Thursday, August 26, 2010

Jodoh (Part 1)

Artikel ni sekadar perkongsian. Rasanya entri ni ambil masa yang sangat lama untuk ditulis dan dikongsikan dengan semua. Diedit berkali-kali. Topik ini sangat besar bagi sy.

Ambil mana yg benar. Ada part yg sensitif dlm entri ni kalau kalian teruskan baca. Artikel ni khusus untuk memperingatkan diri sendiri dan umum untuk semua. Ambil mana yg benar. This entry keseluruhannya agak panjang, so sy akan publish sikit2.


JODOH DAN TITIK-TITIK KESUKARANNYA

Ramai yg menghadapi benda ni. Benda yang di dalam pengetahuan Allah dan di luar pengetahuan manusia. Benda yang sangat rumit untuk dimiliki seandainya jodoh anda belum sampai biarpun setelah anda usaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya! Seandainya kalian tiada jodoh dengan orang yang kalian suka, janganlah terus distopkan usaha-usaha selepas itu. Berusahalah lagi. Carilah pengganti. Waktu berdukacita pasti akan berlalu. Bukankah hidup kalian perlu diteruskan. Kegembiraan dan kebahagiaan pasti menjadi milik anda nanti. Pasti si dia pasangan hidup yang kalian tunggu-tunggu akan muncul jua nanti. Seandainya jodoh anda putus di pertengahan jalan pasti akan datang insan yang jauh lebih baik darinya. Teruslah berdoa. Walaubagaimana pun putus asa itu pasti mencelah dalam ruang hati selagi masih bergelar manusia. Namun jangan putus asa selamanya ! Kerana nikah itu anjuran Allah S.W.T dan sunnah Rasulullah S.A.W di samping ianya adalah fitrah  !

Al Quran itu antara nama lainnya adalah al-huda (petunjuk). Carilah petunjuk di dalam Al Quran. Teringat sy ketika pening memikirkan soal jodoh ini. Sy ketika itu membuka tafsir untuk melihat ayat-ayat Allah (yang dihadiahkan oleh Abah setelah beliau pulang dari Medan tahun lepas). Mencari ayat demi ayat. Lama sudah ketika itu rasanya tidak meneliti makna Al Quran dan  menyediakan masa untuk memahami maknanya.  Kerana lazimnya hanya sekadar membacanya. Tak berapa lama kemudian, sy menutup tafsir tersebut dan beberapa kali mengalihkan jari untuk mencari helaian mana yang sy hendak membukanya kembali. Dengan harapan bila sy membuka helaian tersebut nanti, Allah bakal menemukan saya dengan ayat-ayatNya untuk membantu sy mendepani situasi sukar tersebut. ALLAHUAKBAR ! Alhamdulillah. jemari sy membuka helaian dari surah Ar-Ruum. Mata sy betul-betul teralih pada muka halaman kiri ketika sy membuka helaian itu. Mata meneliti ayat-ayat tersebut. Hinggalah pada Ayat 21. Sy terhenti seketika. Sy benar-benar terpaku.

Yang bermaksud : "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. "

Subhanallah sy jadi tenang dengan ayat itu. Allah Maha Besar. Ayat tersebut menambahkan keyakinan sy bahawa Islam itu agama yang benar. Dan Allah itu ada lagi maha dekat. Sy yang buntu ketika itu menjadi tidak buntu.

~smpai sini. in sya Allah sambung lagi nanti. ~

astaghfirullah. 
WALLAHUA'LAM


No comments: