Thursday, April 2, 2009

Macam-Macam: Minuman Ringan Air Suci Kristian

Macam-Macam: Minuman Ringan Air Suci Kristian


OSLO: Sebuah gereja terpaksa menggunakan air bikarbonat berperisa limau untuk satu upacara pembaptisan selepas air paip beku kerana suhu mencecah paras negatif, lapor media, semalam.

Akhbar Vaart Land melaporkan, paderi Paal Dale dari bandar Stord, kira-kira 240 kilometer dari Oslo, melakukan upacara itu ke atas seorang bayi ketika Norway dilanda musim dingin melampau.


“Tiada sebarang masalah timbul, hanya bau limau yang kuat menyebabkan upacara itu agak ‘luar biasa’,” kata Dale.


Beliau berkata, keluarga bayi itu hanya diberitahu mengenai pertukaran ‘air suci’ selepas upacara selesai. – Reuters


Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Dunia/20090401081248/Article/indexworld_html