Slmt hari lahir abah... Ya Allah peliharalah dan jagalah abah aku.. tetibe teringat lak kat arwah to'ki... Ya Allah pelihara la to'ki di alam sana...
Slmt hari lahir buat mak pd 15 jun ni.. dan adik pd 12 jun ni..moga Allah murahkan rezeki kite sekeluarga...
WALLAHUA'LAM
من قال لا اله الا الله و هو الداعى "Sebaik-baik dalam hidupmu ialah ketika kamu menyedari kekurangan diri dan kembali kepada kerendahan dirimu"-Ibnu 'Athoillah
Showing posts with label Diariku. Show all posts
Showing posts with label Diariku. Show all posts
Wednesday, June 8, 2011
Saturday, May 14, 2011
Alhamdulillah
Assalamualaikum
:)
sy xkisah org nak baca atau x post ni.. layan monolog dalaman sorang2 pun aku okey je.. hampir 3 minggu aku xboleh berjalan dah.. seksa sungguh rasa sebab semua bende aku kena harap kat famili. xboleh depend pd diri sendiri dah. bile xsihat baru nak sedar yg diri ni actually lemah, dan tubuh badan kite ni kita bukan ada power pun kat die..yg memberi kita oksigen, yg bagi darah2 tu bergerak, yang bagi leh jalan, semua2 la, tu semua Allah punya power.
bagi org yg sakit, perkara yg patut ada adalah redho pada Allah, bersabar.. dua benda ni susah sangat. mohon ampun ya Allah kadang2 aku xdapat bertahan juga dengan dugaan ni.. punca aku rasa sedih adalah sebab aku dah susahkan mak abah untuk uruskan aku sehari-harian..kesian kt depa. tersembul jugak perkataan camni, kalau ada abang atau kakak, boleh jugak nak harap abang untuk angkat aku nak bawak ke tandas atau nak hantar aku ke kereta nak mengubat..tapi aku anak sulung so aku just bleh harap kat parent n adik beradik je la.. xpela.ade la hikmah kan
cuma yg aku risau ngape doktor(hosp kerajaan) xboleh bg cuti direct sebulan or 2 bulan terus? susah la skolah aku nak apply guru ganti untuk ganti tugas aku..aku pun pening tentang ni. yela.sian la kat cikgu2 nak relief kelas aku.smoga Allah memberi ganjaran pd mereka spanjang ketiadaanku.
ingatla musibah boleh datang bile2 aje. cuma yg aku bersyukur sangat..Alhamdulillah aku masih hidup,adik aku pun masih hidup..masih ade peluang lagi utk berbakti pd mak abah, masih ada ruang lagi utk berbakti pd satu amanah yg baru saja aku terima sehari sebelum kemalangan.. tahniah wa ta'ziah untuk aku.
sebab malang tidak berbau, so buatla simpanan untuk kecemasan. kalau sakit ni, banyak guna duit.. semoga Allah memurahkan rezeki kami sekeluarga..
satu lagi pengajaran; kalau datang ziarah orang sakit, berii la kata semangat,jangan sekali-kali beri kata-kata yg tambah membuatkan si pesakit tu bertambah sedih. bagi la dia semangat utk hadapi hari2 susah dia.
buat sahabat2 yg menghubungi, terima kasih semua. jazakumullah.ketika sakit ni, kite bleh tau siapa sahabat yg ambil berat kat kita, siapa sahabat yg buat tak tahu macam xada apa2 yg jadik kat kawan dia yg sakit.. sahabat tika senang, ramai, sahabat tika susah, sedikit..
mungkin ada kasar bahasa di mana2,ampun dari sy yang hina.. semoga Allah menyembuhkan sy segera... bukan bermaksud sy benci pada dugaan ini.. sy nak sihat cepat2, nak buat ibadat seperti orang lain yang ibadahnya sempurna.. nk cepat2 keje balik. rindunya nak berjalan..rindunya nk tidur mengiring ke kanan, bile sakit ni tidur tu macam xbest sebab xboleh nak mengiring kaki ni..
dan kemalangan itu pasti ada hikmah..
WALLAHUA'LAM
Monday, March 28, 2011
aku buat silap besar menyebabkn aku feel xlayak utk berada di sini lagi
assalamualaikum..
tetibe je start dua minggu lepas aku rase aku xlayak utk berada di sekolah nih.. felt sad..
bnyak ibrah leh amik spanjang dah nak masuk tahun ke2 di sini.. ape2 yg kite nak mulakan, we must start dari awal.. aku pun pelik dgn diriku sndiri,cane la aku leh jadi pendiam bile msuk skolah ni?? padahal aku tau aku bukan jenis yg pendiam. aku rs answer is aku dah pendiam sejak dari awal,so hingga skarang la jadi pendiam.. kira kategori pendiam jugak la. ada masa ,aku nak becakap jugak tapi aku nak cakap pe,aku pon xtau.. harrrrgghhh!!! mungkin juga jenis yg ikut mood.. tapi mood aku bukan la setiap hari tak okey..okey je..
dan bile org duk2 tanya,bile nak beli kereta? ni lagi satu.. aku tension betui. hajat dihati mmg nak ada kereta. tapi bnyak benda yg aku nak setel dulu..aku rs skrg ni klu aku beli kereta, mesti ujung bulan je, berlapar la aku,xde duit. ni jawapan yg aku rs nak jerit2 ni. "sy ada keperluan yg lebih wajib lagi dari membeli kereta,klu saudara sudi utk membiayai kehidupan sy, harini juga kita pegi kedai beli kereta?' haha. part ''lebih wajib'' tu adalah wajib yg berkaitan dengan hukum tau.
dan best nya kalau org yg jenis memahami. mak njang. bila ada haritu sembang ada ckp psl beli kereta.. mak njang cakap, "xpe la ustzh, ustzh muda lagi".. trima kasih mak njang..
manusia oh manusia knapa bile nampak org yg dh bekerja tu bila xde kereta, itu satu perkara yg pelik? bila mcmni kan rase best je kalau ade org boleh hantar sy pegi keje setiap hari, suami ke? hehe. memang la best.tapi kesian pulak nak amik dan hantar setiap hari. tapi actually senang klu ade kereta sndiri, pegi keje sndiri.. wow, kereta2 oh kereta.. dan honda city hanya tinggal mimpi aje lah.. xmampu..
orang lebih senang nak condemn or ape2 yg depa rasa nak pertikai je, tapi susah nak jumpa org yg pertikai kita tapi dlm ms yg sama dia faham dulu situasi dan keadaan kite. yelah, aku xde kereta ni,ade ke org nk tny, ''nak tolong famili dulu ya''. aku pulak bkn jenis yg suka cerita peribadi aku kt org lain. faham.memahami. bile aku tension sbb org duk tnya benda ni je.. aku tertekan tau. dan buat yg risau sbb aku xde kereta,terima kasih,aku hargai sbb mmg bahaya pun naik moto je. aku naik moto ni bkn kerana aku nak berjimat.aku ada sebab lain. itu je jwpn aku..
dan yg sure is aku dah rs xselesa berada di sini. sbb rendah diri sbb aku penah buat ksilapan besar kt orang2 kat sekolah ni. nak mntak maaf,tapi cane nk mulakan..
aku bermain dgn emosi sejak dua minggu ni.. ya Allah kuatkan hatiku.. agar terus aku kat sini. sayang kat skolah ni, tpi aku sbnrnya xlayak berada di sini. dan istilah 'xlayak' ni sbnrnya org dah jelak. tapi aku mmg xlayak. org lain semua komited dengan keje,tapi aku baru nak merangkak-rangkak.. my comrade semuanya baik hati.. aku yg kureng ni je menempel kt sini..
Ya Allah plez guide me to face all of this.
WALLAHUA'LAM
p/s : kepada sesiapa yg sekerja dengan aku dan terbaca entri ni,tolong senyap2 je ye. blog ni tempat luahan perasaan aku. bnyk jasa blog ni kt aku.. trima kasih blog yg amat sudi mendengar bebelan ku..
Saturday, March 14, 2009
Kem Pemantapan Solat dan Fardhu 'Ain pada 13- 14 Mac di SMK Putrajaya 11(1)
Banyak memori yang dirasai sepanjang Kem Pemantapan Solat dan Fardhu Ain lebih kurang sehari di SMK Putrajaya 11(1). 10 orang fasilitator ( 5 ikhwan dan 5 akhowat ) dari IPIS bersama-sama dengan adik-adik dalam lingkungan umur mereka 13-17 tahun.
Mulanya , aku ingatkan kem ibadah ni untuk budak sekolah rendah, tapi bila dapat tau dari Kak Zah peserta kem ni adalah budak sekolah menengah, panik gak rasa. Tak pernah lagi join kem ngan budak sek menengah ni. Bertahun-tahun yang lepas penah gak join kem, tapi ngn budak2 sekolah rendah. alhamdulillah atas dorongan kak zah selaku sahabat tersayang dan jugak jiran tersayang, (hehe) teruskan gak walaupun takut jiwa dan kelu lidah rasa. Tapi, cuba lah. Alhamdulillah, beri pengalaman sangat berharga.
Pentingnya solat untuk diajar kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Jangan bila sudah baligh, masih tak tau cara untuk solat. Masih tidak tahu bagaimana untuk duduk antara dua sujud yang betul, masih tidak tahu bagaimana untuk duduk tahiyyat akhir. Yang mereka tak tahu ni adalah termasuk dalam Rukun qauli dan rukun fi'li. Semua ni rukun solat.
Dapat dilihat ini berlaku kepada anak-anak apabila isu solat ni tidak mendapat tekanan dan perhatian dari ibubapa. Tidak juga dapat disalahkan kepada ibu bapa akan kegagalan anak dalam hal solat ini, kerana;
a) kadang-kadang, dah berbuih mulut mak abah duk pesan agar solat, namun anak tu sendiri yang degil dan tidak patuh pada perintah mak ayah tu.
b) Kadang-kadang, anak yang tak pandai solat tu adalah dari keluarga yang langsung tak solat.
Ya Allah, jadikanlah aku dan keluargaku adalah orang yang menunaikan solat. Solat yang sempurna adalah perisai dan benteng kepada individu yang taat menunaikannya.
Tidak banyak dapat ditulis di sini. Penulisan yang baik dan mengandungi isi untuk dipersembahkan memerlukan masa. Tak tau bila dapat sambung artikel ni.
Ya ALLAH berikanku masa untukku memberi apa yang aku ada kepada orang lain, pengalaman dan kesedaran yang aku ada sekalipun sedikit ni, kerna ku tau; apa yang aku dapat, apa yang aku tau, juga adalah hak orang lain, bukan untuk aku saja.
WALLAHUA'ALAM..
Dah nak abis Mac ni, sekejap je masa..

Tuesday, March 3, 2009
Egonya aku dengan Tuhanku Yang Maha Mengetahui Apa Yang Terbaik Untukku..!!
Bersabarlah atas dugaan yang menimpa
Mengapa perlunya sabar:
-Setiap kesusahan, ujian dan lain-lain ada hikmah
-makin mendekatkan diri kepada Allah S.W.T
-dipandang mulia
-jiwanya tenang
Kesan jika tidak sabar :
-kita akan mudah terpedaya dengan hasutan syaitan
-umat Islam akan mundur kerana cepat berasa kecewa
-individu muslim akan mudah patah hati kerana berasa payah dan susah untuk bersabar akibat dari kurangnya penghayatan sebenar terhadap Islam
cara untuk bersabar / menanamkan rasa sabar :
- sedar semuanya dari Allah S.W.T
-rajin beribadat
-kerap berzikir
*************************************************************************************
Sanah Helwah buat aku..Alhamdulillah usia dipanjangkan lagi. Doakan kebaikan sentiasa mengikutiku. Moga tidak ego dalam menerima ujian dan cubaan dari Allah. Kurangkan bersedih. Jangan mempersalahkan Allah. Mungkin aku diuji, kerana Allah S.W.T ingin aku kembali padaNya dan mungkin sebab aku selalu lupakan Dia. Pelbagai kemungkinan mengikut telahanku.
Apa-apa pun, sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah tetap akan mengenai diriku, sekalipun seisi dunia menegah perkara itu berlaku. Dan jika seisi dunia mahu sesuatu perkara itu berlaku ke atasku sedangkan Allah tidak mengkehendaki perkara itu, maka tetap tidak akan jadi juga perkara itu terhadapku. Allah tahu apa yang terbaik untukku, sekalipun diriku tidak suka akan perkara itu. Apa yang Allah nak beri, maka itu lah yang terbaik. Ya Allah, kurniakanku yang terbaik.
Kepada adik-adikku, moga mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang bakal keluar in sya Allah.
in sya Allah , 8 bulan lagi sisa ku di MPI ni..moga sempat menabur bakti walaupun sedikit..
TAKBIR!!
wALLAHUA'LAM
Subscribe to:
Posts (Atom)