من قال لا اله الا الله و هو الداعى "Sebaik-baik dalam hidupmu ialah ketika kamu menyedari kekurangan diri dan kembali kepada kerendahan dirimu"-Ibnu 'Athoillah
Sunday, June 26, 2011
Telaga Biru Bakal Terbit majalah remaja Gen-Q: Generasi Quran Kreatif
Thursday, June 23, 2011
Thursday, June 9, 2011
Selamat Pengantin Baru!
Salihah dan pasangannya..
Semoga rumahtangga yang dibina bahagia2 selalu ya.
Tuesday, December 28, 2010
KRISTAL '10 (KEM REMAJA UNGGUL) DI GUNUNG SENYUM, TEMERLOH, PAHANG..
Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang (PERMAI) akan menganjurkan Kem Remaja Unggul 2010 (KRISTAL’10), bertemakan “Steps to Brighter Future/Langkah Menuju Masa Depan Yang Lebih Cerah“. Program ini merupakan program motivasi yang diadakan khusus untuk para pelajar lepasan SPM/STAM/STPM. Secara keseluruhan fokus program ini kepada memperkenalkan peserta kepada dunia kampus dan sebagai persediaan mereka sebelum melangkah ke gerbang universiti. Program ini juga bertujuan membantu peserta mengenal pasti dan memilih kursus dan universiti yang sesuai dengan kehendak mereka. Hasil daripada program ini, kami berharap agar para peserta dapat membuat persediaan yang lebih rapi dan membuat pilihan yang tepat dalam memilih kursus mereka di universiti nanti.
Berikut adalah maklumat terkini program:
Tarikh: 31 Dis 2010- 2 Jan 2011
Tempat: Hutan Lipur Gunung Senyum, Temerloh, Pahang
Sasaran: Pelajar lepasan SMA/SPM/STAM/STPM/ASASI
Had Penyertaan: 120 orang sahaja
Yuran: RM 30 bagi 30 Penyertaan Awal dan RM 50 bagi selebihnya
*Kami masih membuka ruang kepada mana – mana Badan NGO dan perseorangan yang berminat untuk menyumbang untuk program ini. Bagi maklumat lanjut mengenai sumbangan, sila hubungi saya, Muhammad Qayyum bin Halele di:
q_fathone@yahoo.com.my
010-5765334 (CELCOM)
Monday, June 21, 2010
Selamat Pengantin Baru untuk Firdaus Saad & Syuhill !
Friday, April 3, 2009
Buku Terbaru ! Aku Terima Nikahnya 2 dan Rindu Bau Pohon Tin by Ust Hasrizal



Aku Terima Nikahnya (ATN) pergi terlalu jauh.
Terlalu melebihi jangkaan saya, malah mungkin penerbit sendiri.
Hingga sukar mengejar permintaan pasaran dan saban masa keluhan datang pada kesulitan mendapatkannya.
Penerimaan yang begitu menggalakkan terhadap buku ATN, adalah bukti bahawa persoalan cinta adalah persoalan yang besar. Mungkin ada sebahagian pembaca membeli buku ATN kerana mahu mencari formula cinta, tetapi akhirnya yang ditemui adalah hala tuju sebuah kehidupan. Cinta hanyalah terjemahan kepada pelbagai peristiwa dalaman yang berlaku di susuk tubuh seorang makhluk bernama manusia.
Sesungguhnya ATN hanya satu permulaan.
Bukan sekadar permulaan buat pembaca yang membacanya. Tetapi permulaan kepada saya selaku penulisnya. Banyak dimensi cinta, rumahtangga, keluarga, dan perjuangan di gelanggang Baiti Jannati yang Allah Subhanahu wa Ta’aala tontonkan kepada saya, pasca Aku Terima Nikahnya.
Setahun selepas pelancaran ATN, adalah setahun yang meributkan jiwa dan minda saya. Tatkala manusia terasa dirinya tiba ke matlamat dengan lafaz Aku Terima Nikahnya, rupa-rupanya ia hanya satu permulaan. Langkah pertama sebuah perjalanan luar biasa untuk manusia Bercinta Sampai ke Syurga.
Nantikan pelancaran buku Aku Terima Nikahnya ‘2′ bertajuk BERCINTA SAMPAI KE SYURGA pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, 17 - 26 April 2009 akan datang. Insya Allah.
Kali ini perasaannya mungkin berbeza. BERCINTA SAMPAI KE SYURGA adalah suatu pelayaran di tengah lautan tanda tanya, tentang realiti sebuah kehidupan berumahtangga. Lautan yang adakalanya hening dan damai memercik bahagia, ada masanya pula dilanda ribut taufan yang bisa menenggelamkan manusia yang cuba menduga laut cinta dengan kail yang kadar sejengkal.
Realiti yang lebih menguji dua kaki yang memijak bumi, juga tangan yang menggapai awan.
RINDU BAU POHON TIN
Semasa turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha, saya terhidu sesuatu.
Dalam merah senja terbenamnya mentari di bumi Qatar, hembusan angin membawa suatu aroma yang amat saya kenali. Baunya tajam menusuk jiwa, harumannya pantas mengheret saya ke dekad silam yang penuh kenangan.
“Demi buah Tin dan demi buah Zaitun…,” demikian sumpah Allah di dalam Firman yang agung.
Buah yang menjadi simbol Dataran Syam, bumi Palestin.
Setelah lama tidak menjejakkan kami ke bumi Arab, kunjungan saya ke Doha juga Dubai, telah membuka hati saya kepada sebuah kerinduan. Bukan merindukan cinta, bukan mengkhayalkan impian. Tetapi rindu kepada sebuah perjalanan Tarbiyah yang penuh suka dan duka, senang dan susah. Kembara anak rantau mengejar ilmu dan cita-cita di Dataran Syam…
Saya merindukannya.
RINDU BAU POHON TIN.
Buku pertama saya dari siri Travelog Tarbiyah ini Insya Allah bakal dilancarkan juga pada musim Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan datang. Jangan lupa untuk mendapatkannya, kerana ia adalah sejuzuk daripada kehidupan saya, yang saya kongsikan bersama pembaca dalam semangat Erti Hidup Pada Memberi.
PROMOSI
Insya Allah, saya juga akan mengisi sesi Wacana Buku bagi mengupas buku Bercinta Sampai ke Syurga yang akan dikendalikan oleh Ustaz Zamri Zainal Abidin (ikim.fm). Turut serta di dalam sesi ini adalah Ustaz Zulramli Hj Razali bersama bukunya U-Turn ke Jalan Lurus. Sesi ini akan diadakan di pentas utama ruang legar PWTC pada Sabtu 25 April 2009 jam 11 pagi.
Seterusnya saya dijemput untuk hadir bertemu dengan pembaca di gerai Galeri Ilmu Sdn Bhd pada hari yang sama, jam 3 petang.
Para pembaca semua dijemput hadir ke kedua-dua sesi tersebut.
Semoga semuanya berjalan lancar. Saya juga ingin mengajak pembaca untuk mendoakan taufiq dan ‘inayah daripada Allah Subhanahu wa Ta’aala untuk dikurniakan kepada sekalian warga kerja Jabatan Buku dan seluruh warga Galeri Ilmu Sdn. Bhd. yang sedang bertungkus lumus menyiapkan bahan-bahan yang bakal dipersembahkan di Pesta Buku nanti. Allaahumma Yassir wa Laa Tu’assir ya Kareem…
Semarakkan dunia buku, agar ummah meningkat mutu.
“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Mencipta…”
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Tuesday, February 24, 2009
SIDANA (Simposium Perdana Mahasiswa Islam Malaysia 2009 )


(Tokoh-tokoh anak muda yang progresif)



(Pemimpin Politik dan Korporat yang Teruji)

(Ahli Akademik yang Berkaliber)
Ini projek terakhir saya di UM.
Perasmian : Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Haji Idris
(TNC HEPA Universiti Malaya)
3 Panelis untuk Forum 28 Feb 2009
Masa: 9 - 11 malam
Tajuk: “Mahasiswa Malaysia vs Mahasiswa Luar Negara”
1) Ustaz Ramadhan Fitri Elias (Mantan YDP PMIUM 2004/05)
2) Saudara Feriz Omar (Presiden ProWaris)
3) Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim (Profesor UM)
Moderator : Sdr. Shazni Munir Mohd Ithnin (Jurucakap GAMIS)
4 Pembentang Kertas Kerja pada 1 Mac 2009
Masa: 9 pagi - 5 petang
1) YB Saifuddin Nasution (MP Machang)
Tajuk: “Mahasiswa Sebagai Elemen Sedar Masyarakat”
2) Prof Dato’ Mohammad Abu Bakar (Dekan FSSS UM)
Tajuk: “Kampus, Keresahan Intelek dan Kebangkitan Mahasiswa”
3) Sdr Md. Hisommudin Bakar (Mantan YDP MPMUM 2001/02)
Tajuk: “Ke Arah Kesatuan Mahasiswa Islam Malaysia”
4) Dato’ Mohd Nadzmi Mohd Salleh (Pengerusi Proton Holding Berhad)
Tajuk: “Mahasiswa Islam Sebagai Pemain Ekonomi Penting Masa Hadapan”
Ucaptama : Datuk Paduka Ibrahim Ali (Presiden PERKASA)
Pendaftaran percuma…datang jangan tak datang..hehe..
Diambil dari http://hasbiemuda.wordpress.com
Monday, February 16, 2009
Konsert Amal MANIS V
Konsert Amal MANIS V
Tarikh : 21 Mac 2009 (Sabtu)
Masa: 8.oo malam
Tempat : DECTAR UKM
Tema : Keamanan Sejagat bersama In-Team, Far-east, Nice dan Devotees.
Anjuran : Ikatan Studi Islam UKM
Hasil jualan tiket turut disumbangkan kepada Aman Palestin..Berhibur sambil menderma..
Berminat untuk turut menyertai , boleh dapatkan tiket:
1. Kak Aishah Shamsudin PISMK 7.01 (013-3926281)
2. Kak Muslihah Zaki PISMK 7.01 (013-9141163)
Tuesday, February 10, 2009
When :Fri, February 13, 8:30pm – 10:00pm
Where :Balai Islam Kolej 8, UM
***************************************************************************************
Talk Show "Hari Kekasih" Anjuran Nisa' Shah Alam @ Kompleks PKNS Shah Alam
When: Sat, February 14, 9am – Sun, February 15, 12am
***************************************************************************************

