Sunday, October 10, 2010

Selepas Menjalani Temu duga SPP



Tindakan Susulan selepas menghadiri temu duga SPP..

Bila korang sudah menjalani Temu Duga Pelantikan ke Jawatan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG 41 maka dalam 1 bulan setengah korang semua boleh semak keputusan temuduga di laman web SPP. Sbb klu nak tunggu result via surat boleh, cuma kemungkinannya surat tu akan sampai lambat di sekolah(surat dipos ke sekolah korang).. Tapi sy hari tu tak sampai sebulan setengah pun. Kira dalam sebulan tu dah boleh tengok2 la kat laman web SPP kot2 dah keluar result. Dan jgn risau sbb in sya Allah semua lulus. Jarang la kes yang gagal

Surat tersebut bertajuk :

Tawaran Pelantikan Tetap Sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah

Bila kalian dapat surat ni, korang kena

1- lengkapkan dan tandatangan borang Setuju Terima Tawaran Pelantikan (surat disertakan bersama surat tawaran)

2- buat medical check up ( bagi yg pregnant bleh menangguhkan pemeriksaan X-Ray dengan perakuan doktor ). tapi ujian2 lain rase nye boleh je buat).. utk kepastian, cuba tnya kat cikgu2 lama kat sekolah, mereka lebih tau. =). (borang utk medical check up tu disertakan)

3- angkat sumpah kat Mahkamah (Surat Akuan Sumpah tu disertakan bersama surat tawaran)

4- lengkapkan dan tandatangan Surat Akuan Janji (Surat Aku Janji tu disertakan bersama surat tawaran)

5- Isi borang tapisan keselamatan. Utk maklumat lebih lanjut cuba tanya kerani ya

Selepas tu, kerani akan pos hal 1 2,3 dan 4 ke tempat yg kena pos. Yg hal 5 (tapisan keselamatan) tu pun kerani akan pos ke tempat dia.. kira asing-asing la. satu utk hal 1,2,3,4 dan satu untuk hal 5.

Moga Allah mudahkan kita semua

WALLAHUA'LAM

~moga mendidik ini dikira ibadah oleh Allah bila ikhlas kerana Allah

bersambung seterusnya di bawah ni...

---------------------------------------------------------------------------
Selepas Menjalani Temu duga SPP (2)
Untuk Semakan Online selepas Temu Duga SPP tu, korang just klik kat sini Semakan Keputusan Temu Duga SPP


Selepas tu masukkan no I/C korang dan kata laluan.. Kalau lulus (in sya Allah lulus punye), Kat situ akan tercatat "Tarikh Surat Tawaran Pelantikan".


Ape2 kemusykilan tanya je eh =)

2 comments:

GoTHiC Ai said...

tumpang tanya, kalo kita ditempatkan terlalu jauh dr negeri sendiri, lps tu kita nak tolak tawaran tu boleh ke? adakah nama kita akan di black-list kan?

debu86 said...

maaf gothic. sy bru dpt online. seeloknya jgn la tolak.. lec kt maktab dulu pesan, pape pegi je dulu skolah tmpt yg kte dpt posting.. ada kwn xpegi tmpat die dpt posting tu, tpi xtau la skrg ni die dpt posting ke blum. tapi dari segi senioriti , rugi la sbb kawan2 lain yg sm batch dah pegi temuduga SPP utk lantikan bahkan dah sah lantikan(DG 41), tapi die belom lagi.. better pegi dulu tmpat yg ditawarkan tu.. dpt merasa tempat org sekejap..pengalaman tu :)