10/03/2010 11:32am
DUBLIN 10 Mac – Polis Ireland menahan tujuh suspek yang dituduh terlibat dengan komplot cubaan membunuh penulis kartun Sweden yang menghasilkan lukisan Nabi Muhammad dengan berbadan anjing.
Menurut polis, empat lelaki dan tiga wanita ini ditahan di selatan negara ini dalam serangan pagi semalam.
Siasatan tersebut turut melibatkan agensi penguatkuasa undang-undang di Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Eropah.
Al-Qaeda sebelum ini meletakkan ganjaran sebanyak AS$100,000 (RM334,275) kepada sesiapa yang membunuh pelukis yang dikenali sebagai Lars Vilks ini. – AP
**
Debu86 : Orang yang duk nak kena-kenakan Nabi Muhamad SAW tu orang yang dah sangat 'ketakutan' dengan seruan agama yang dibawa oleh Baginda.