Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Wednesday, October 7, 2009

<<< cerita 1 ( TIGA)>>>…

Kehilangan orang tersayang. Normal. Hilang kunci. Hilang ingatan. Hilang mak ayah. Hilang kasih sayang. Hilang pedoman. Hilang rasa bertuhan. Hilang rasa sayang pada agama. Hilang sahabat. Hilang rasa percaya. Moga Allah menjaga barang yang hilang itu, biar la barang tu orang ke, binatang ke , wang ke apa-apa la, tak kira la.

Moga Allah mengganti sesuatu yang lebih baik dari yang telah hilang itu. Doa Ummu Salamah ni kan.

Ustaz Abdul Jabbar sebut dalam ‘Kursus Imam dan Bilal’ baru-baru ni, yakin dengan Allah. Yakin dengan Allah yang Dia akan mengganjarkan kita dengan sesuatu yang lebih baik untuk diri kita even Allah dah 'hilangkan' atau 'bawa pergi' sesuatu yang biasanya amat kita sayang!.

Nini turut menyampuk . “Wei, Ustazah aku yang ajar Insya’ pun lebih kurang cam Ustazah ko la. Adik beradik ke? =) Dia kan, suruh kami hafal vocab Bahasa Arab, siapa yang tak dapat hafal, dia akan rotan tangan kami. Paling-paling kesian kat kami, dia mintak kami duk tepi pintu masuk kelas. Kira, orang lalu lalang kat tepi kelas kami tu akan tau la ada orang dapat ‘hadiah’ dari Ustazah Faridah la hari tu. Walaupun camtu, aku rasa bertuah. Dengan pertolongan Ustazah Faridah aku dapat menguasai arab sikit sebanyak. Segalanya dikembalikan kepada Allah. Alhamdulillah. Guru yang berkesan terhadap diri kita, kita akan ingat kembali jasa-jasanya pada kita. Jangan kita langsung menjadi guru yang dilupakan dan dicerca akibat perbuatan yang pernah kita lakukan terhadap anak murid kita.

Sikap bersungguh akan bantu kita menguasai sesuatu . Kejayaan bukan macam durian.. Durian yang masak secara fitrahnya ,dia akan gugur mencecah bumi. Itu kes lain. Manusia kena usaha if want to najah. Kalau nak Mumtaz lagi la. Kena lebih gigih. Ini pesan Arwah Atuk.

Manusia juga janganlah menjadi fatalistik.. Fatalistik tu maksudnya kita hanya serahkan masa depan kepada nasib. Kerana yang beriman dengan Ahlus Sunnah Wal Jamaah tidak mengkesampingkan usaha di samping turut berdoa kepada Allah. Usaha dan doa dilakukan. Tidak tertinggal salah satu pun.

Irah : Ada sorang adik junior aku terbaca komen dia kat laman sesawang kegemaran (http:www.jemariseni.com) aku tu. Adik tu cakap, ‘ sy terkejut dengan culture Islamic kat IPIS, tapi lama2 dapat adapt.’

Itu semua latihan. Tarbiyah. Perasan tak kadang2 untuk kita buat sesuatu tu kita kena paksa diri pada mulanya. Masa kecik-kecik dulu, kita semua kena paksa gi tadika dalam keadaan tak mandi pun, gosok gigi pun tak. Pergi tadika dalam keadaan taik mata bertampung kat mata lagi. Mak Ayah kita salah ke bila mereka paksa kita camtu? Mereka buat itu untuk kebaikan kita. Kalau x, sampai bila2 pun kita tak sekolah la. Dan kalau xsekolah, sampai sekarang kita tentu tak kenal pun ABC, Alif Ba Ta and so on… Bila sebut tarbiyah, diri yang bermonolog sendiri tidak seberapa juga tarbiahnya. Banyak dosa.

Sama la kes dengan isu adik Akak yang sorang ni. Dia darjah 3 tahun ni. Dia memang kuat makan, tapi mak suruh dia puasa jugak, hari first memang dia tak dapat puasa. Hari kedua atau ketiga , memang terlentang habis dia, mak suruh dia puasa.. Hari seterusnya dia cuba puasa separuh hari. (Ini kisah adik bongsu ku)

Kalau la mak tak desak dia puasa gak, sampai dia masuk sekolah menengah nanti pun dia kekok untuk puasa.

Begitu juga dengan suruhan dalam agama kita. Semuanya mengandungi kebaikan untuk kita. Allah yang mencipta manusia, jadi Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk manusia. Dan Dia juga tahu apa yang tidak baik untuk manusia.

Manusia selalu rasa apa yang dia selesa itu baik untuk dia, tapi tidak mesti apa yang selesa tu baik untuk dia. Contoh dalam isu menutup aurat kan. Itu dah ada dalam Kitab kita; Al Quran Al Karim. Pasti ada banyak kebaikan jika kita taat pada perintah Allah tu kan.

Sekarang cuba tengok kat sekitar kita, macam baru ni masa dalam LRT, akak nampak si anak yang berusia 8, 9 tahun pakai tudung, tapi si emak nya tidak pula bertudung seperti anaknya, kenapa ye? Padahal anak dia tu kecil lagi. Si emak tentulah dewasa kan.

Zati : Junior kita ada cakap pasal Culture Islamic? Aik. Islam itu dibudayakan ker? Setahu aku Islam itu bukanlah satu budaya. Kerana budaya Islam itu ada di mana-mana, bukan di Institut Perguruan kita ni je. Islam itu di dalamnya ada ketamadunan yang sudah terzahir secara tidak langsung. Iye la. kan ada Fiqh Muamalat, Fiqh Sunnah, Fiqh Awliyat. Allah yang Maha Kuasa dah mengatur semuanya. Disampaikan perutusanNya kepada the chosen persons iaitu Nabi-Nabi dan juga Rasul-Rasul yang 313 tu. Ilmu Allah ni luas. Seluas-luasnya.

Nini : Islam Hadhari ke yang kita duk bincang nih?

Nisa mencelah di tengah-tengah perbualan kami bertiga itu..
Yang aku tau istilah Islam Hadhari tu ade yang xkena kat istilah dier.

"Islam Hadhari? Aper tuh? Tu masa zaman pemerintahan Pak Lah dulu kan start benda gitu. Sekarang time Pak Najib dengan Gagasan 1 Malaysia tu pulak. Dan ada pihak nak tambah pada frasa ‘1 Malaysia’ tu pulak dah,..omel Poo"..

Bukan ke yang 1 Malaysia tu tujuan dia ; PERPADUAN..

Dari dulu hingga sekarang, itu lah isunya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

WALLAHUA'LAM
<<< Cerita 1 (DUA)>>>…

Nadirah yang tetiba menyusul entah dari pelusuk mana duduk bersimpuh di hadapan kami. Tersenyum tersipu-sipu pula dia ni.

Bagus la ustazah ko yang bagi list cita-cita tu. Itu membuka ruang baru untuk murid-murid merencana dan meluahkan sedikit sebanyak apa yang mereka nak jadi bila besar nanti. Bila dah senaraikan baru le nampak hala tujuan sikit.Kalau nak lebih berkesan, tulis dan tampal besar-besar kat dinding or tempat yang kita biasa tengok. Baru lekat dalam hati. Baru kuat pasak pada tindakan. Korang setuju tak?

Setuju, Dr Minnie!...

Ha ha…

Nini mengeleng rasa diri ter’kena’. Dia tidak melayan usikan sahabat-sahabatnya , sebaliknya berbalik kepada soalan yang diajukan Zati kepada Poo sebentar tadi. Ketua raja sorak dah mula buat ‘kerja biasa’ dah. sapa lagi kalau bukan Nisa. Nampak pendiam, tapi bila start bersuara, tak kering gusi la kami. Sambil mengerutkan lagi kedua dahinya dan mencebekkan mulutnya ke tepi.

Boleh tahan jugak ko nak jadi stewardess eh Poo?

La ilaha illallah budak ni, cepatnye ko lupa. Ke mana dah ko pegi ni? Wajah buat-buat comel and mata mula nak pandang Poo , (Zati understand that a sign shown maybe something goes into Poo’s mind). Tu le aku duk tanya ko tadi, fikiran ko menerawang katne dah ni..

Cik Minnie, soalan saya kepada cik ; camne cik leh masuk bidang perguruan ni? Zati menanya sambil memperagakan gaya seorang wartawanita.

Syukur pada yang Allah Maha Kuasa, Allah lorongkan jalan tu. Entah. Faktor terbesar masuk maktab ni, mak abah aku yang prefer aku jadi guru. Tapi lama2 aku rasa suka maktab. Ye lah, mak ayah kan tahu apa yang terbaik untuk anak-anak mereka kan? Masa kecik dedolu memang aku ada berhajat nak jadi guru sikit sebanyak, tapi nampaknya betul2 la taqdir Allah aku jadik guru.

Alhamdulillah. Aku rasa mendidik tu kena la dengan jiwa aku. Walaupun ada orang cakap, jadi cikgu ni takdenya boleh jadi jutawan. Sambung Poo.

Korang semua crita la skit, maza tasy'uru bi hazal ma'had? Aku actually rasa syahdu la nak tinggalkan MPI ni, ujar Nini.

Ngeee.. Pandai jugak ko kecek Arab eh? Bagus-bagus . Nanti leh ajar aku.. So, how do u all feel to our MPI?). giliran suara Nadhirah pula..

I feel very2 good (macam iklan ntv7 pulak dah). Aku suka dengan macam-macam. Jeng jeng jeng. Suka dengan orang? Ha ha. Only me knows. Suka amat dengan bi'ahnya. Culture Islamic la kot sesetengah orang cakap. Untuk mendidik diri aku sendiri , antibodi aku xkuat sangat. Bakteria dalam badan susah nak mati la. Jadi dengan bi'ah yang islamik ini, secara automatik , sedikit sebanyak aku terdidik. Kalau xda bi'ah camni, mudah le aku nak terabai nih..Nak harapkan diri sendiri, ermmm...

Nini : Kecek Arab? Aku tibai je. entah tul ke tak uslub Arab aku tuh. Ha ha..
Teringat aku kat Ustaz Khairul Anuar yang buat kelas Arab petang2 kat sekolah aku dulu. Wajah dia yang manis-manis ala orang Arab tu. Ustaz aku tu dulu belajar kat Morocco (Maghribi).

“Ustaz aku tu punya fasih lahjah kat sana, sampai dia bawak barang2 balik Malaysia naik flight yang nak dekat beratus2 kilo tu, free je. Tak kena charge pun. Dia pandai bahasa sana. Komunikasi dan bahasa. “Orang yang berjaya kuasai bahasa dan komunikasi, dia beruntung.”
Cumanya.. bab komunikasi juga yang boleh bawak dunia berpecah belah, suami isteri bercerai-berai, persahabatan jadi renggang bahkan boleh putus!

Jika kena dengan caranya, jika kena pada adabnya, tentu Berjaya wujudkan komunikasi yang berkesan. Diri akan rasa bahagia.

Teknik pengajaran Bahasa Arab dia sangat sangat berkesan. Anak murid dia termasuk aku jadi paham la pada fi’el-fi’el ni.. Camna Fi’el Madhi tu, bila kita tukar ke Fi’el Mudhori’. Dan apa wazan bagi sesuatu fi’el atau sesuatu isim tu. Bila dapat agak wazan, kite mudah untuk agak apa maksud sesuatu perkataan tu. Dah tu, bila tau wazan, senang la nak rujuk kamus sebab kita dah tahu ‘root word’ dia sebelum tu. Tips nak banyak perbendaharaan kata ni. Senang je. Rajin baca buku cerita Arab dan of course la, berdampinglah dengan kamus. Bukan dengan si Khamis ,tau? Huh, ada kaitan ke. Layan je. He he. Better do something than nothing.

Orang zaman sekarang ni duk semangat sangat untuk bagi anak-anak mereka pandai cakap bahasa Inggeris , tapi xde keinginan yang besar kalau anak mereka pandai membaca jawi dan pandai Bahasa Arab. Kecewa, kan? Ramai yang terkejar-kejar nak kuasai bahasa Inggeris, tapi bahasa Arab tak ramai orang camtu. Kepentingan tidak lagi dirasakan.

Imam Shahid Hasan Al Banna , pelopor tersohor Gerakan Ikhwanul Muslimin setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniah ada menyampaikan dalam amanat dan pesanannya yang berjumlah 10 itu, Hasan Banna menyeru kita agar << Kuasailah Bahasa Arab >>. Juga ada sahabat ku yang mahir berbahasa Inggeris melahirkan responnya yang dia tidak dapat menguasai bahasa Arab. Katanya “ramai yang pandai bahasa Inggeris, tapi xramai yang pandai Bahasa Arab.” . Dan ada yang teringin nak belajar arab tapi stil takde peluang tu.

Tiba giliran Zati..

“Ustazah Wan Rafiqah aku dulu ajar Tasrif punya la semangat. Bagi sesiapa yang free-free nak famous sekelip mata kat sekolah. Senang je. Masa tasmik Tasrif dalam kelas, tu buat2 la xhafal. Konpem kena panggil depan assembly, tasmik kat situ. Ha ha. Malu tu tak usah cerita la. Terimbau si Kartunis kelas aku yang buat muka toye (selamba ) je gi depan masa baca Tasrif kat assembly pagi. Muka tak berperasaan. He he,” Zati ketawa mengekek.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terjemahan perkataan Arab:

Fi’el Madhi : ~Past Tense~
Fi’el Mudhari’ : ~Present Tense~
Fi’el : ~Verb~
Isim : ~Noun~
Lahjah : ~Dialek~
Uslub : ~Gaya bahasa~. Depends on ayat; boleh juga membawa maksud ~kaedah @ cara persembahan seseorang~.

___________________________________________________________________________

Wednesday, September 16, 2009

Bismilah. Segala puji bagi Allah dan selawat kepada Nabi Muhamad ‎S.A.W..‎

Pengenalan :

Tercetus cerita pendek ni secara tak sengaja after dapat taklimat tentang ‎posting(i.allah) yang dijangkakan awal dari yang sepatutnya. Aku sudah nak bergelar ‎guru kah? Ilmu blom cukup..Macam mana nak ngajar anak murid aku nanti nih? ‎Wondering not enough..action.. Posting awal that means kami sebatch ni akan (i.allah) ‎keluar lebih awal dari yang sepatutnya le. Akan meninggalkan MPI yang penuh ‎dengan makna dalam hati kami. Dan cerpen kat bawah ni bukanlah ‘projek’ yang aku ‎duk buat sejak beberapa ari ni.

Cerpen ni hanya setitis bicara ,lahir juga secara tetiba... ‎Dah start dah madah die ni.. Ha ha… ‎Cerpen ni juga barangkali ada kaitan dengan hidup sy dan barangkali tidak ada kaitan dengan hidup sy. Only Allah knows. Hanya Allah penilai yang tepat dalam menilai. Kalau ada yg nonsense tu, tu kira my weakness..


Ceritera bermula…‎

<<< Cerita 1( SATU) >>>

Minnie : “Percaya ataupun tidak, aku , ko dan batch kita ni akan tinggalkan MPI ni ‎dalam masa (i.allah) 2 bulan je lagik”. Ujar Nini sambil tangan terus menyelak Novel ‎karya S.Othman Kelantan ‘Wajah Seorang Wanita’. Helaian itu ditatapinya perlahan-‎lahan untuk dimengertikan suasana dan latar, juga ideologi sasterawan terkenal yang ‎berasal dari negeri Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang amat ku segani itu. Kagum dengan ‎pada metod keagamaan dalam novel dan keindahan bahasa yang digunakan.‎

Izati lalu di hadapan bilik Minnie menuju ke bilik stor. “Wei korang, buat pe tu? Jam ‎menunjukkan pukul 2.00 petang.‎

Tara buat apa-apa pun. ‎Jawab Nini.

Poo : "Sedey... wajah mula mempamerkan riak duka. Sedar tak sedar dah 5 tahun kita ‎di bumi MPI ni kan. Ingat lagi masa mula daftar dulu. Aku daftar lambat. Eh, ko first ‎intake kan. Dengar cerita teruk gak korang kena masa orientasi dulu”. ‎

Ala gimik je tu. Yang budak-budak lahir bulan 7 kena panggil kat depan khalayak atas ‎alasan ‘besar kepala korang ni’. ‘korang ingat ni maktab bapak korang punye ker’, ‎‎‘pandai-pandai nak iron baju masa tengah minggu suaikenal, nasibla korang’, ‎ooo,korang xserah kat AJK ek handfon korang.” Padahal tu gimik senior untuk sambut ‎beday budak batch aku yang lahir bulan Julai tu. ‎

Yang indah pasti dikenang. Yang sedih2, nak buang jauh-jauh. “Aku nak buang jauh-‎jauh fikiran aku kat si dia tu. Argghhh, benci la!”. Fikir Nisa dalam kalbunya.‎
Buku ‘Asas-Asas Islam’ karangan Ab’ul A’la Al Maududi mula dicapai di tepi birai katil. ‎Bersusun buku yang entah bila mahu dikhatamnya. Nisa mengeluh perlahan.. Dari ‎ingat kat dia, baik aku baca buku. Lagi baguih. ‎

Nisa, sahabat ku dari Perak. Kecindan dia ni kalau nak tau.

Minnie: “Sedey? Ek eleh. Iye ke..Ngaku je la yang ko gembira kan sebenarnya,huh?”‎

Poo: “Susah nak cakap ler. terusan di sini, di bumi tarbiyah jiwa ku selama 5 tahun.(1 thn ‎setengah-foundation & 4 tahun- degree). Fuh, tua la aku kat sini. dari muka kiut miut , ‎bila kuar nanti, sure dah muka dah macam mak cik orang la kot.(hehe). Kiut miutt or ‎muka mature tu Allah yang bagik”. Alhamdulillah. Thanks Allah! ‎

Dah la aku ni mana la reti bertudung besar ni. Tudung biasa-biasa jer. Aku jugak xda la ‎sangat basic agama melainkan yang mak ayah aku bagi. ‎

Minnie : Bila dah dekat nak keluar ni, rasa sedih sebenarnya. Banyak memori tercipta ‎kat sini. ‎

Poo: “Terkejut beruk aku pasal tiap-tiap hari kena pakai tudung besar yang bidang 60◦ ‎tu. Ape idaknya, xpenah-penah aku pakai benda alah tu, kau tahu?”‎
‎ “Dulu aku sekolah kat SMKA Tahap setengah tahun, after tu belajar kat SMA Al-Ihsan, ‎Kuantan until Form 5.
Sebab Atuk aku lebih suka kalau aku gi sekolah menengah agama. Rindu kat Atuk. Moga arwah tenang di alam sana. Ya Allah, peliharalah Atuk ku n orang2 yang dah menyusul ke sana..Amin..

After that, Along prefer aku amik Form Six. Sebenarnya aku malas ‎jugak, pastu Along cakap, “kalau gitu siap-siapla untuk kawin dan lampin ye?” Huh? ‎Gila! Mane la aku reti bab tu even umur aku ni kalau orang zaman dulu-dulu dah ‎beranak sorang dua dah. Bila masuk MPI ni, aku dah terbiasa dengan suasana camtu. ‎

‎“Ala Long. Na tunggu Along dulu,pastu baru giliran Na pulak,deal?
Hehe.‎
‎
Memang la kat Sekolah Al-Ihsan tu ada je geng-geng aku yang pakai tudung besar ‎dan tudung labuh tu. Tapi, aku ni, camna la nak adapt,pada mulanya huh? ‎


Itu sedikit kisah beberapa tahun dulu.

Sekarang , aku yakin, persekitaran banyak ‎membentuk diri. Ibaratnya bersahabat dengan si ulat buku, maka secara malu-malu ‎kita pun cuba gak nak buat-buat rajin(padahal segan sebenarnya dengan si ulat buku ‎tu). Logik ke apa aku cakap ni. Xpe, Korang layan je lah. He he. ‎

Izati yang baru nak join da club yang tadi curi-curi intai dari tadi (aku dah agak) kini ‎baru muncul di pintu bilik Minnie..‎

‎“Rancak nampak. Ape la yang korang duk sembang nih?” bincang hal Negara ke?‎

‎Nengok koleksi buku-buku yang ada kat dorm mereka tu, membuatkan aku ‎mentafsirkan Nini menurutku adalah seorang yang gemar membaca. Ha’ah. Tapi, aku ni liat sikit kalau bagi novel yang bercintan cintun habis-habisan tu. Novel Jemari Seni aku suka la.

Hey ya guys!. Nak menyibuk gak.‎


Teguran berbalas sapaan dan senyuman.‎

Hai. Assalamualaikum. ‎

Waalaikumussalam.
Dia datang dengan lenggang-lenggang kangkungnye.. ‎

Alamak, gadis melayu terakhir dah mai dah.

Ketawa berterabur dI situ. Indah. Nikmat persahabatan. Alhamdulillah.‎

Minnie: Ei tapi Poo, masa kecik dulu cecita ko bukan nak jadi pramugari ke? ‎

Poo : Mane ko tau ni. bocor rahsia aku nampaknya ni..(control2, jangan bagi dia ‎perasan muka aku berwajah camne sekarang)..‎

Zati : Err, Poo...biar betui ko ni? Stewardess? ‎


Entah, sape entah yang memberi inspirasi kat aku tuk jadi pramugari entah. Ishh ishh ‎ishh.. Mungkin, aku nak terbang tinggi kot. Aku lupa dah nape nak jadi pramugari ‎masa kecil-kecik dulu. Shhyuuuuuu.... ala-enjin kapal nak naik ke awan tuh, aci x), ‎Yang aku bersyukur sangat. alhamdulillah, mak abah aku pandai membentuk aku ‎dalam menggapai cita-cita aku yang sekarang ni (menjadi guru). Dulu, even Darjah 6 ‎pun aku still blur, i wanna be .... what? Cuma , masa Form Four dulu, aku ingat aku ada ‎letak 3 name of amal tau. ‎

Gulp..memori lama berputar.. Ustazah Wan Saadah dulu ada mintak kat kami sekelas. ‎Kami diminta menulis cita-cita kami bila dewasa nanti. Ingat lagi, best giler belajar dengan Ustazah yang kecik molek ni.. Belajar madah Hadis 40 ‎Karangan Imam Nawawi dan Madah Balaghah. Bila sebut pasal cita-cita ni, aku ‎teringat pada si dia la. Si dia yang telah pun menjadi antara 3 cita-cita yang dah aku ‎listkan.. Apa list cita-cita aku tu? Rahsia. ‎

Si dia, ala yang manis-manis , ala-ala.. macam sape eh. xde kot sape yang serupa ‎dengan dia. Yang paling syok, masa solat terawih dulu, dia jadi imam. Ya Allah, ‎sedapnye dia ngaji! Sekarang dia katne la? Dia xtau aku le secreto admiroro dia.. ‎Erm,taste aku nampaknye yang berkulit manis-sawo matang sikit kot.

Nisa masih khusyuk dengan bacaan ilmiahnya.

‎Eh jap, ko tanya apa tadi eh, Zati?‎
Ujar Poo..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terjemahan Perkataan Arab:

# amal : ambition
# madah : subject@ mata pelajaran

WALLAHUA’ALAM

~Al-Fatihah untuk arwah To'ki yang dah 3 tahun meninggalkan dunia ni.~
~Mohon dijauhkan dari 'ujub dan riyak dalam amalan.~