Wednesday, January 20, 2010

VT oleh Hilal Asyraf

Now, tuan punya blog ni tengah read VT oleh Hilal Asyraf. Buku ini sangat baik untuk dibaca. Kat bawah ni cover VT. Terima kasih utk Miss Nurani coz lend this nice book to me





Kat bawah ini ada trailer novel beliau. 


  ________

Penulis: Hilal Asyraf


” Semua sudah bersedia?”

” Sudah”

” Kita hendak kalah atau menang?”

” Menang”

” Adakah kita hendak tunjukkan kita ini lemah?”

” Tidak”

” Adakah kita ini lemah?”

” Tidak”

” Siapakah yang terhebat?”

” Kita”

” Mesti main dengan baik?”

” Mesti”

” Permainan kita adalah ibadah?”

” Ibadah”

” Yang terbaik untuk siapa?”

” Untuk ISLAM”

” Jadi kita mesti menang”

” Menang,”

” Menang,”

” Menang”

” Menang”

” Vanguard!!!”

” Huh!!!”

Semua 12 pemain melangkah keluar dari bilik persalinan.




Seluruh dewan gamat. Tepukan gemuruh dan sorakan penonton membuatkan dewan menjadi bertambah hangat.

” Aah… ramai penyokong” Iskandar mengangkat wajah sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Dia dengan wajahnya yang tiada perasaan. Dia memang suka buat muka begitu.

Serentak dongakannya, sebilangan penonton melaung-laung namanya. Ada juga yang menjerit-jerit nombor jersinya, 10.

Bahunya tiba-tiba ditepuk. Iskandar menoleh ke sebelah kanan. Rakan sekumpulannya, Umayr sedang tersenyum.

” Mereka adalah penembak doa” Bisiknya sambil mengangkat tangan kepada penyokong. Penyokong menjerit-jerit nama Umayr sambil mengangkat kain rentang yang menunjukkan sokongan mereka. Ada juga kain rentang yang menunjukkan gambar dua belas pemain Vanguard. Malah ada juga kain rentang yang terlukis di atasnya lambang kumpulan Vanguard.

” Yosh, nampaknya hari ini kita perlu menunjukkan permainan yang terbaik” Asid, atau nama sebenarnya Rashid bercekak pinggang sambil tersengih melihat penonton.

Thoriq yang baru membetulkan kasut memandang tiga orang teman di sebelah kirinya itu. ” Kita tak boleh mengecewakan mereka” Dia mengukir senyuman manis. Rambut hadapannya yang jatuh menutup dahi ditarik ke belakang.

” Erm… Pastinya kita juga tidak boleh mengecewakan ISLAM. Kita adalah syahsiah yang membawa risalah. Kita hendak tunjukkan kepada mereka kuatnya orang yang menjadikan permainan itu ibadah” Fatih, pemain berjersi nombor tiga bersuara. Cermin matanya di tolak sedikit ke atas. Kata-katanya disambut anggukan teman-temannya. Kemudian Fatih menoleh ke sebelah kanannya.

Seorang pemain yang memakai jersi nombor sembilan, hanya senyap tidak bersuara.

” Kapten kumpulan” Kedengaran suara pengadil utama memanggil.

Pemuda berjersi nombor sembilan bergerak ke arah pengadil.

Dewan bergegar dengan tepukan gamat daripada penonton. Nama pemain yang memakai jersi nombor sembilan itu dilaung-laung.

Selepas berurusan dengan pengadil, dia menghulurkan tangan bersalaman dengan kapten kumpulan lawan.

” Nampaknya kumpulan kamu mendapat sokongan hebat, boleh saya tahu apa rahsianya?”
Pemain bernombor sembilan hanya tersenyum, tanpa sepatah kata, dia  terus berlalu.

” Pelik” Kapten lawan bersuara sendiri. Pertanyaannya tidak mendapat balasan.

” Baik, semua pemain sila masuk ke dalam gelanggang”

” Melangkah dengan bismillah” Pemain nombor sembilan itu bersuara mengingatkan teman-temannya.

24 orang pemain dari dua kumpulan melangkah masuk ke gelanggang. Kumpulan Vanguard melangkah sambil mendesis basmalah.

Selepas bersalaman dan keluar semula dari gelanggang, setiap kumpulan menghantar enam orang sebagai pemain utama yang masuk kegelanggang untuk bertanding.

Kumpulan Vanguard diwakili Iskandar, Umayr, Thoriq, Fatih, Asid dan pemain berjersi nombor sembilan.

Sebaik sahaja semua sudah melangkah masuk, apabila semua  pemain berada di posisi masing-masing, dewan yang gamat tiba-tiba menjadi senyap dan sepi. Sesepi dunia di subuh yang hening.

Semua mata tertumpu kepada  pemain Vanguard bernombor Sembilan. Dia sedang menyatukan kedua telapak tangannya dan mendekatkan jarinya ke hidung dengan menundukkan kepala. Seakan-akan berdoa, sekaan-akan bertafakur. Semua penoyokong kumpulan Vanguard mengikuti tindakannya. Lima orang lagi pemain Vanguard yang berada di dalam gelanggang hanya tersengih. Kumpulan lawan pula terpinga-pinga melihat situasi ini.

” Tarikan yang tak pernah pudar” Umayr bersuara sambil menolak bahu Iskandar. Dia berada di posisi setter yang terletak di bahagian hujung kanan hadapan sementara Iskandar berada di posisi perejam tengah, di antara pemain bernombor sembilan dengan Umayr. Iskandar tersengih dengan wajah yang tidak berperasaan.

” Dia ada aura tersendiri”

Tidak lama kemudian pemain nombor sembilan mengangkat wajah. Seluruh dewan gamat semula. Namanya dilaung-laung dengan lebih kuat. Nyata dia bukan pemain yang biasa. Dia adalah pemain  yang luar biasa.

Pemain nombor sembilan berada di tempat perejam utama. Dia bergerak mendekati jaring. Dia  memandang kepada kapten lawan yang berada di gelanggang sebelah.

” Kamu bertanya apa rahsia kami mendapat sokongan hebat?”

Kapten lawan itu mengangguk.

” Kerana kami adalah matahari mereka” Pemain berjersi nombor sembilan mengoyak senyum. Kapten lawan hanya memandangnya dengan riak wajah terkejut.

Matahari?

” Aha… Dia dah mula dah” Thoriq yang berada di posisi natural bersuara.

Rashid yang berada di posisi tengah belakang mengangguk. ” Cara dia”

” Memang cool” Fatih mengangkat tanda bagus dengan tangan kanannya. Mereka bertiga di posisi belakang itu ketawa.

Pemain nombor sembilan menepuk-nepuk dadanya. ” Kenalkan, nama saya Adil. Orang yang bakal membenamkan kumpulan anda” Perang saraf telah bermula sebelum perang fizikal.

” Cakap besar” Kapten lawan mendengus. Nampak emosinya terganggu dengan cara Adil. Adil masih terseyum.

” Bukan cakap besar, tetapi cahaya dari langit yang memberikan keyakinan” Adil menjawab selamba. Senyumnya tetap tidak lekang. Dia berpaling ke belakang kembali ke posisinya.

” Cis”

****

” Main juga adalah ibadah” Faiz, senior Adil bersuara.

” Jadi?” Adil mengangkat kening. Dia melihat sahaja seniornya itu dengan pandangan kosong.

Faiz melambung-lambung bola tampar di tangannya. ” Jadi kau kena jadikan orang lain pun rasa begitu”

Adil tersengih. ” Susahla”

” Kalau senang, maka Rasulullah mesti tak lapar dalam hidup dia”

” Itu Rasulullah” Adil menjawab acuh tak acuh.

” Ya, itulah Rasulullah, matahari kita”

” Matahari?”

” Ya, Rasulullah adalah contoh dan sumber kita dalam meneruskan kehidupan kita” Faiz berhenti melambung bola. Bola tampar itu dipegang kuat. Tangannya diturunkan. Cengakaman tangannya yang kuat itu membuatkan bola itu tidak jatuh ke bumi walaupun tangannya sedang menghadap ke bawah.

” Apa kaitan dengan matahari?” Adil bertanya.

” Dengan matahari, kita tahu arah. Dan majoriti makhluk di dunia ini memerlukan matahari untuk hidup” Faiz memandang tepat kepada Adil.

” Tapi konsep bermain adalah ibadah bukannya senang nak implimentasikan,  senior” Adil menundukkan wajahnya. Kata-kata seniornya itu agak sukar untuk dihadam.

” Kau lihat Adil, apabila manusia bermain tanpa menghubungkan permainan itu dengan ALLAH, maka berlakulah macam hari ini yang kau lihat, rasuah, penipuan, pecah amanah dan sebagainya di dalam arena sukan”

Adil senyap. Seniornya Faiz ini, sememangnya seorang yang amat pelik. Dia mendapat jolokan ‘raksasa’ atas kehebatan dan ketangkasannya di dalam permainan bola tampar. Rejamannya yang amat pantas dan kuat, bersama dengan skilnya yang pelbagai serta tekniknya yang kemas, membuatkan dia amat digeruni dan disegani oleh kawan atau lawan. Tetapi dalam kerlipan kemegahan itu, dia adalah seorang yang cukup merendah diri, suka senyum, berdisiplin tinggi, kemas dan tenang. Dia juga adalah seorang yang berpegang kepada ajaran ISLAM dan meminati ulama’-ulama’. Selain serius bermain bola tampar dia juga merupakan ustaz sambilan yang berceramah di masjid. Dia juga selalu memikirkan hal orang lain, serta memikirkan masalah ummah dan cara memperbetulkannya. Faiz amat rapat dengan semua ahli pasukan Vanguard, tambahan dia membuat usrah dan halaqah untuk mereka agar kumpulan itu lebih memahami ISLAM dengan sebenar-benar pemahaman.

” Saya masih orang biasa senior. Baru sahaja masuk ke dalam Vanguard ini, baru ikut usrah senior. Mana ana mungkin mampu buat apa yang senior harapkan”

Faiz tersenyum. Dia mengalihkan pandangannya ke arah net bola tampar di tengah gelanggang.

” Aku juga dulu orang biasa seperti kamu…”

Dia melambung bola. Bola itu melambung tinggi ke udara. Tetapi bukan arah tegak, bola itu bergerak ke hadapan sedikit.

Adil mengangkat kedua-dua keningnya. Rejaman dari sini? Mustahil. Mereka kini berada di dalam dewan bola tampar milik Syarikat Teguh yang merupakan penaja kumpulan mereka, dan mereka sedang duduk beberapa depa dari garisan melakukan servis. Justeru untuk merejam dari tempat itu ke dalam gelanggang lawan adalah sesuatu yang amat mustahil. Biasanya akan tersangkut net.

Faiz hanya tersenyum. ” Kau lihat apa yang kau akan dapat dengan usaha”

Faiz mengorak langkah. Dia  berlari. Bola mula jatuh. Faiz melompat. Lompatannya tinggi. Bola terus jatuh. Faiz sudah bersedia di udara dengan tubuhnya sudah dilentikkan bersama tangannya yang terangkat. Sebaik sahaja bola berada di posisi yang sesuai, Faiz terus melengkukkan tubuhnya dengan tangannya merejam bola sekuat hati. Bola tampar itu meluru laju ke arah gelanggang lawan dengan kelajuan yang amat dasyat, melepasi net dan jatuh sebelum garisan hadapan, yakni garisan penyerang. Bola melantun kuat ke udara semula. Mungkin sahaja itu akibat momentumnya yang masih berbaki, menandakan rejaman tadi adalah rejaman yang benar-benar dilakukan dengan sepenuh tenaga.

Adil hanya memandang dengan riak wajah tidak percaya.

” Tiada apa yang mustahil jika berusaha Adil. Takdir itu juga di hujung usaha manusia”

Adil tidak tahu hendak cakap apa. Dia memandang mata seniornya. Mata itu seakan bersinar dengan harapan.

” Kau usahalah melepasi tempat aku berdiri ini. Aku tidak lagi punya banyak masa. Kau perlu menjadi syakhsiah yang membawa risalah. Kau perlu bina peribadi atlet yang hebat dengan menjadikan sukan sebagai medan ibadah. Aku melihat kau mampu melakukan itu. Tunjukkan kepada dunia betapa hebatnya manusia yang mengambil ISLAM secara syumul walaupun di medan sukan”

” Tak punya banyak masa?” Adil mengangkat kening pelik.

Ketika itu Adil Nampak ada cecair pekat merah mengalir keluar dari rambut Faiz. Cecair itu turun ke dahi. Ada bau pelik menerjah ke hidung Adil. Faiz tersenyum.

” Darah?” Adil bangun, namun Faiz tumbang terlebih dahulu.

” Senior!” Adil terus memangku Faiz.

” Kau adalah harapan tahu”  Faiz menepuk dada kiri, tempat hati, Adil.

Adil menitiskan air mata. Dadanya kini berdegup kencang. Apa yang telah berlaku kepada Faiz?

” Tunjuk kepada dunia betapa bagusnya sukan apabila dilayan sebagai ibadah”

” Senior, jangan cakap macam tu. Kenapa ada darah keluar dari kepala senior?” Adil cemas.

” Jadilah matahari” Suara Faiz semakin lemah.

Akhirnya mata dia tertutup.

” Senior!”

****

No comments: