di sisi kesukaran itu akan ada kemudahan.
Sekolah yg sy duduk ini dalam kategori kampung. Kesemua murid dan guru adalah beragama Melayu
dan beragama Islam. Sebenarnya, saya mengidam nak sekolah Cina, tapi tak dapat, sekolah cina tu dah penuh. Tak boleh masuk guru baru dah kat situ. orang cakap skjc atau pun skjt ni banyak cabarannya, tapi entah hati tertarik pada skjc ni.

Dan Allah bagi sebaliknya; Dia beri saya sekolah jenis Melayu kepada saya untuk posting pertama ni.
Alhamdulillah, bak kata Syida, saya ingat lagi katanya, kadang2 apa yang kita duk pilih tu kurang baik, dan apa yang yang Allah bagi dan Allah tetap kat kita tu la yang baiknya untuk kita).

Sekolah saya ni alhamdulillah guru2, staff, murid2 baik2 aja. (tapi, murid2 tu, ada yg nakal tu,biasalah kan).

Minggu pertama di sekolah; itulah medan pertama saya setelah 5 tahun setengah berada di maktab.

Si Siti (nama samaran tau); siap berani pegangtudung saya lagi. sambil pegang tudung; dia cakap,
Ustazah ye (memandangkan saya pakai tudung besar)..

Ahai.Budak-budak..

Kat sekolah tu,dua orang sahaja termasuk saya yang pakai tudung yang besar ni, sorang lagi Kak Zaiha yang baru masuk sekolah ni; dia pakai tudung labuh. Jadi, murid-murid agak kurang biasa dengan tudung yang besar dan tudung labuh. Tapi, saya xtau pula kalau 2 orang ustazah yang dah bertukar ke sekolah baru mereka tu pakai tudung besar atau tudung labuh ; dua tempat kosong itu digantikan  oleh saya dan kak Zaiha.

Jarak dari rumah sewa saya ke sekolah, kalau jalan kaki tu ada dalam 20 minit juga (kalau dari blok D
MPI tu ke AMSA ada la kot. Tapi rasa jauh lagi la dari AMSA tu. Memang dekat, tapi kalau tiap-tiap
ari,tak larat juge. Kalau naik kenderaan dalam 5 minit boleh la sampai.

Pengalaman tinggal berdua bersama adik(mujur ada dia, dapat temankan saya di sini buat sementara
waktu).Fikiran ni dah mula start fikir yang macam2 masa nak tidur bila hari masuk malam.Otak ni tak yah nak disuruh;otomatik akan fikir (Tulah, masa kecik tengok cerita seram Indonesia lagi; so sampai la umur 20-an(muda lagi tau),masih takut dengan benda-benda cenggitu.

Explanation: Waktu kecik dulu masa balik kampung,sedara2 pakat2 tengok cerita hantu Indonesia;memang seram dan saya pun tengok sama.Bertahun-tahun cerita itu menghantui fikiran sy. Ha,sape penah tengok cerita bertajuk ????. Put up ur hands,plez?.. Emm, tak nak la cakap title dia ape..Nanti ada yang dihantui pula.. Hehe..

Mak abah saya tak penah ajar tengok cerita hantu cenggitu (terima kasih, Mak dan Abah!).

Lesson: Budak2 kecik tak patut bagi tengok cerita2 hantu; nanti mereka akan takut sampai la dewasa;

sayalah antara orangnya. Memang takut juga pada mulanya. Alhamdulillah,

rumah tu dah ada orang duduk sebelum saya, jadi takla rumah tu kosong begitu je.

Mak pun ada pesan, beli la lauk kat sekolah;tak kan makan telur aje, nanti muka pun cam telur.Ha ha. Silap2 gemuk bila duk kat sini. Bila dah posting ;memang otomatik jadi independent sikit. Try jugak masak mee kasar; ahai, boleh la tahan, tapi kalau orang rasa mesti depa cakap; sah dah ko ni,memang tak bleh kawin lagi.

Haritu Pak Teh dan Mak Teh datang ziarah saya.Pak sedara saya pesan kepada kami 2 beradik ;  Dia pesan sebelum tidur baca Ayat Qursi dan 3 Qul tu sebagai pendinding. Sebelum dia balik, dia baca Tahlil dan berdoa. Itu kan adab masa masuk tempat tinggal baru. Adik2 kena ada ilmu ni juga tau. Tak boleh pakai masuk terus. Akak pun sama. Dan alhamdulillah ilmu dari Ust Harun Din (Darusyifa') amat membantu dan ayat-ayat Asas 10 itu beri keyakinan kat saya yang tidak akan ada apa-apa yang pelik kat rumah sewa saya (ini bukan cakap besar;ini rasa yakin dengan ilmu dari Tok Guru.Trima kasih, Tok Guru!

Buat adik2, masuklah darusyifa kat maktab tu.

MPI masih dirindu.. Pensyarah2 yang giat menabur ilmu dan mendidikku; Terima kasih, kalian! Allah
pasti sedang mengganjari kalian. Moga kami batch pertama ini memiliki semangat mengajar seperti
semangat kalian mendidik kami.Amin..Kerana bila saya rasa lelah dengan perangai budak

-2 yg tak dengar apa yang saya ckap kat kelas tu ;muka tok2 guru saya yg pernah mengajar saya , akan menerpa datang. Ya. Saya merasai semangat mereka dalam mendidik anak murid mereka dahulu. Itulah. Bila guru itu ikhlas mengajar; anak murid turut rasa keikhlasan guru mereka itu.Itu yang ada pada jiwa guru-guru saya. Guru-guru kamu juga. Yang penting; IKHLAS. ini antara hot talk sy dan my twin(faza) masa bincang2 kat blok D (MPI) masa nak konvo darusyifa haritu. Bila ikhlas, murid akan dapat.Murid akan faham. Dan saya sekali-kali tidak pernah menyesal masuk bidang profesion ini; sifat mendidik ni sifat yang sangat mulia. Ini ruang saya ada untuk menyumbang kepada anak-anak seagama dengan saya.  Dan alhamdulillah. dari 2 sekarang menjadi 6 orang
warga suara-suara kecil di rumah sewa saya.Hari ini in sya Allah akan jadi 8. Buat mengaji sikit.

Masa mula-mula duk sini, rasa sunyi. sy suarakan pd adik saya, nak ajak budak2 yang sy ngajar ,sape yg nak mengaji datangla rumah saya bernombor sekian dan sekian. Alhamdulillah. Bukan duit upah yg sy tunggu, tapi suara-suara yang akan mengaji di rumah ini. Niat saya ingin mengajar serba sedikit
apa yg saya ada.Tidak la banyak dan bacaan juga tidak la tepat seperti Ust Razak Mahadi(Tok Guru
Darusyifa' dan Ilmu Tajwid sy dulu), tapi dengan niat; ingin berkongsi. Indah bila dapat berkongsi.
Dan inilah sumbangan saya terhadap agama yg saya sangat sayangi. Moga Allah 'membersihkan' niat
saya. Moga niat ini setulus-tulusnya,In sya Allah. Setiap orang harus fikir apa yang nak disumbangkan
kepada agama tak kira sekecil mana , tatkala kuffar merencana segala macam untuk menjatuhkan
agama kita. Sekarang isu yang gereja dan masjid dirosakkan kan?

Saya dapati murid2 ada yg ada minat nak mengaji tapi tak tau nak belajar dengan siapa. Kitalah.
Siapa lagi. Bukan depa nak belajar taranum lagi;kerana mereka kecil lagi, mereka cuma nak
belajar kenal huruf-huruf serba sedikit. Kasihanilah mereka. Dan ada antara murid saya yang
datang mengaji; 2 adik beradik adalah anak yatim; tiada ibu. Tapi, lancar mengaji.

Minggu kedua ni pun ; sy masih blur untuk mengajar Pendidikan Jasmani; kerana murid2 sy kurang suka belajar skill, mereka lebih suka bermain..Who can help me?? Plez...moga segalanya Allah beri mudah, juga kpd kwan2 sebatch saya PISMK OUM dahulu.

Skarang ni soalan yg wajib orang tanya, bile nak kawin. Ha ha. Jodoh belum sampai. Ada masa
something crossed in my mind; jangan suka dan semangat nak kawin saja wahai aku, tapi kena juga
suka nak pikul tanggungjawab. Dan bila dah kawin; tanggungjawab itu dikendong bersama-sama.

Dan in sya Allah, sy dan ex-clasmate akan naiktaraf la tak lama lagik; kite dah nak jadi makcik dah, in sya Allah bulan 5 ni. A baby come to born (betul ke x frasa ni; tak pandai2 smpai skarang).

Dah panjang dah kot cerita saya; jumpa lagi in sya Allah pada next entry,

WALLAHUA'ALAM..