Wednesday, September 29, 2010

Mujahadah = Didiklah hati..

Semalam dah lepas. Yang ada hanya hari ini. Esok adakah masih ada? Kite blum pasti dapat kecapi esok hari. Tapi hari ini pasti.

Hari ni dan semalam. Adakah masih sama? Aku teruk kalau hari ni lebih buruk dari hari semalam.

Moga hati ini terus terdidik dengan mujahadah. Mujahadah.. Ya Allah kuatkan imanku. Sukarnya mujahadah.

Beruntunglah bagi mereka yang mensucikan hatinya. Melunakkan hati. Berzikir mengingati Allah.

Kita ni manusia bukanlah sape2 di hadapan sekalian manusia sekalipun tinggi jawatan dan kuasa yg kita pegang. Kerana kita tidak punya apa-apa kerana apa sahaja ; anggota tubuh badan kita itu pun Allah yang beri pinjam. Nikmat melihat, menggerakkan tangan untuk menaip ini, sape lagi yang bagi kalau bukan Dia ? Macam-macam nikmat lagi Dia bagi. Kalau buat list ; tak terlist punye sbb banyak sangat. Alhamdulillah ya Allah... andai kamu hitung nikmat2 Allah nescaya tidak akan terhitung.

Nikmat dari Allah lebih banyak berbanding musibah yang Dia beri

~aku insan hina~

WALLAHUA'LAM

No comments: