Sunday, September 5, 2010

Jodoh (Part 2)

HALANGAN-HALANGAN @ TITIK KESUKARAN

Antara faktor yang menghalang hasrat nikah itu untuk diteruskan ;

a) belum ada pekerjaan yang tetap,
b) faktor penyakit
c) kebiasaannya jika lelaki tu anak lelaki tunggal di dalam keluarga dia atau pun lelaki tu bukannya satu-satunya anak lelaki tunggal namun dia adalah anak yang diharap utk membela nasib keluarga (kebiasaannya ini berlaku apabila salah seorang dari ibu bapanya telah meninggal dunia)
d) faktor si ibu yg tak mahu berjauhan dengan anaknya jika anaknya berkahwin dgn orang jauh. contoh; utara vs timur
e) faktor tak dapat terima apa2 yg ada pada diri calon pasangan (jns perfectionist).
f) faktor tak dapat lupakan bekas kekasih padahal ex-nya tu dah meninggal dunia,
g) faktor si lelaki tu dah bekerja tapi si perempuan tu masih lagi belajar di University

Dan macam2 faktor. bagi yang menerima halangan sebegini, berusahalah untuk mengatasi halangan-halangan yg kalian hadapi dan berdoa. everyone have their own hard times..But we still have Allah.

Faktor jarak jauh means perkahwinan jarak jauh (PJJ) antara halangannya juga.

PENGALAMAN SENDIRI

Ada antara halangan di atas tu adalah pengalaman Na sendiri. Ada juga pengalaman kawan2 Na. Seorang sahabat baik Na (perempuan); dia ada penyakit kencing manis, lelaki tu takut nak kenal dgn dia, padahal kawan Na ni solehah dan dah ada keje tetap. Ada kawan (perempuan) Na yg sorang lagi tu dah tunang, tapi bakal mak mertua dia tak bagi lagi kahwin sbb dia belum dapat kerja tetap lagi (ms tu dia memang down sangat2 dengan ujian yang dia terima). Ada juga yg nak taaruf dgn seseorang lelaki, bila dia tau je perempuan tu carriers talasemia, terus senyap takda berita. Ada juga yg nk bertunang,terpaksa cancel tunang padahal saudaramara n jiran2 rapat dah tau dan barang2 utk majlis tunang dah pun beli sbb mereka dah decide tarikh untuk tunang). And that makes the girl fobia nak bertunang sampailah sekarang. Halangan mereka sebab masing2 disahkan carriers talasemia, so mudarat besar pada keturunan kalau mereka kahwin.

Dan mungkin juga faktor si ibu yang ada calon lain untuk anak dia dan mengkehendaki si anak akur pada kehendak nya (si ibu).

NASIHAT UNTUK MEREDAKAN JIWA YANG BERSEDIH

Majlis tunang tu sepatutnya buat sekali dengan majlis tahlil. tapi Allah merancang Na dan calon Na tidak akan disatukan dalam majlis tunang (Allah merancang dan mentakdirkan yang terbaik untuk Na). Majlis tu tetap dijalankan as we've planned, tapi kami sekeluarga buat majlis tahlil sahaja. Ada seorang Makcik yang pesan kat Na masa majlis tahlil tu. Mak Cik tu pesan "Allah tu Maha Kaya...".tersentuh dgn nasihat tu. Urusan tunang tu urusan Dia kan. Xkan Dia nak zalim kat Na. Serah pada Dia. Na hanya merancang, hanya berusaha, after dah usaha, berserah pada Allah. Kita merancang, Allah merancang, namun percayalah Allah merancang benda yang lebih baik untuk kita dan Allah Maha Mengetahui, kita as human bukannya maha tahu segala. Pegangla dengan yang tu.

Bagi yg pernah sampai pada tahap cinta or jodoh yang tak kesampaian, mungkin ada rasa tak redha pada apa yang dah ditetapkan oleh Allah namun ingatlah Allah itu tetap Maha Adil pada semua hambaNya. Yang diberiNya itulah yang terbaik walaupun segenap penduduk dunia rasa itu benda yang tidak baik.

SESUATU YANG HILANG PASTI DIGANJARKAN ALLAH NIKMAT YANG TAK TERSANGKA SELEPAS ITU

Semua orang pernah rasa kehilangan. hilang orang. hilang kawan. hilang cinta. and so on. Yg Na nak story kat sini. Masa kat maktab dulu duit Na hilang. RM200. Na tak story kat sape2. Once duit tu hilang, Na betul2 redha pada Allah. Tak tersangka, Nenek Na bagi Na duit (memang habit dia akan bagi duit untuk Na guna belajar setiap kali Na ziarah jumpa dia kat kampung). Cuba teka berapa Nenek Na bagik? RM10? RM50? RM100? Tak. Semua salah. Korang ni tak pandai meneka la !. Gurau je =). Alhamdulillah Nenek Na bagi RM200. Sebijik-sebijik dengan total duit yg Na hilang.

MUSIBAH ITU KEBIASAANNYA NIKMAT DARI YANG MAHA PENYAYANG LAGI MAHA MENGASIHANI

Dalam musibah ada nikmat. Ada kasih sayang. Kasih sayang tak terbelah bahagi dari Pencipta kepada hambaNya. Kasih sayang yang tak terbelah bahagi lebih daripada rasa sayang seorang ibu kepada anak yang di dalam kandungannya. Dalam musibah still ada nikmat. Dalam nikmat pastinya ada cinta yang tak tergambar berapa luasnya. Betapa dalamnya. Tak terkiranya kasih sayangMu kepada ku, ya Robbi! Walaupun hambamu ni selalu alpa padaMu, bermaksiat padaMu, itu semua tak membuatkan Kau memutuskan rahmatMu dan rezekiMu padaku. Nikmat yang Kau beri SANGAT BANYAK , BERTERUSAN DAN TIDAK PUTUS-PUTUS, sedangkan musibah yang Kau datangkan SANGAT KECIL , ADA MASA-MASANYA (means bukan setiap masa dan bukannya selalu ku terima). Musibah dariMu adalah punca dari khilaf manusia sendiri. Apakah masih aku mahu menjadi hamba yang takbur dan sombong lantas tak mahu mengucap syukur pada Allah? Masih tak sedarkah bahawa kita adalah seorang hamba. Hamba Allah. Aku adalah raja bagi diriku sendiri,namun aku tetap hamba kepada Allah. Apakah adab seorang hamba dengan Raja nya? Raja sekalian raja-raja. Kita masuk syurga nanti in sya Allah juga adalah dengan rahmat Nya.

It same goes with jodoh. Yang hilang pasti ada gantinya. Amalkan berdoa, " Ya Allah gantikanlahku dengan ganti yang lebih baik darinya". Yakin di situ. Barangkali diri sendiri belum sedia untuk memikul tanggungjawab as seorang suami or seorang isteri ketika itu. Namun ada seorang sahabat sy ada berkongsi; dia dulu masa nak berkahwin bukanlah bersedia sangat untuk berkahwin, tapi mungkin sebab rezeki. Rezeki dia untuk berkahwin dan rezeki dia untuk berkahwin dengan pasangan yang sangat2 soleh.

Titik kesukaran itu pasti dapat dilepasi juga satu masa nanti. Percaya lah. Berdoalah agar Allah mudahkan. Namun jika Allah mahu menguji dengan titik kesukaran yg kita terima itu dengan Allah akan menjanjikannya pahala atau ada sesuatu yang tersirat di sebaliknya, kita perlu redho padaNya. We must remember, Ilmu Allah adalah tidak terbatas dan dia Maha Luas PengetahuanNya. Kita manusia selalu mentafsirkan musibah itu atas ilmu kita yang sangat cetek dan amat terbatas oleh satu ruang lingkup saja.

CHEMISTRY YANG BEGITU KUAT

Bila difikir-fikir, bagaimana dua orang itu boleh membuat keputusan untuk berkahwin? Adakah tak ada halangan2 yg telah Na sebut kat point2 sebelum ni. Bagaimana mereka ada chemistry yg begitu kuat? Unik kan percaturan Allah terhadap hal jodoh ini. Halangan itu Na yakin sama ada ianya kecil atau besar, halangan tu tetap ada. Lalu, bagaimana mereka masih boleh berkahwin walhal halangan mereka itu sebenarnye boleh membantutkan mereka berdua untuk berkahwin? Sebab itu orang cakap jodoh ni rahsia Allah.
 
Jawapannya mudah;kerana mereka ada jodoh dan jodoh mereka panjang ke pernikahan.
 
Bagi yang diuji dengan susahnya jodoh ; ingat la ada orang lain yang jauh lebih kuat dan besar dugaan dia lebih dari kite. Masa tengah frust sbb taaruf tu stop sekerat jalan, at that time kite rasa kite la yang paling hebat diuji. Sedangkan tak semestinya. Ada orang lain yg umur 30an still belum jumpa jodoh dia. Kita yang still 20an ni, tak kan tak boleh sabar sikit kot.

Sahabat Na penah pesan, mungkin sekarang belum masanya untuk kawin, jadi Dia belum beri(trima kasih kak shazana atas nasihat ni). Cuma tinggal kite ni sabar or tak sabar (dalam bahasa kasarnye gelojoh; maaf,sy jenis guna bahasa kasar untuk tegur diri sendiri.artikel ni khas untuk diri sendiri dan umum untuk semua).
 
Berusaha, berdoa,tawakal sahaja lah. Kan sumenya Allah dah tetapkan untuk kita. (Apa-apa pun walau sudah ditakdirkan, kite still tetap kena usaha. Usaha) Tinggal bila masa je yg kite xtau. Tinggal sape jodoh kita tu, tu kite tak tau. Ada jodoh kat dunia ni, sampai masa nanti ade la. Sampai masa nanti datang la dia.muncul la dia. dari ceruk mana yg selama ni dia sembunyikan diri dia. Tapi, kalau xde kat dunia, xpe la. cuma if ada jodoh nikah, harap2 Allah beri rezeki zuriat.untuk memastikan keberterusan perjuangan Islam keturunan.Amin. supaya ada anak2 soleh yg akan doakan once kite mati nanti. Nikah kerana agama.

KAHWIN @ NIKAH ITU TANGGUNGJAWAB

Untuk mencapai hasrat berkahwin itu jangan sekadar diangan-angankan yang indah-indah sahaja. Tidak semua yang kita inginkan akan ada pada diri pasangan kita. Faham memahami. Toleransi. Sedia menerima diri pasangan. Berusaha mengubah untuk jadi yang lebih baik

Bagi yang berhajat untuk berkahwin buatlah usaha dan persiapkan diri ke arahnya. Yang menjadi persoalan utama, adakah anda berusaha untuk menemukan jodoh anda tersebut. Baik lelaki mahupun perempuan, adalah sama. Jangan hanya menunggu. Carilah.

Namun, bukan bermakna sy ingin kalian yang masih muda dan belum bersedia untuk memikul tanggungjawab suami /isteri bertindak mencari sekarang. Lihat juga masa. Pilih masa yang sesuai. Penuhi diri dengan persediaan-persediaan ke arah sebuah perkahwinan. Menjadi seorang suami atau seorang isteri pasti melalui detik-detik sukar bukan detik gembira sahaja. Pasti ada benda baru yang kita kena hadapi. Tapi tak suka dengan alasan macamni "mencari sekarang dan niat untuk kahwin dalam bertahun-tahun yang akan datang". Barangkali akan datang hujah seperti , "aku mahu cop awal-awal" "kalau lambat nanti orang lain kebas". Bertahun-tahun itu masa yang sangat panjang. Masa yang terlalu panjang. Bahaya kalau terlalu lama.

Bertahun-tahun dulu sy ada menyuarakan pada naqibah usrah sy yg ketika tu beliau berada di luar negara. Sy ketika itu tengah berkawan dengan seorang lelaki ni. Masa tu masih freshies. Baru masuk degree (sm ada first year or second). So, niat kami untuk nikah tu dalam 4 tahun lagi =ketika sy habis pengajian nanti. Sembang YM dengan beliau. Sy meminta pandangan dari dia. Dia menjawab. "Kalau bertahun-tahun baru nak kahwin, tu nak berkawan, bukannya nak berkahwin". Tambah dia lagi. "seperkara lagi, restu ibu bapa tu penting kalau mahu bernikah."

Doa dan pengaduan sy kepada Allah dalam lewat doa-doa saya, "Ya Allah, temukanla aku dengan suami ku dalam masa yang tak lama lepas tu, kami dapat berkahwin". Sy sedar batas dan kemampuan diri sy. Dugaan banyak. Dugaan dalam diri sendiri itu yang paling sukar untuk ditangani. Bagi yang seperti sy; kita bukan jenis yg bercintan-cintun, pegang tangan bawak ke sini ke mari.

BAGAIMANA ANDA MAHU SELAMAT DARI DUNIA YANG SEMAKIN MENCABAR ?

Berapa ramai yang sudah terlanjur disebabkan cinta mereka? kawan sy sendiri. dia tak nak anak tu. alhamdulillah dia tak la gugurkan kandungan dia. alhamdulillah baby tu lahir dengan selamat. Tapi bila di luar nikah, rasanya dan nikmat memiliki anak pasti berbeza dibandingkan baby yang lahir dari ikatan perkahwinan yang sah.

Ini kes yang kita tahu. Yang kita tidak tahu pula berapa ?

Di mana kurang dan di manakah silapnya? Siapa yang layak dipersalahkan dalam hal ni? Moga Allah sentiasa memelihara diri kita

Yang mendapat didikan dari sekolah menengah agama pun bukan merupakan satu jaminan untuk tidak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak baik. Yang di Universiti mengambil kos Pengajian Islam, Bahasa Arab, Usuluddin or Syari'ah or mana2 cabang dalam agama boleh juga terjerumus dalam kancah sebegini. Sepupu lelaki sy sendiri yang dulunya bersekolah menengah kebangsaan biasa adalah lebih baik dari sy (sy berlatarbelakangkan sekolah menengah agama). Kuat ibadahnya. Kalah saya yang dulunya bersekolah agama dan mengambil jurusan agama semasa di kampus. Di Universiti yang mengambil kos bukan agama ada yang lebih baik dari yang mengambil jurusan agama dari bab menjaga auratnya. Dan kalau tengok dekat sekolah pun boleh nampak. Cikgu yang mengajar Sains, yang mengajar English or Mathematic memakai tudung labuh. Sedangkan ustazah segelintir saja yang pakai tudung labuh.

PASCA PERNIKAHAN ; *TUNAIKAN HAK TERHADAP PASANGAN

Bagi yg dah sudah kawin, tahniah dan bersyukurla sebab kalian dah jumpa jodoh kalian. Jagalah pasangan baik-baik. Sayangilah pasangan. How do u appreciate your spouse? Think. And muhasabahlah. Takut2 ada hak yang kalian tak tunaikan kat pasangan kamu tu. Be aware ya =). Please re-check.

~~ enough said.continue later
~ entri ni dah lama tulis, dekat2 sebulan gak peram dlm laptop 

Astaghfirullah

WALLAHUA'LAM

No comments: