Thursday, June 9, 2011

Bismillah..

Betulla.. persekitaran bnyak pengaruhi kita. dengan siapa kita bersahabat juga mempengaruhi kita. namun jika kita kuat, insyaAllah kita tak akan 'terjerumus' dengan persekitaran yg kita tidak suka tu. it same goes with prinsip hidup kita.. itu juga benda yg sama. itu juga isu yg sama. kuat atau lemah kita, sebenarnya adalah terletak pada diri kita. dan lifestyle apa yg kita mahukan, kita juga sendiri tentukan. ya Allah pimpinla hidup kami pada jalan yang KAU mahukan.. rindu rase kat blok E, Maktab Perguruan Islam. banyak sungguh nostalgianya. dengan sahabat2 yg sama kefahamannya, yg susah senang sama2.. masa lapar,lapar sama2,kenyang juga sama2.. joging merentas ILIM dan juga AMSA.. tapi lepastu makan makanan yg berat2..dush! aku la tu..joging dah la main2 je.. hilang entah ke x kalori tu.. heheh. yg semangat joging xlain xbukan, kakzah la:) tu selim melim tu. jeles i.. hehe.. alhamdulillah indahnya ukhwah :)

rasanye baru saja kan semua tu berlalu pergi? tapi tup tap tup tap dah masuk tahun ke 2 dah tinggalkan Maktab Perguruan Islam(MPI).. bila dah bekerjaya susah dah nak rasa ada sahabat2 yang sebaya camgini.. sebab bila dah keje, tempat keje tu dikeliling oleh orang2 yang jauh lebih dewasa..kat tempat keja aku tu kira aku newbie la..paling muda.. aku pulak jenis xpandai nak suaikan diri.. tapi cikgu2 smua baik2..alhamdulillah..

aku nak cakap sikit la pasal satu iklan shampoo kat tv ni.. kite sbg viewers ada hak utk komen coz masing2 ada right utk bersuara bukan? aku simpulkan iklan tu ; 1- emak si lelaki tu sibuk puji tang rambut si perempuan yg anak die kenalkan pada dia dan suami.. my own opinion; zaman sekarang itu lah yang orang pandang, paras rupa, penampilan, gaji berapa ribu sebulan..itu semua perkara normal.. xsalah nak nilai orang dari sudut yg aku cakap tadi tu, cuma kena hati-hati la, sebab mungkin kalau orang yg kita nilai tu,dia mungkin terasa hati bile kita nilai dan seolah-olah kita ni memandang rendah pula pada dia.. iyela. ni semua soal rezeki. Ada orang, muka si teruna tu memang hensem  dan si dara pulak gorgeous. Ada orang gaji bulan2 cecah 4000, ada orang tu 800 je.. ni pun soal rezeki. Jangan la duk komen2 orang (lebih2 klu time wedding day), "..isshh xensem pun eh pengantin lelaki tu eh, xsepadan la..". Dush, ni satu penumbuk i nak bagi kat u ni.. dah itu jodoh dia, nape nak kompelin2 pulak nye.. Allah lebih tau sama ada mereka ni sepadan atau tak.. dan ngape pulak yg si emak tu xfikir la pulak, "..ngape la perempuan yg anak aku suka ni xpakai tudung eh?"

2- bagi diri aku terutamanya yg menggalas title 'ustazah' ni,perlu la ingat2 sikit title tu sebab 'ustazah' ni tentula bnyak ilmu agama yg die dah belajar, dan bagi aku bagi orang title dia 'ustaz', xbanyak sangat cbaran berbanding 'ustazah' .contohnye, kalau xpakai tudung, orang akan ngata dah. kalau pakai baju ketat pun orang akan pelik.. jadi sama2 la jaga ye. sebab ni apa yg aku nampak sendri dan ada orang yang cerita kat aku coz dia nampak 'ustazah' tu xmembawa imej ustazah apabila berada di luar..dia jumpa ustazah tu baru2 ni.. aku yg cakap ni lebih2 lagi la kena jaga.Ya Allah, tolong pimpin hidup kami mngikut jalan yang KAU mahu dan redhai..

3- satu lagi, pasal hubungan kekeluargaan.. aku dengan paksedara sabit aku(dia kahwin dengan mak saudara aku) tu aku xtau nak biase kan panggilan ape kat dia.selalu je jumpa ms kat kampung, tapi sebab xdibiasakan panggilan seperti 'pakcik' or 'pak long ke', so bila dah besar ni, xtau nak panggil apa.sbb xdibiasakan dari kecik lagi..solution; bila ada anak nanti, ajar2 la anak dengan panggilan apa2 sejak anak tu kecik lagi.xla dia rasa kekok nak panggil mak saudara dan pak saudara dengan gelaran apa bile dia dah besar nnti..

4- masih psl hubungan kekeluargaan; kita dengan adik beradik sebelah ibu kita dan sebelah bapa kita adalah satu hubungan yg sangat rapat2. emak saudara dan pak saudara. tapi kadang, insan terdekat dengan ibu dan ayah kita pun kite rasa xbiasa. rasa jauh. padahal tu ibarat mcm emak dan ayah kita juga:(. why this happen? dengan sepupu pun rasa jauh je. apa yg readers fikir skrg? ade solution x?

5- alhamdulillah, ternyata tabiat abah yg sokmo balik kampung hujung minggu,selalu ziarah makcik-makcik aku buat aku rasa semakin dekat dengan emak2 sedaraku dan sepupu aku.. betul la..ziarah menziarah ni ternyata perkara yg paling berkesan utk merapatkan hubungan kekeluargaan.. sekejap pun xpe, yang pentig datang lawat.. harap2 insya Allah aku akan dapat teruskan sikap abah yang suka ziarah ipar2 dia di kampung dapat aku teruskan... aku pun otomatik dapat lawat2 nenek, maksedara2 yg aku sayang, dan sepupu.. terasa ingin dipeluk oleh arwah To'ki seperti ms aku masih kecik2 dulu. Ya Allah , jagalah to'ki kat sana ye..

6- perkara yg xpatut terjadi tu dah terjadi perkara yg biasa bagi kita. contoh, isu ada bayi yang dibuang, mayat bayi yang ditemui la... mula2 kita baca kt srtkhabar tu bukan la perkara biasa...tpi bila benda tu selalu je ada terpampang kat suratkhabar, kita pun dah xrasa apa2..rasa biase je.. apa solutions ? di sinilah pentingnya peranan ibubapa dalam mendidik anak2... tengok la Asy-Syahid Imam Hassan Al Banna adalah orang yg sibuk tapi sangat mesra dengan anak-anak dia. punya jiwa sangat lembut dengan anak-anak..

Jumpa lagi..insya Allah

WALLAHUA'LAM

No comments: