Tuesday, July 7, 2009

Minggu Pertama Praktikal





Moga kita dapat berbuat sesuatu untuk menyampaikan Islam dalam cara yang kita mampu. Seperti kalimah 'kalau tidak dapat buat semua, janganlah tinggal semua'.

Aku juga dinilai oleh orang lain: diperhatikan oleh anak murid(iya la kan, dah start praktikal). aku juga punya kekurangan yg aku sendiri rasa susah untuk dipulihkan. Namun, jangan kerana kekurangan yang ada pada diri aku menjadi sebab untuk post-post dalam blog aku langsung tidak diboleh digunapakai, kurang-kurang kalau ada 1 or 2 post yg boleh diterima, itu pun dah ok. hehe..=)
Bak Kata Saidina Ali Karamallahu wajhah " Jangan pandang pada orang yang bercakap, tetapi pandanglah apa yg dia cakapkan tu.." Kerana tiada insan sempurna.

Entri ni belum habis..in sya Allah akan disambung.. WALLAHUA'LAM

*************************************************************************************

Alhamdulillah, hari ni (6 julai) kami kakak-abang PISMK kuar praktikum.. Kali ini aku dapat ngaja Darjah 3 & 4. So far,belum pernah dapat ngaja darjah 2 & 6. Persekitaran yg xjauh beza dgan waktu praktikal tahun lepas, di sekolah kawasan bandar ; yg mana makbapak budak-budak majoriti nya dari golongan pegawai, kira kelas atasan la kan.

Kat atas tu ada gambar budak-budak kelas aku and gambar surrounding sekolah..

Bila fikir kekurangan dan kelemahan (ye la aku xla genius mana dan ada kekurangan2 yg make me inferior) buatkan aku rasa xpayah nk crite pasal pengalaman coz diri pun bukan la best sangat. Cuma, kena cerita jugak.

Latihan dalam praktikal mcm biaselah melatih diri utk berhadapan dgn murid. Bila tengok kat sekolah ni xramai budak girl yg pakai tudung(kalau darjah 1 ke 2 ke, 3 ke , boleh la kite trima kan. tpi, dh nak baligh dah;dlm area darjah 5 dan 6 still xpakai tudung.). Budak bandar dan budak kampung memang beza. Tu lah, camne ye nak terapkan dlm dri mereka akan kewajipan pakai tudung (kepada yg dah menampakkan ciri-ciri nak baligh tu)???. Tanda tanya. Tanda tanya. Bab ni yg aku xpandai.
nak buat camne ye? Apa yg patut aku buat? Still blur.

Aku fikir , mak ayah lebih patut mainkan peranan utk didik anak depa. Guru memang tugas mendidik, tapi bukan semua aspek dpt tumpukan.

KIta guru praktikal ni memang sudah dibekalkan dgan kerja2 praktikal kan. Tugas praktikal kena buat dan tugas mendidik juga kita kena buat. Kalau aku, aku nk lebih focus on jawi,coz ramai budak yg darjah 4 pun ada lagi yg xkenal jawi. Kalau xkenal jawi, maka memang susah la murid tu nak pandai baca Iqra' , Muqaddam, Al-Quran. Huruf jawi kan adalah asas. Dan perkara yg akan jadik kat budak2 bila depa xkenal huruf 'alif' , 'ba', 'ta' sampai 'ya' tu , maka mereka xtau nak baca ape dlm solat. Xke besar kesannye kat budak tu.

Markah memang semua orang nak tinggi kan; especially masa kena observe. Ingat lagi masa kecik2 dulu, time cikgu praktikal aku kena observe. Masa tu punye la fikir, sape la org yg duk belakang time cikgu praktikal ngaja kat depan kelas. Punye la kami dalam kelas tu duk diam je tu masa tu. Tu berbelas-belas tahun yg dulu.alhamdulillah, skrang aku pulak yg rasa bila lec datang observe.

Bagi aku, yg penting sekarang ; murid-murid faham apa yg aku nak sampaikan kat depa. Klau ngaja Pendidikan Islam tu, mereka dapat paham. mereka dapat tau ilmu, kalau xbanyak pun, hrp2 mereka dpt la skit ilmu yg aku nk ajar. Moga mereka dapat faham. Kalau depa xpaham rugi la aku praktikal 6 minggu ni.

Cuma merujuk kepada kuliah Dhuha baru ni, betul jugak cakap ustaz yg bagi kuliah kedua tu. Kat Malaysia ni tugas mengajar dan mendidik agama ni, hanya terpikul pada golongan ustz dan ustazah je , walhal semua org Islam adalah penyampai Islam itu sndiri. Cikgu yg ajar PJ boleh gak ajar akidah masa tgah ngajar PJ; 'relate'kan dgan aggota tubuh badan yg ada pada bdan budak-budak ni and so forth la.

Kenapa? dan kenapa? Ustzah je ke yg boleh ngajar agama? Semua orang yg beragama Islam boleh ,xkire dia ajar subjek apa dan amik pengkhususan dlam ape2 bidang pun. Cuma kena ada ilmu jugaklah. Kalau x, sesat budak tu nanti. Kalau semua cikgu kat sekolah ada awareness camni, kan bagus.

WALLAHUA'ALAM..

No comments: